Kisah Cinta Mahasiswa IIUM Yang Tak Pernah Lekang! – 8:52 PM

Kisah Cinta Mahasiswa IIUM Yang Tak Pernah Lekang!

Assamualaikum wbt, amaran post ini panjang. Kalau jenis cepat sentap jangan cuba membacanya.

Aku rasa terpanggil untuk berbicara tentang isu ini khususnya ditujukan buat mahasiswa/wi sekarang.

Kisah Cinta Islamik yang bermaharajalela di dalam universiti yang kurang lebih agak terkemuka di Malaysia, universiti apa? IIUM.

Cinta yang katanya membawa kalian untuk bertemu di pintu Syurga, Mahligai Syahdu ooo… Tolonglah please rasa nak muntah, geli telinga aku mendengarnya!

Tolonglah, aku dah muak lihat ramai rakan sekeliling aku ni asyik berbicara tentang cinta. Cintaaaaaa tak habis. Kalau tak cinta pasal kahwin muda. Paling kurang pun jejaka acah-acah melamar. Lepas pada tu 2-3 tahun takde khabar. Itu kelakar dik. Berhubung bukan main dengan ayat-ayat manis bersulamkan hadith dan pesanan Aku cinta padamu kerana Tuhan hadirkan cinta, moga akhirnya halal itu milik kita. Aiseyy…

Wahai mahasiswa/wi, cukuplah bermain dengan cinta, berfikirlah tentang masa depan, fikirlah apa langkah terbaik buat mahasiswa/wi menggoncangkan dunia yang sedia ada untuk menjadi lebih baik. Jadilah mahasiswa/wi yang bernilai tinggi.

Cukuplah memalukan diri kalian, cukuplah memalukan agama dan pelajaran yang anda sedia menuntutnya di universiti ISLAM ini. Cukuplah berlagak alim tapi secara diam anda kerap berzina hati, berzina dengan perasaan sendiri.

Katanya cinta Islamik? Please guys, if he/she's the one, dia akan usaha jaga hubungan itu sebaik mungkin dengan cara yang BAIK. Kalau he/she betul-betul nakkan kamu dia akan terus menerus pergi jumpa family, tak perlu pumpang pumpang bercakap soal cinta islamik pada kamu!

Cukuplah. Buat wanita di luar sana, jadilah seorang yang kuat. Percayalah cinta boleh membawa kepada kemudharatan jika bukan di jalan yang Dia redha.

Yang couple tu cukuplah, berhenti dan baiki diri. Mak ayah di kampung bukan hanya menunggu menantu tetapi hasil dari apa yang mereka kerahkan untuk kamu! Apa? Kamu dan kejayaan.

Aku bukan menolak kahwin muda. Tak dinyatakan di atas, tetapi aku menolak sekeras-kerasnya golongan bercinta ala ala Islamik termasuklah cinta tak halal ni. Apa faedah kamu masuk kuliah belajar UNGS, subjek agama, subjek IRK, subjek AQ tapi kamu failed menggunakan ilmu yang ada.

Nauzubillah moga Allah jaga hati-hati kita.

– KakPi

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *