Kisah Kehidupan

Assalamualaikum. Lama dah tak jengah ke page ni. Ada masa masa lapang ini, nak lah aku bercerita.

Aku ada terbaca beberapa kisah terutama tentang mak mertua perfectionist. Ya, memang wujud.

Aku baru sahaja berkahwin, dulu kalau dengar orang cerita pasal mak mertua lah apa lah, tak ambil port. Sampai la terkena pada diri sendiri.

Dan aku tak suka ikut-ikut trend ke atau cara orang. Aku suka cara sendiri kalau boleh lain dari orang lain, senang cerita suka benda-benda unik. Dan aku susah nak terpengaruh dengan desakan atau pujukan orang.

Ditakdirkan, aku kenal suami tak lama, dan aku cuma jumpa ibu mertua 2 kali sebelum kahwin, waktu nak kenal-kenal dan waktu tunang.

First jumpa, aku nak tolong dia dekat dapur, tapi dia menolak dan suruh aku solat dulu, telekung dalam bilik, time tu dah nampak kurang mesra dan tegas.

Tapi aku menafikan kata hati, awal lagi untuk nilai orang.

Bila aku masuk je dalam keluarga, selepas berkahwin, mula2 mak mertua aku banyak diam, dan biarkan aku di dapur sendiri, so aku ingat ok,

Time tu arwah bapa mertua ada lagi, arwah bapa mertua banyak tolong aku siang2 ikan, siang sayur dan kerja-kerja dapur.

Ibu mertua kata dia kurang sihat dan sesekali masuk dapur dia akan tegur ayah mertua, cara siang ikan tak bersih, periuk salah susun, masak lambat sangat kalau dia masak dah siap, masa tu aku saja borak-borak.

Takkan nak krik2 je bosan hidup.

Pada mulanya ibu mertua tak pernah tegur silap aku, banyak yang tegur ayah mertua. Contoh, bubur kacang kamu ni sedap, tapi kalau bubur cair sikit dapat kuah banyak.

Cara dia tegur lembut dan tak marah-marah. Masa mak mertua marah ayah mertua, aku diam je, tapi terasa la juga, benda kecik je pun. Ayah mertua diam tak jawab ape2. Kesian masa tu.

Masa tu aku tanya juga pada suami, memang mak selalu gitu ke pada abah. Dia kata memang dari dulu, tapi diorang okay je. Abah memang tak lawan atau marah, kena bebel senyap je, dah redha.

Mula episod baru, ditakdirkan abah mertua aku meninggal lepas 6 bulan aku kahwin, sedih juga sebab lepas ni tak de la kawan borak kalau hujung minggu balik kampung.

Aku takut nak berbual dengan mak mertua, sebab muka tak pernah senyum dan kalau kita cakap dia macam tak dengar.

Bila arwah bapa mertua dah tak ada, aku kerap kena komplen ngan mak mertua, kalau die tak sihat badan aku akan masak. Sekecil-kecil dari menumbuk bawang, haha.

Tambah tekanan adik-adik ipar perempuan pun ada seorang yang macam tu, suka tegur cara orang.

Mak aku ajar, kalau nak buat cili kisar rebus cili dalam air panas, cuci, buang biji dan kisar. Kalau adik ipar die cuci cili rendam kejap pakai air paip then terus kisar. Sayur terus cuci, aku pulak sayur rendam dulu garam.

Basuh ayam dan ikan mereka cuci pakai air biasa terus masak, kalau aku cuci pakai tepung, pakai asam jawa ke garam ke, bergantung pada jenis ikan hanyir atau tak.

Bila aku buat cara aku yang lebih bersih, adik ipar kata lambat kak kalau gitu, mak mertua pun cakap bila nak siap kalau gitu. Entah la, mak aku dah didik dari kecil lagi kebersihan, bahan jatuh jangan kutip, buang.

Kalau cara mak aku dia tak berkenan siang ikan letak dalam singki, kena ada alas besin ke mangkuk, sebab sinki tu kadang orang dok meludah, kotor.

Mak aku dulu ambik kursus penyediaan makanan sebab jadi pembantu tadika, so benda yang bagus dan baik dia ajar, kita ikut la kan.

Aku biasa akan ikut mana tempat aku duduk, kalau orang tu cara begini, aku akan ikut la orang tu, malas nak gaduh, rumah sendiri ikut cara aku.

Tapi masa mula- mula annoying setiap benda kena tegur. Cara nak goreng cekodok, nak letak tepung dalam minyak pun mak mertua ajar, jangan letak sebelah-sebelah nanti melekat. Api besar kalau goreng, tak nak dia serap minyak.

Sayur hijau kalau dah masak sekali tu, nak makan lagi jangan panaskan, nanti jadi racun. Selalu mak mertua pesan yang itu, jangan makan manis- manis selalu, kencing manis, jangan makan minyak-minyak sangat kolesterol.

Bukan sekadar hal dapur, aku beli baju kelawar nak buat tidur, 2 helai, kaki baju panjang dan aku tak pandai menjahit, nak la hantar ke tailor,

Yang suami aku tanya lah mak mana tailor kat kampung ni, sebab kalau kat bandar mahal pernah aku buat baju hantar tailor bandar mak marah, buat apa mahal-mahal bazir duit.

Masalah nak balik kampung jauh. So alang- alang balik kampung, boleh la hantar baju tu, mak nak tengok pulak bajunya, mak belek-belek,

Dia kata pada suami aku, mana kau beli ni, offer mak, macam ni punya baju pun kau berselera nak beli, mungkin tak kena di mata mak mertua aku, tapi setakat baju tidur. Sentap jugak aku dengar.

Last-last mak mertua kata biar aku jahit kan lah, ko hantar tailor bazir, sikit je ni, nak alter. Aku pun ok lah kalau mak nak tolong. Cerewetnya dia mula-mula aku stress dan tekanan.

Lama-lama aku cakap dengan suami aku tak nak masak kalau balik kampung, kecuali mak tak sihat. Mak kat dapur ku tengok-tengok je malas nak tolong, aku akan tidur ke buat benda lain. Sebab kalau tak kena cara nanti hangin jadinya.

Dah siap masak baru aku tanya, mak masak apa? Haha. Kalau adik ipar masak pun gitu, aku akan dok ruang tamu, biar die masak dengan anak dia.

Aku dengan suami akan belikan makan malam ke, atau sarapan. Trauma kalau balik rumah mentua kena masuk dapur, setiap kali masuk dapur aku akan berpeluh, gigil dan sakit kepala. Anxiety mungkin. So aku akan mintak izin nak rehat.

Cuti sekolah panjang hari tu, aku try la nak masuk dapur mertua, nak tolong masak tengahari, adik ipar yang selalu masak tu, dia tak ke dapur mak mertua pun tengah buai cucu, aku tolong la adik ipar yang satu lagi, potong ayam, dan sedia bahan,

Mula macam dia nak suruh aku masak 1 lauk, dia masak 1 lauk, sekali adik ipar yang kaki komplen tu masuk dapur pulak, nak bancuh air, dan tegur-tegur adik ipar 1 lagi ni, kenapa tak masuk kentang la, kenapa itu ini.

Adik ipar yang 1 ni dia pendiam, sekali dia cakap biarlah kak ni cara aku, aku masak cara aku, lain orang lain cara.

Diam yang kaki komplen tu, aku ni pula jenis kalo cara orang lain aku malas nak tegur, lepas tu dia kata kau dah siap buat air kak, dah lah gi depan tak yah ramai kat dapur, aku tak boleh masak kalau ramai- ramai.

Aku dengar, aku pun terasa juga, abis potong ayam terus aku ke depan. Last2 kena panggil juga siang sayur, mungkin dia cakap pada ipar sorang lagi tu, ipar tu kata aku nak tolong kau ni, cepat sikit siap.

Last2 aku yang lari ke depan, tak masuk-masuk dapur, gi layan budak-budak. Jalan selamat, dari gaduh adalah lari. Itu jelah cara aku nak kurangkan stress kalau balik kampung mertua, malas nak beria.

Kalau pun kita ni memang teror masak, tahu itu ini, skill2 tu kita bunuh di rumah mertua, rumah sendiri lah kalau nak masak yang lain macam ke yang pelik-pelik. Sebab nak selamat dari komplen.

End up aku memang aku tak suka masak kat rumah mak mertua, serik. Pura-pura bodoh je lah, untuk mengelakkan pergaduhan.

Senang cerita mak mertua aku banyak juga lah benda yang dia rasa tak ok, adik ipar hantar tadika 4 tahun pun dia bising, dia kata kalau budak tu bodoh tak tahu membaca takpe lah hantar awal-awal.

Ni budak cerdik, hantar 5 dan 6 tahun dah memadai, biarlah anak dia aku kata, dia tahu yang terbaik.

Aku pun takut nak keluar berdua dengan mak mertua, sekali kami terawih bersama, aku ada hal dan terpaksa cari suami alarm kereta berbunyi (nak bagi tahu dia)

Mak mertua bising-bising cakap aku ke mana je, sampai2 masjid cuba lah solat tahiyatul masjid dulu, sambil dia membebel dan arah-arah kan aku macam budak kecik, cara dia bebel sama macam dia bebel kan cucunya, arwah abah selalu kena gitu, ada sahaja yang tak kena.

Aku dengar bukan aku je kena, adik-adik ipar pun kena juga, mungkin diorang dah lali. So dalam rumah memang kena dengar cakap mak sahaja, kalau mak kata semua ikut beraya, yes semua kena ikut, tak ada yang tinggal.

Mungkin diorang bersatu hati kerana adanya suara dari ibu, kalau tak sorang ke utara sorang ke selatan, ibu mertua aku ada kuasa veto, yang membuat anak-anak tak berani nak lawan.

Moga marah dan bebelnya untuk kebaikan, dan menjadikan aku yang dulunya baran belajar berlembut dan beralah demi kebaikan.

Sentiasa berdoa yang baik-baik untuk ibu mertua, ada sebab Allah mencipta sikap berbeza antara pasangan, ibu mertua tegas dan arwah abah lembut.

Gabungan itu yang menjadikan 1 keluarga tu bergerak senada seiringan. Aku juga belajar mencari kebaikan dalam buruknya seseorang, pasti ada. Well, manusia mana ada yang sempurna.

Sebabnya mak aku sendiri cerewet, bagi menantu, mungkin annoying, tapi aku sebagai anak biase je, lagi pun mak kita semua yang baik-baik di mata kita.

Bezanya mak aku menantu lelaki, so kat dapur tak ada masalah, cuma bab2 kebersihan, cara jaga anak, bebel juga dia, tegur sikap. Sejenis yang campur dan ambil berat tapi tak lah berlebihan.

Mungkin nak yang terbaik untuk anak dan menantu. Tapi menantu dia ikut je tak melawan, tak nak buat lari, elak-elak, buat macam tak tahu apa-apa. Semuanya nak elak pergaduhan.

– Izzah (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *