Tambah Anak

Hi semua, assalamualaikum.. Aku Lia, bukan nama sebenar. Awal 30an dan dah mempunyai 3 orang anak. Tujuan aku menulis di sini of course untuk meluahkan rasa yang terpendam di hati.

Suami melabelkan aku ni sejenis yang tak bersyukur. Mungkin ya atau entahlah..

Berbalik kepada tajuk di atas, perihal tambah anak. Anak aku yang bongsu dah lima tahun. Jarak anak2 aku kalau ikut tahun beza 2 tahun.

Aku ada ambil perancang depo selama 5 tahun ni which is doc pun dah bagi hint tak bagus ambil perancang depo agak lama ni sebab akan effect tulang kita akan datang.

Dan tarikh expired depo aku makin hampir, suami aku dah larang jangan sambung cucuk depo lagi.

Cuma masalah aku sekarang, aku amat trauma nak ada anak lagi.

Suami aku alhamdulillah bertanggungjawab dalam hal nafkah anak dan keperluan anak semua dan alhamdulillah dia masih mampu mewahkan kami. Cuma masalah aku, anak-anak aku yang handle dari baby.

Suami aku ada bisnes sendiri, dan aku hanya membantu di belakang tabir, kiranya pekerjaan aku handle di belakang tabir syarikat sahaja. Suami aku sangat menitikberatkan hal company dia sampai tak berapa peduli anak2.

Bayangkan baru lepas bersalin, esok nak kena lapor diri ke kk. Check kuning anak, suami aku hanya drive kereta drop aku dan kalau dia tunggu pn hanya main phone sibuk dengan pekerjaan dia. Padahal staff dah boleh handle, dia hanya pantau sahaja.

Tak da pun common sense nak tolong aku dukung baby ke apa. Ada kala aku akan drive sendiri dengan luka yang masih baik untuk check kuning anak hari-hari.

Untuk pengetahuan, anak-anak aku tiga2 prolog jaundis. Anak sulung aku dulu sampai kena warded di hospital aku pun terpaksa warded sekali.

Masa tu aku masih di borneo, tak sama dengan semenanjung hanya tinggal baby. Aku memang stress, tapi suami aku tak faham.

Sekarang ni, bila dia ckp bila lagi nak tambah.. Bila aku cerita balik trauma aku, dia akan marah kata aku ni tak bersyukur. Semua aku nak dapat, kecuali anak pertama dan ke dua tak dapat pun bersalin di swasta. Anak ke 3 sahaja, tu pun.. Hmm, malas aku nak cakap.

Mak dia cakap dengan aku membazir saja, sakit sama. Tapi dia tak tahu anak dia tak membantu aku langsung. Aku tengah sakit contraction pun masih main phone.

Masa dalam pantang anak ke 3, aku masih dalam pantang terpaksa jaga anak sendirian sebab dia nak balik kampung dia. Mana aku tak stress, aku sorang2 handle anak yang tak tidur malam.

Entahlah, banyak lagi insiden yang membuatkan aku trauma. Tapi, aku ni kan insan yang tak bersyukur, hanya boleh pendam sahaja.

Harap admin siapkan luahan hati aku ni. Aku sekadar nak meluah apa yang terpendam.

– Lia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *