Kisah Hidupku Yang Rumit

Hello. Dah lama nak confess tapi banyak halangan. Salah satunya sebab aku nak jaga aib aku/ orang yang berkaitan. Tapi aku nak juga confess supaya orang lain dapat ambil pengajaran. Lagipun aku takkan dedahkan identiti aku/ mereka sebenar.

Aku kawin awal pada umur 19 tahun. Aku dengan Aril (bukan nama sebenar) dah couple sejak tahun 2014 dan ambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 2018.

Hubungan cinta kami sebelum kawin boleh dikatakan sangat2 rumit. Mula2 saja nampak bahagia yela biasa la kan awal2 bercinta tu. Bila hubungan kami dah sampai setahun tu aku makin perasan dan nampak perangai Aril yang sebenar.

Curang. Bukan sekali ye tapi berkali kali kali dan kali. Buat, minta maaf janji tak buat lagi lepas tu buat, minta maaf, buat, minta maaf dan seterusnya

Tak jaga batas pergaulan, bagi dia bergurau dengan lawan jenis, pegang sana pegang sini tu hal biasa. Aku tegur dia kata aku terlampau mengongkong hahaa.

Panas baran. Dia tak pandai kawal emosi. Perkara kecil pun boleh jadi hal nak gaduh besar.

Aku tanya sikit dia kata aku fikir bukan2 pasal dia.

Gaduh sikit, dia block aku, maki aku. B*bi *njing f*ck s*al dah jadi makanan aku. Aku macam dah lali dengan makian, makilah macam mana sekalipun aku takkan ada rasa sakit hati

Dia tak boleh ditegur. Tak kira siapa salah mesti aku yang mengalah. Even dah jelas2 dia yang salah tapi dia tetap salahkan aku balik. Dia nak sentiasa menang.

Dia suka salahkan orang lain atas kesalahan yang dia buat. Play victim lah. Dia ajak perempuan lain keluar bila aku tanya dia salahkan perempuan tu. Kata kesian kat perempuan tu sebab dah lama nak ajak dia keluar padahal Aril yang memaksa.

Bila dia curang, dia kata perempuan tu yang cari dia dulu padahal dia yang text dulu.

Macam mana aku tau?? Soal media sosial kami memang takda privasi. Means kami saling bertukar pasword.

So even dia dah delate chat2 dengan perempuan lain aku still dapat baca bila aku login guna handphone aku. Aku pun tak tau kenapa handphone berpihak pada aku hahaaa.

Dia ni ada ciri2 kedekut, cerewet, tak suka terima pandangan orang lain, kaki lepak kami game, lebih pentingkan kawan, suka merendah rendahkan family aku, orang kampung aku, bahkan aku sendiri. Bagi dia, dia adalah orang yang paling perfect.

Banyak lagi perangai2 buruk dia tapi tak cukup ruang kalau disenaraikan semua.

Dan betapa tak bijaknya aku sebab masih ambil keputusan untuk kahwin dengan dia. Sebab aku percaya sangat dengan janji2 dia yang dia akan berubah! Aku percaya sangat yang dia akan berubah satu hati nanti!

Sekarang hmm nyesal jugak lah tapi aku tak nak fikirkan sangat pasal menyesal ni sebab aku kesian kat anak aku. Seolah olah kehadiran dia pun satu kesalahan.

So, kepada remaja di luar sana yang sedang dilamun cinta, fikir masak2 sebelum nak ambil keputusan untuk kahwin. Fikir dari segala aspek. Perhatikan cara pasangan anda kawal emosi, cara dia selesaikan masalah, cara dia layan orang lain, tutur kata… semualah.

Jangan paksa diri kamu untuk bertahan dengan hubungan yang buat diri kamu terseksa, menderita, hari2 nangis gaduh sampai emosi terganggu. Love yourself dear!

Tak perlu paksa diri kamu untuk buat dia bertahan. Dia akan bertahan dengan sendirinya kalau dia ikhlas dengan kamu.

Ok.. Kembali kepada cerita hidup aku. Pendekkan cerita, aku bunting pelamin. Aku ingat bila dah kawin dah mengandung hubungan kami akan jadi lebih baik tapi tak.

Dia masih leka layan perempuan2 kat luar sana, dengan aku dia takda masa nak video call nak chat tapi dengan perempuan lain takyah suruh. Dia akan automatik ada masa 24jam untuk mereka. Aku tegur, dia sanggup block aku.

Sepanjang aku mengandung dah macam2 kata2 yang aku dapat. Dia nak dilayan macam raja tapi aku dia layan macam sampah!

Masa2 bahagia tu ada lah juga tapi tu lah. Lebih banyak sedih daripada gembira. Aku mengidam nak makan sesuatu, aku hanya mampu pandang saja.

Yela sebab Aril tak nak belii. Dia kata aku mengada nak makna itu ini membazir duit. Dia boleh pulak makan kedai hari2. Aku pernah minta Aril belikan nasi goreng sebab teringin nak makan, boleh pulak dia kata aku kena bayar sebab tu duit dia..

Dia macam malu aku jadi isteri dia. Kawan2, cousin2 Aril call, dia suruh aku diam, Aril suruh aku menyorok taknak mereka tau yang aku sama2 dengan dia. Nak pergi pasar ke, klinik ke dia sangat takut kalau ada orang sekampung/ kawan2 dia nampak aku.

Dia macam nak sembunyikan aku. Tak tau sebab apa. Kami kawin sah kot, aku mengandung anak yang sah dia nak malu apa?

Bila aku dah bersalin. Hahaaa.. Lagi sedih hidup aku. Aku bersalin cezer. Baru seminggu aku balik dari ward aku dah dapat makian. Punca? Aril tanya, hujan ke tak kat kawasan rumah aku kata tak la sebab memang tak hujan.

Beberapa minit lepas tu jengjengjeng.. “b*d*h s*ial b*bi lah awak ni! Tidur saja kerja! Orang tanya hujan ke tak pun kau tak tengok kat luar !Ni apa ni?Aku dah basah! Kat tengah jalan ni hujan *njing”

Aku tak pernah dengar lagi hujan buat pengumuman dia nak hujan dulu kat kawasan belah sana baru kat kawasan belah sini.

Selama 8 hari, pagi malam aku ulang alik ke klinik nak inject entah apa namanya (untuk elakkan darah beku bagi ibu2 yang bersalin cezer) tiap malam juga aku nangis sebab Aril kata macam2 kat aku.

Kat rumah dia tak berani nak bersuara sebab ada mak aku tapi dalam perjalanan ke klinik la dia maki2 aku.

Dia akan kata macam2 juga pasal mak aku. Entah apa lagi yang salah.

Mak aku masak sarapan dia tak makan. Mak aku nak bercall dengan orang pun salah! Mak aku nak riba cucu pun salah! Mak aku buatkan susu pun salah! Mak tolong pegangkan baby sebab aku tak dapat bangun pun salah!

Semua salah! Dia kata mak aku kotor, tak basuh jari padahal putih bersih saja kuku mak aku. Tangan sentiasa berbasuh.

Lepas 2minggu mak jaga aku, mak terpaksa balik kampung sebab ada urusan. So mak mertua aku pulak jaga. Hohohooooo.. Puas hati Aril!

Mil hanya masak sekali saja sehari iaitu jam 6 pagi dan hanya sejenis sayur. Kalau habis takda lah sayur untuk petang dan malam.

Mil pulak bawa sekali anak2 dia (3 orang dan mak mertua dia seorang) which is dorang ni tak reti nak tengok orang belakang. Makan tak ingat dunia. Susu untuk aku minum habis dalam sehari. Aku tak tau la macam mana dorang habiskan susu tu dalam sehari.

Yela susu tu ada dalam 30pcs. Milo 1kg tak sampai 2 hari sebab adik2 ipar makan milo tu.

Kedua hari mak mertua jaga aku selamba saja dia cakap “lapar ke? Aaa ada meggi sedaap kat atas rak tu masak saja. Aku malas nak masak sayur” hahahaaa.

Aku nak makan kobis, nak makan apel, limau dia kata tak boleh. Berangin tak baik untuk baby. Habis tu maggi sedaap tinggi khasiat lah ye?

Stress sangat masa mak mertua jaga! Rumah jadi kotor !Tandas tak flush najis berpesta kat lantai tandas, berus gigi jadi oren sebab mak mertua makan daun sireh, dengan ludah2 oren kat kawasan rumah kat depan pintu, kat dinding2!

Cium baby dengan mulut oren2 tangan tak berbasuh kuku hitam tak berpotong, adik2 ipar tak mandi dua tiga hari! Kutu sesat kat baju baby !Ya tuhan! Selamba saja dorang cium, pegang mulut baby kacau2 alat sulit baby!!! Aril???

Dia suka sebab mak dia, adik2 dia, nenek dia …mak dia pegang tahi sekalipun mungkin tetap bersih bagi dia! Siap cerita2 kat mak dia yang dia tak suka cara mak aku.. Hmmm… Mil tak pernah sekalipun tolong buatkan susu baby. Mil dok sedap melayan tidur sampai petang.

2 minggu mil jaga, mereka pulang kampung. So tenang sikit hidup aku. Walaupun nak bangun pun aku nangis sebab luka cezer masih sangat2 sakit tapi takpe la yang penting aku tenang. Aku ada privasi.

Selama mak mertua jaga aku, adik2 ipar aku (lelaki & perempuan) siang malam dalam bilik aku. Aku nak pakai baju pun serba salah! Terpaksa bawa siap2 baju dalam kamar mandi.

Aril?? Macam biasalah. Baby nangis malam2 nak susu dia langsung tak nak bangun. Aku terpaksa bangun nangis2 jalan macam zombie sebab luka cezer bernanah + terbuka sebab banyak buat kerja. Dia siap kata aku sengaja nak jalan lambat! Aku lembab !

Banyak lagilah yang aku tak berapa nak berkenan dengan Aril sekeluarga !

Aku macam takde makna bagi dia. Aku pernah cakap yang aku nak beli tilam sebab tilam kat kampung yang kami nak guna tu tilam kakak aku. Dia marah weii. Dia kata aku tak pandai bersyukur. Dia suruh aku guna apa yang ada dulu. Habis tu kakak aku nak guna apa?

Tapi sebulan lepas tu kami pulang kampung Aril. Tanpa disuruh tanpa diminta tanpa dipaksa dia belikan tilam untuk adik2 dia walaupun tilam dah banyak tersimpan kat stor sebab takda sapa nak guna.

Aku pernah minta suami belikan almari sebab baju2 barang2 kat bilik semak takda tempat nak simpan. Pun dia kata aku buat macam orang kaya sebab nak ada almari jugak. So aku biarkan saja la. Aku batalkan niat nak minta beli almari.

Tak lama lepas tu Aril cerita kat aku dia baru bagi RM500 kat abang dia untuk cukupkan bajet nak beli motor. Almari yang aku nak RM200 saja pun tapi kedekut bukan main. Laki aku bukan takde duit tapi dia lebih utamakan adik2 daripada aku.

Pernah juga gaduh sebab aku minta duit nak beli keperluan anak. Dia tengking aku! Dia kata banyak benda nak kena bayar aku pula sibuk nak minta itu ini. Tapi tiap bulan baik hati dan banyak duit pulak nak isikan topup adik2 abang2 dia.

Abang Aril pun satu.. Biawak hidup betul la. Tak nak kerja langsung. Macam2 la alasan sampai wife dia lari. Wife dia malu sebab mak mertua yang tanggung hidup dorang laki bini.

Wife dia lari cari kerja dan macam biasa. Dorang ni memang keturunan handal play victim kot. Semua keluarga belah Aril salahkan wife tu. Dorang tak pikir pula pasal nafkah, pasal makan pakai bini tu.

Mak mertua pula.. Hmmm.. Kekal dengan perangai pelik. Aku cakap anak aku tinggi, chubby, putih dia marah. Kata tak boleh la bla bla bla ikut pantang larang nenek moyang. Dia cakap anak aku lembut, pondan boleh pulak.

Sudahlah.. Dah terlalu panjang aku tulis.

So sebelum ambil keputusan nak kahwin tu, kenali keluarga pasangan, kenali pasangan sedalam dalamnya. Tak salah ikut pasangan balik ke rumahnya, jangan buat maksiat sudahlah!

Sangat penting untuk kita tau cara hidup pasangan kita. Kita mesti tau sisi buruk pasangan kita. Cari pasangan yang memahami kita, menghargai kita, ikhlas mencintai dan menyayangi !

Jangan terlalu percara dengan “semua orang akan berubah suatu hari nanti” kalau benda tu dah sebati dalam diri dia, susah nak ubah.

Ok.. Sekian.. Doakan segala segala perancangan aku berjalan lancar. Bisnes aku berjaya walaupun kecil kecilan. Doakan aku dapat capai cita2. Dan doakan agar rumah tangga ku akan ada sinar bahagianya suatu hari nanti. Aamiin..

– Mrs. Nobody (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *