Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada admin dan readers. Terima kasih kepada admin jika sudi siarkan confession aku ni, if tak disiarkan, tape lah, admin saja yang baca pon dah kira Alhamdulillah. Hehehe. Aku tak tahu mana nak mula. Oh, aku intro dulu yea. Korang panggil je aku Lola, aku dilahirkan sekitar tahun 80-an, aku dah berkahwin dan mempunyai seorang anak; harini hari yang tak berapa nak baik bagi aku. Sebelum aku nak confess, here’s a few things yang kalian perlu tahu. Watak-watak dalam ni adalah watak dari real life aku, aku akan ubah nama, ubah watak (ex; kakak jadi abang and etc) dan mungkin akan ubah sikit jalan cerita, bukan nak bagi lagi sedap, tapi untuk mengelakkan daripada apa yang aku patut elak. Almaklumlah, dalam IIUM Confession ni ramai je family, sedara mara aku yang follow, so kalau jalan cerita sebiji sangat, takut nanti kantoi pulak. Let’s not let that happen yea.
Korang tahukan drama ‘Kekasih Rela Paksa’ (aku tak sure betul ke tak tajuknya sebab aku tak pernah tengok) ? Dalam kes/kisah aku, yang terpaksa dan merela tu bukan kekasih la, tapi mak angkat aku. Aku ni anak angkat, anak yang lahir diluar pernikahan, anak dera dan sebagainya. Masa umur aku setahun, pihak JKM terpaksa rampas aku dari mak aku atas sebab kes dera, jadi aku ni diserahkan kepada ahli keluarga yang terdekat. Guess who? Yep, you guessed it right. Mak angkat aku. Only recently aku dapat tahu yang dia bela aku atas sebab terpaksa. Dia tiada pilihan. Sebab? Dia satu-satunya dalam adik beradik yang sudah berkahwin. So, dengan berat hati, dia terima aku walau terpaksa. So aku dibesarkan with 3 anak dia yang lain. 2 lelaki, along, angah dan kak lang. Dorang ni, dari umur aku pandai menilai mana suka and mana tak, mana baik and mana buruk, aku pasti seratus peratus yang dorang tak suka aku. Kau tahukan, budak ni pandai menilai siapa yang sayang dan siapa yang benci. Kalau tak tahu, start harini, layanlah anak buah, anak sedara, anak kawan dengan baik. Hew hew hew. Masa aku kecik, abang long and angah suka panggil aku by names such as ‘gemok’, ‘orang gila’, ‘bodoh’ dan sebagainya. Kak lang, dia senang je, dia buat-buat aku tak wujud. So aku membesar dengan rasa rendah diri ya amat dan seperti ‘katak bawah tempurung’; aku takut nak berkawan dengan kawan-kawan sekolah apatah lagi dengan sedara-mara. So life aku between aku dan aku je; aku jadi penyendiri.
Kat sekolah aku memang tak ramai kawan. Aku ni ‘socially awkward’ dan sering menjadi mangsa buli. Masa aku sekolah rendah, ada seorang budak perempuan ni, Natasha, selalu buli aku. Yang lelaki, Wan dan Mad, dorang pernah letak thumbtack kat kerusi dan suruh aku duduk. Kau tahu, betapa aku ingat yang dorang dah berubah menjadi baik, rupanya tidak. Habis satu kelas ketawakan aku bila dorang tengok aku menangis. Selain dorang letak chewing gum kat rambut, tarik kerusi, ejek, surat layang dan sebagainya, tiada lagi tempat yang aku rasa ‘selamat’. At some point, aku jadi takut nak ke sekolah. Sebab aku tak boleh nak predict what will happen today; how I wished I could. So one day, masa tu sekolah petang, aku menyorok belakang rumah and duduk kat tangga sampai la van sekolah berlalu pergi. That’s how much I scared of going to school. Lepas tu kantoi dengan mak. Dia jerit dari tingkap dapur panggil aku naik. Dia tanya kenapa tak pergi sekolah, aku jawab “terlepas van”. So ended up aku duduk rumah the whole day. Lega rasanya.
Kat rumah pulak, different story. Mak, mak, mak.. Aku sayang mak. Tapi.. Mak tak pernah tunjuk yang dia sayang, peduli atau apa-apa. Dia selalu buat muka annoyed dengan aku. Setiap kali gaduh dengan ayah, akulah tempat dia lepaskan; tempat dia letakkan salah. Masa ayah aku bagitahu yang dia dah berkahwin satu lagi, mak terus salahkan aku. Masa aku kecik-kecik dulu, setiap kali ayah keluar kemana je, aku akan cakap macam ni kat ayah, “Ayah keluar pergi jumpa girlfriend ye?” and ayah aku akan jawab, “ha’ah” sambil senyum. Ye lah, masa tu umur aku baru 7-8 tahun, maksud ‘girlfriend’ pon aku tak tahu. So, mana lah aku tahu yang ayah memang keluar pergi jumpa ‘girlfriend’ dia. So mak aku salahkan aku, dia kata sebab aku selalu kata ayah keluar pergi jumpa ‘girlfriend’ lah yang menyebabkan ayah aku kahwin lain. Sumpah lillah mak, aku memang tak tahu. Kalau aku tahu, mungkin aku takan cakap macam tu kat ayah. Mak memang tak pernah adil. Kami ni bukan orang senang, rumah pon kecik je. Nak makan sedap-sedap memang jarang sekali. Ada la sekali dua ayah beli ayam, dapatlah mak masak sedap-sedap. Benda jarang jumpa, aku jadi excited nak makan. Aku ambil nasi terus aku menuju ke periuk yang ada gulai ayam. Baru aku nak ambil ayam, mak dah berdiri kat belakang aku sambil buat muka dan mengingatkan yang along, angah dan kak lang tak makan lagi. Lauk banyak.. Banyak. Kesudahannya aku ambil kuah sahaja, bawang goreng dan kicap. Itu je.
Dah dekat 20 tahun lebih berlalu semenjak kes ayah mengaku dia kahwin lain, tapi rasa macam baru je belaku. Semalam aku balik rumah mak. Mata dia bengkak, masam je muka. Aku tak tahu apa yang belaku, ye lah, lama tak balik. Aku tanya ayah, ayah sengih macam ‘kerang busuk’ cakap tak tahu. Aku tak duduk lama pon sebab aku tahu yang aku tak welcome kat rumah tu. So aku balik. Tak lama lepas tu, ayah ‘Whatsapp’ explain what happened. Terus air mata aku mengalir. Mak masih tuduh aku sebagai punca ayah kahwin lain. Ayah kata dia mengungkit sepanjang malam, malam kelmarin. Kenapa aku?
Every year bila birthday dia aku wish kat FB instead wish dia directly sebab aku tahu dia tak suka. So one day, aku gaduh dengan dia, kebetulan mak cik aku ada masa tu. Fyi, anak-anak mak cik aku ni semua ‘friend’ dalam FB aku. So aku post satu video, dalam video tu ada pic aku dengan mak masa aku kecik-kecik, background song aku letak lagu ‘Mama’ nyanyian Spice Girls. Video tu lama dah. Masa aku tengah berangin tu, mak cik aku menyelit lalu dia berkata, “Kemain kau kat FB sayang mak lah bagai, tapi kat luar kau anak derhaka! Kau tu sayang kat mulut je! Tapi, hati kau benci! ” Apa yang dia tahu tentang rasa sayang aku terhadap mak. Aku bertepuk sebelah tangan. Tahukah dia betapa seksanya bila ‘cinta’ kita tidak berbalas? Cinta yang aku harapkan ialah cinta seorang mak! Tapi sehingga kini aku masih menagih cinta mak. Bertahun lamanya, aku tak pernah berhenti berharap! Tapi harini, aku berhenti.
Kau nak tahu, 30 tahun lebih aku hidup, mak pernah ucap sayang kat aku sekali je. Masa hari lahir aku yang ke-12. Itu yang aku ingat. Masa dia ucap pon, masa tu dia ingat aku masih tidur. Mungkin dia tak nak aku dengar. Tapi aku dengar. Dia kata, “kau tahukan mak sayangkan kau” dan dia belai kepala aku. Itu lah yang first dan last. Since then, I had zero memories of her saying that she loves me. ZERO.
Kau tahu, sepanjang aku hidup, aku tak pernah minta mak atau ayah apa-apa. Semua yang aku ada, dari pakaian ke mainan, semua pemberian orang atau turun temurun. Aku dulu pakai seluar dalam abang aku, sebab mak dan ayah tak mampu beli. Baju pulak, baju yang sedara mara bagi. Duit jauh sekali. Tapi, acap kali aku tengok abang long, abang ngah dan kak lang dapat apa yang dorang nak. Dari baju baru ke apa saja yang dorang nak. Aku cuma duduk tepi menunggu untuk barang atau baju mereka untuk diturunkan kepada aku. Biar pon barang lama, aku okay je. Sedara-mara, adik beradik mak aku semua tak suka aku. Ada yang bila aku salam nak cium tangan, dia tariknya tangan, ada yang panggil aku ‘sial’, tak sedar diri.. Aku nak buat apa lagi, aku nangis je la dalam hati. Pernah sekali aku hilangkan gunting kak lang, habis satu rumah mak jerit cari aku. Kau tahu aku sorok mana? Aku sorok rumah jiran kerana ketakutan sampaikan jiran aku terpaksa pujuk aku balik sebab dah maghrib. Balik tu, tadah je la telinga kena marah and ketil. Birat punggung aku kena ketil.
Pernah aku cuba toreh tangan sebab tekanan ya amat. Tapi tak luka pon sebab pisau lipat yang aku jumpa tu tumpul. Bongok gila aku rasa bila aku ingat balik kejadian tu. Yes, aku ada major depression and ptsd, but I’m a fighter. Doakan aku yea.
Ini sajalah yang aku boleh cerita malam-malam ni. Dah pukul dua pagi kot. Aku penat menangis. Aku nak rehat. Aku tak nak korang kecam sesiapa pon dalam confession aku ni. Mungkin macam bersepah sikit dari segi penceritaan, maafkan aku. Menangis dan menulis dalam emosi yang tak stabil ni boleh menyebabkan kecelaruan dalam jalan cerita. Aku confess sebab aku tak tahu pada siapa lagi hendak aku cerita. Apa pon, terima kasih aku ucapkan pada admin dan readers.
Terima kasih.
– Lola
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit