Assalamualaikum semua. Aku nak cerita ape yang jadi kat membe aku tapi dia taktau (harap dia tak mengamukla lepas dapat tau aku cite ni). Aku mulakan… membe aku ada berkawan dengan sorang pompuan ni. Dorang kenal masa keje kat tempat yang sama dulu.
Sekarang masing² dah keje tempat lain. Semua berjalan dengan lancar, 2 tahun lebih dorang berkawan. Membe aku memang ada hati kat pompuan ni, membe aku berterus terang dan dapat respon positif berdasarkan layanan yang pompuan ni bagi. Ucapan rindu sayang jangan tanya la weyy memang ade.
Di pendek kan cite dalam tahun ni semua jadi lain. Sebab ape lain? Sebab pompuan tu dah bertunang dengan orang lain. Dia langsung tak bagitau membe aku yang dia akan bertunang atau hati dia dah kat org lain. Pagi birthday pompuan tu membe aku wish and she reply like nothing happen.
Then bila tengahari/petang camtu habis dia block semua socmed membe aku. Membe aku jadi blur tak faham ape yang jadi. And guess what. Rupanya haritu bukan sekadar birthday pompuan tu je. Ye, rupanya hari yang sama pompuan tu bertunang. 2 in 1. Haram jadah betul.
Membe aku dapat tau pompuan tu bertunang pon dari ig, sehari selepas tu. Dalam banyak² ig yang keluar dalam tu tergerak hati membe aku nak bukak ig sorang mamat ni. Tak sangka tu ig laki yang jadi tunang pompuan tu.
Tengok² ade gamba dorang bertunang mamat tu baru je upload masa tu konon nak throwback bertunang semalam. Korang boleh bayangkan tak perasaan membe aku bila tengok gamba² tu semua. Mesti luluh sedih kecewa hampa hiba. Aku sendiri tak dpaat nak imagine kalau jadi gitu kat aku.
Kesian weyy kat membe aku. Sebelum ni pon dia pernah kecewa tapi kali ni sangat² lain. Aku ada mintak ig laki tu tapi membe aku taknak bagi sebab aku cakap nak dm laki tu. Membe aku cakap takyah buat camtu.
Nasib baikla membe aku tak bagi. Kalau kena kat aku memang aku dm je laki tu biar dia tau perangai tunang dia macam mane. Aku memang tak boleh sabar. Sakit hati betul walaupon bukan aku yang kene. Kalau sekali pon dah taknak, berterus terang jela ni tak buat membe aku macam sampah. Men are trash right? Pale bana la.
Korang nak tau lagi, lagi beberapa hari sebelum hari pertunangan. Pompuan tu dia call membe aku masa lunch hour siap cakap saje nak dengar suara. Memang selalu alasan tu dia bagi bila call membe kau.
Yang aku pelik macam mane orang yang dia tau dia akan bertunang dalam 2-3 hari je lagi boleh buat camtu. Ke dia jadikan membe aku ni tempat melepaskan bosan bila takde kawan masa lunch? Tempat melepaskan bosan sementara nak tunggu ayah dia pickup balik keje?
Membe aku memang taktau langsung yang aku nak share cite ni. Lantaklah kalau nak marah aku. Asalkan aku puas hati. Aku tanya membe aku memang takde explanation ke semua ni. Dengan luluh membe aku jawab,
” Takde, lepas jadi tu memang senyap terus. Biar jela senyap sampai bila² semua dah jelas. Aku taknak tau langsung pasal dia . Bagi aku hari yang dia buat aku camtu itula hari aku kene fikir pasal diri aku sendiri. Dia mane fikir dah pasal aku, orang tengah happy dapat kete baru dapat tunang. Aku bukan tak percaya takdir Allah, bukan aku nak persoalkan kenape tak pilih aku. Mungkin laki tu ada ape yang aku takde, mungkin lebih ape yang aku kurang. Tak kisahlah ape pon alasan dia, sekurang kurangnya berterus terangla dari awal. Perlu ke buat aku macam ni? “.
Patutla kau tak kisah buat orang camtu tengah DOUBLE HAPPY rupanya. Dah 2019 masih ada lagi spesis yang camni. Korang yang kat luar sana kalau ada yang buat camni better stop la. Tak salah nak ada ramai kawan tapi kalau rindu sana sini sayang sana sini tu yang tak bagus. For sure la kan, selain membe aku mesti dia ade berindu bersayang dengan laki tu.
Kepada pompuan tu kalau kau baca ni, aku teringin nak jumpa kau depan² nak tengok macam mane rupa orang yang buat mmbe aku. Aku nak TABIK spring kat kau. Kalau kau bole tido lena lepas jadi semua ni, KAU HEBAT. Hati KERING. Silakan BERBAHAGIA. Silakan berangan angan benda INDAH². SERONOK buat orang mcm tu?
Aku menaip ni pon dalam keadaan hati panas. Kalau jadi kat aku, sumpah entah ape aku akan buat. Jadikan cite aku ni pengajaran utk korang semua. And to my bro, aku faham perasaan kau. Kau akan mengalami trust issue.
Ingat, tak semua pompuan macam tu. Memang kau akan rasa malas penat kena mula balik dari awal bila nak kenal dgn orang baru. Its okay bro. U will be fine. Akan ada organ yang hargai kau.
Sekian…
– Member si polan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit