Kisah Intern

Bila baca keluhan adik2 lepas study and nak cari tempat intern n rumah sewa ni, rasa terpanggil nak share pahit maung aku masa lepas study sampai ke intern.

Kadang rasa macam ujian dan aku berpisah tiada lol. Time study okay lagi. Setakat susah takde duit takde laptop and bertapa kat cc buat assignment tu benda kecik je bagi aku. Naik turun bas berejam2, korek duit selit2 dalam purse tu biasa dah.

Basically kehidupan kat u ko akan belajar banyak pasal manusia. Ragam, pattern, jenis mulut, jenis hati, jenis perangai. Belum masuk ko kena fitnah pastu sume org percaya. Belum lagi ko kena defend diri sendiri sbb kena pulau. Padahal bukan salah kau and pergaduhan adalah salah faham major yang kau tak dapat explain. Belum lagi orang amek kesempatan atas kebaikan kau dan kau terpaksa redha. Huhu semua ni dugaan besar kuman je.

Part paling epik time aku intern. Memang sejenis ujian yg aku takut nak ingat semula. Course aku ni susah sket. Kena intern dgn SME company. Mana2 perusahaan kecil sederhana. Since susah sgt SME nak amek budak intern, setelah lebih 10 company aku deal, last2 aku intern dgn company saudara aku. Company dirahsiakan la tapi yg pasti kena pakai uniform. Berbekalkan rm100 mak aku bagi sebab ptptn belum masuk, aku beli set uniform kat mydin termasuk kasut kerja yg palingggg murah asalkan ada. Esok dgn bangganya pergi kerja dgn uniform. Lepastu saudara aku panggil masuk ofis. Long story short, aku kena cari tempat intern lain sebab company dia ni sejenis franchise yg tak benarkan internship tapi saudara aku ni taktahu. Maka merasalah aku sehari je pakai uniform. Sadis bukan? Bazir jekk aku beli.

Lepastu dah terkial2 mana nak pergi ni. Dibantu oleh seorang sepupu, aku dapat intern dekat sebuah pusat kecantikan ni. Kawasan elit di damansara. Bermula cerita baru. Cerita intern di tempat baru ni kalau aku ceritakan mmg esok pun tak habis. Yang boleh aku katakan, aku yang mmg dikenali dgn kekebalan dan ketabahan ni pun, setiap hari menangis. Sebab tak tahan dengan bos aku yang garang dan detail. Tapi malas nak cerita pasal dia.

Aku nak cerita pasal rumah sewa aku je. Sepanjang intern, aku duduk di 4 buah rumah. Maksudnya 3kali berpindah. Weh, intern cuma 6bulan je tau. Tapi 4kali pindah. Dengan barang aku yang banyak. Biasalah pompuan. Tilam, kipas, baldi, printer n laptop, baju seguni, harta2 karun yg tak berapa nak perlu, kasut 10pasang. Erghhh. Nasib la bapak aku bagi kereta buruk yang tersadai kat rumah. Mudah lah sikit nak hangkut walaupun penuh kereta dah macam hoarders.

Rumah sewa first, rumah flat. Masuk kena bayar 2 bulan deposit + api air dengan sewa utk bulan tu. Dalam rumah tu konon ada ketua yg incharge. Dia yg kutip and bayar kat tuan rumah. Aku pun bayar la kat ketua tu. Selang 2 hari ketua tu pindah bersama2 duit aku sekali huhu. Lepas dia blah, hari yang sama aku dah tak boleh kerja kat comp saudara aku, balik rumah petang tu, barang2 aku semua ada kat ruang tamu. Ruang tamu uolls. Tuan rumah letak. Aku call dia tanya kenapa. Dia kata kena keluar dari situ sebab aku tak bayar sewa lagi. Aku pun terduduk la mengenang nasib. Bila aku explain kat tuan rumah yg aku dah bayar, dia kata pompuan tu lari and tak bayar kat dia pun. Rupanya ketua tadi tu penyangak. Weh. 3bulan sewa ko cekik gitu je. Ko tipu gitu je. Rm650 lesap camtu je duit mak ayah aku. So apa aku buat, kutip barang2 aku, sumbat dalam kereta, adalah 8 kali trip turun naik tangga. Banyak kan barang aku hmm. Dah siap semua baru call ibu. Dah citer dah nangis and taktau mana nak tuju, ibu suggestkan aku tumpang bermalam dekat rumah saudara aku tu. Aku bukan taknak tapi aku malu. Dia orang kaya. Aku taknak la dia pikir aku amek kesempatan kan. Last aku setuju, menuju la ke rumah dia. Dia mmg sangat baik. Kata orang with open heart la dia welcome aku.

Long story short, dia suruh aku stay dengan dia je. Tapi target aku stay situ sementara cari tempat intern baru. Tak sampai seminggu aku dapat la intern kat pusat kecantikan tu kan. Tapi jauh ya amat. Paling laju aku boleh pegi 50minit. Kadang kalau jam, sejam lebih gak. Dengan tol rm9 pegi balik adoiii. Ptptn dah masuk kot time ni. So aku redha jela. Asalkan tak susahkan ibu abah lagi.

Baru nak lega dapat tempat intern and ada tempat berteduh,satu pagi mak kepada saudara aku ni datang rumah anak dia. Pagi tu aku jumpa dia, soalan pertama aku dapat ialah “bila nak pindah? Makcik bukan apa, ni perkahwinan kedua anak makcik, taknak lah jadi apa2 pada perkahwinan kali ni” erkk. Aku paham and telan air liur. Belum habis sakit badan kemas barang huhu. Walaupun laki anak dia keluar time subuh balik pukul 12malam and dah berusia lewat 40an, weekend pun tak nampak batang hidung, tapi nak buat camne, aku menumpang, harus sedar diri. Takpe la kalau dia rasa aku ni pengancam rumah tangga anak dia, aku plan angkat kaki. Dengan saudara aku yang terpinga2 kenapa aku nak pindah, aku cakap je jauh sgt. Sekali lagi dengan bantuan sepupu, aku berpindah ke 1 lagi rumah flat tingkat 18 tapi aku bahagia.

Rumah tu rumah kakak ipar sepupu aku tu. Ada seorang ibu tunggal and anak gadis je. So boleh lah aku sewa dgn hati tenang. Luckily aku mmg kenal diorang. Sebulan gak la kat situ. Banyak sgt kebaikan tuan rumah. Sampai aku jadi gemok and happy sebab dia siap bekalkan makanan utk aku setiap pagi. Ni je moment indah sepanjang intern yg ada. Tapi kusangka panas hingga ke petang. Tengah happy2, disebabkan ada masalah dengan majikan aku 1 hari ni, (rumah ni tak jauh sgt tapi jam teruk) so aku sampai lambat 10minit ke tempat kerja. Bos aku mengamuk tak ingat dunia. Selesai semua drama, colleague aku suggest aku cari rumah sewa kat area tempat keje je. Kat situ kawasan elit so sewa dia memang menangis la kan. Tapi sebab nak elak jam and taknak kena hamun lagi, aku akur. Diorang yg banyak tolong cari rumah sewa.

Akhirnya dapat la sewa kat 1 apartment ni monthly rm350 dapat bilik stor kosong. Redha jela asal tak lambat sampai tempat keje. 3bulan lebih gak la sewa situ. Sampai aku habis intern dengan berbekalkan airmata dan hingus. And seriknya aku sampai aku rasa takut nak pegi situ lagi. Takut nak jejak situ. Aku jadi traumatized yg tahap teruk gila huhuhu. Tapi aku yakin ada org yg lebih teruk perjalanannya dari aku. Ni belum aku cerita lagi pasal bos aku yg garang n detail tu. Aku akhiri intern dgn ucapan tahniah dari colleague yg berbunyi begini. “Tahniah, kau dah lepas ujian seberat ni, kami yakin kau mampu harung apa je ujian kat luar sana” huhuhu fobia aku ni bertahun nak pulih. Memang sandaran aku sepenuhnya pada Allah time tu. Hari2 aku mengadu kat Allah. Sampai aku mintak Allah ganti susah aku ni dgn kebaikan yg tiada tandingan. Betul. Allah hadiahkan seorang suami yg sgt baik tak lama lepas aku grad.

Adik2 yang baru nak intern tu, make sure pilih rumah sewa baik2. Doa mintak Allah tak jumpakan ko dgn syaitan bertopeng manusia. Selagi kau tak harung apa yg akak ko harung ni, selagi tu kau masih dlm stage yg dikira baik dik. Kurangkan mengeluh. Bersyukurlah. Hidup ni mmg kejam. Tapi tu lah yg ajar kau jadi manusia yg kuat. Hidup time keje nanti lagi la macam2 ragam. Belum lagi ujian di alam perkahwinan. Ingat ni je. Ujian is not something to break you. Its either makes you or shape you. All the best adik2 sekelian.

– akak ko

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit