Kisah hidup

Since byk posting pasal ibu, ak teringat kat bapa aku.Cerita bermula bila ibu aku disatu kan dgn bapa ak oleh pilihan keluarga. Lepas beberapa tahun ibu aku bertahan, diorg berpisah. Bertahan dri kena pukul dan boros bapa aku. Dari belum berpisah dan selepas berpisah ibu ak berkerja untuk bagi nafkah utk kami semua .Bapa aku ? Yes ada kasi duit pencen dia rm300 utk setiap bulan lepas berpisah . Korang rasa cukup ? Dan yang itu dia selalu ungkit. Dia kata bagi dah cukup nafkah utk kami. Masa kami kecil, ibu keje dri pukul 8 hingga pukul 11 malam . Setiap hari makan nasi dengan telur goreng dan kicap. Bila raya , kami pernah tade kelengkapan . Nasib baik pakaian sekolah ada derma. Sanak sedara sebelah ibu takut nak dekat incase kami minta tlg. Sebelah ayah mcm tue la . Ibu setiap KALI balik kg kena marah. yelah jandakn .. Now kami masuk uni lagi byk pakai duit. Tapi ibu tak pernah mengeluh bila mintak duit pasal belajar. Aku kesian kan ibu tak pernah dia pikir pasal diri dia . Kadang2 aku pikir kenapa tuhan bagi dugaan yg begitu berat kepada ibu. Kadang ak perasan ibu aku menanggis. Korang bygkan dia seorg cari nafkah utk kami sejak kecil . Sekarang abg ak dia keje sambil belajar. Kami adik beradik mmg benci kepada bapa. Tapi ibu selalu pesan bila bapa aku dah tak larat nanti kena tlg dia kena jaga dia. Tapi bila pikir perbuatan dia kat ibu aku . Aku jadi malas nak layan. Kepada kaum lelaki, please la jadi lebih bertanggungjawab. Dan disebabkn itu aku takut nak kahwin. sbb aku takut anak2 aku jadi mcm kami. Dan kepada kawan2 yg selalu tnya ko ta pergi bercuti ke mana2 ? Wey hidup makan nasi dgn ayam goreng je aku dah cukup bersyukur. So, tayah la menyibuk kalau ak ta mampu nak post kat insta makan tempat mahal2, bercuti oversea bagai.

– mg

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *