(2021-2023)
3 tahun tak mudah aku melangkah, ada pasang surutnya, ada pahit manisnya, tapi aku tetap teguh melangkah, hadapi takdir yang tertulis.
Kau hadir, ambil harta paling berharga bagi aku seorang “Wanita”, lalu kau hilangkan diri, kau buat seperti tiada apa.
Sampai ke hari ini, aku tak pernah lupakan sesaat apa yang terjadi antara kita, setiap butir kata-kata yang kau hamburkan, kau kata sayang kau kata rindu, disaat aku perlukan kau, di mana kau ?
Kau bahagia dengan kekasih halal kau, sedangkan aku ? seperti orang b***h yang menanti dan terus menantikan kau yang entah bila akan Kembali atau mungkin tak akan Kembali.
Sedikit introduction untuk coretan aku malam ini. Serba sedikit mengenai insan kerdil ini, aku Mawar Layu, berasal dari Selatan tanah air dan berumur awal 20-an. Alhamdulillah berkerjaya mengikut bidang yang diminati. Hehe ringkas je ye.
Coretan aku kali ni sekadar meluah ape aku pendam 3 tahun yang berlalu bahkan hingga kini sakitnya masih terasa.
Jika confession ini tersiar, aku harapkan korang bagi aku semangat dan positive vibe, tapi kalau nak kecam silakan because we did not know each other, by the way thank you admin kalau tersiar. Alhamdulillah.
Aku dilahirkan dari family yang sederhana, ayah aku kerja biasa ibu pulak fulltime housewife. Adik beradik 4 orang and aku nak sulong.
Aku dibesarkan oleh nenek dan atuk sebelah ayah memandangkan ayah je anak lelaki yang duduk dekat sehingga umur aku 15 tahun. Terjadi konflik besar dalam family yang menyebabkan kami sekeluarga berpindah ke rumah sendiri.
Fast forward, umur aku 17, Alhamdulilah ayah dapat beli rumah. And yes sebelum tu kami menyewa 2 tahun.
Aku berjaya tamatkan SPM dengan keputusan yang agak cemerlang dek kerana usaha pulun kelas tambahan dan sebagainya. Aku sangkakan penat lelah ini akan tamat sampai di SPM Sahaja tapi aku silap. Ibu mengharapkan aku untuk sambung belajar.
Awalnya aku tak mahu, tapi fikirkan harapan mereka pada aku tinggi, aku mohon dan Alhamdulillah dapat di negeri Pantai timur dalam bidang yang aku minat.
Tepat bulan Mac 2020, kita diistiharkan PKP (perintah kawalan pergerakan), jadi aku tak boleh lapor diri awal, dan aku dikehendaki lapor diri pada bulan Ogos 2020.
Alhamdulillah segala urusan aku dan keluarga dipermudahkan ketika perjalanan ke sana. Hampir 2 bulan lebih di kolej, tiba cuti mid-sem. Aku decide balik ke Selatan kerana cuti agak panjang.
Semua okay Alhamdulillah. Tetapi untuk ke kolej, tak dibenarkan kerana kes meningkat secara mendadak. Kami dimaklumkan untuk kelas secara online (gmeet & etc).
Sebelum tamat sem 1, aku ada download satu aplikasi chatting, dan berkenal dengan Khai (bukan nama sebenar). Khai baik orangnya, melayan kerenah aku. Kami berkawan selama 2 bulan sebelum membuat keputusan untuk keluar bersama pada Januari 2021.
FYI, Khai adalah lelaki pertama yang aku kenal sedalam ni, aku selesa dan aku berani beritahu ibu mengenai dia. Our first meet kat mcd je, makan then borak kosong. He send me back and its over for first meet.
Then balik tu dia chat dia suka tengok aku depan – depan look more pretty then dalam gambar. (I don’t know if he lie HAHAHA). Khai ajak jumpa lagi, but this time as couple. Yes kitaorang declare untuk in relationship.
Second date kitaorg lepak dalam kereta je sebab malam masa tu around 8-9pm. Borak – borak and dia start touching my hand and pipi.
Aku jadi tak selesa and dia keep touching. Aku tinggi suara dekat dia and dia lepaskan tangan dan hantar aku balik immediately. I feel something wrong tapi aku ignore rasa tu. Aku fikir dia nak manja sebab sayang kan.
And our third date dia ajak aku check in. Dia pujuk pujuk aku and aku setuju but he promise to marry me. Until today I am waiting for his promise. And kitaorang pegi check in.
By the way, masa ni dah habis exam and tengah semester break. Balik dari checkin tu, aku chat dia, tak balas, aku call tak berjawab.
Ya Allah cuak sangat masa ni. Aku keep cari dia until one day dia block aku. Masa ni ya Allah, kaki aku ibarat hilang lutut, jatuh terduduk ye. Kat sini korang nak kecam aku silakan.
Masa ni hampir tiap malam aku berendam air mata, pointer aku jatuh, badan aku susut sangat2. Bila di tanya jawapannya tak ada ape.
Fast forward masuk tahun 2022, aku terdetik nak download balik applikasi chating yang aku jumpa Khai tu. And you guys know what? Dia add aku balik kat situ. Aku tanya kenapa kejam sangat buat aku macam tu, dia cakap nak jumpa and dia akan cite a-z.
Yes we meet that night, and he told me that dia tu suami orang. Can you guys imagine, my first love was someone husband??? Aku betul tercengang masa tu, speechless sangat. Unexpected. Unbelievable.
Dia tunjuk kad nikah dia, I nangis macam ape depan dia. Dia cuba tenangkan, but I keep crying. About 30 minit. When I am done, dia hantar aku balik macam biasa.
You guys guess what? Dia diam macam tu je? Tak wey, dia sambung derita aku dengan keep contact aku, taking care of me, buat aku makin sayang and susah nak lupakan diaa. 3 tahun dah until now.
Aku susah nak terima orang lain. Aku kesian kat diri aku sebenarnya, sampai harini, aku kuat sebab ibu ayah aku je. Kalau bukan sebab dorang, aku dah lama buat pekara tak sepatutnya untuk hilangkan aku dari dunia ni.
Aku ikutkan je kehendak dorang, keje sana, amik lessen semua lah. Aku ikutkan sebab aku memang tak ada tujuan hidup. Aku lost sangat2 sampai saat ni.
Aku tahu aku perlu tamatkan semua ni, tapi, makin jauh aku pergi makin dia kejar aku, kenapa perlu berkelakuan sebegitu. Tak pernah dia ungkap kata maaf menipu aku sebegitu. Malah update pada aku kemana dia sekeluarga bercuti.
Sejujurnya hati aku masih kuat menyayangi dia. Entah kenapa aku susah nak lupakan.
So guys yang baca sampai habis, aku nak minta korang pendapat macam mana aku nak move on dari kisah silam aku, yea nanti akan ade yang cakap baru sekali dah meroyan. Bukan meroyan wak, kita pegang janji.
Saat aku mengarang coretan ni, air mata yang menemani aku. Apakan daya nasib ku ini wahai Mawar Layu.
Kalau confession ni dapat sambutan yang positif aku sambung macam mana aku handle masa Khai hilangkan diri depan family.
Terima kasih yang baca sampai habis. Love you guys.
Cerita dari,
– Si Mawar Layu. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum buat adik yg mencari segenap kekuatan di laman ini.Akak doakan adik terus kuat..Pertama sekali mohonlah keampunan Allah dari segala yg telah berlaku..buat solat taubat.
Tiada siapa antara kita ingin perkara ini terjadi.Mohon lupakan pemuda itu..dia berkeluarga..dan dia menipu adik tentang statusnya..Kita tidak tahu brapa orang lagi wanita yang telah tertipu.
Memg cinta pertama itu indah susah nak dilupakan..tetapi mampukan adik untuk bersama dia yg berkeluarga..dia takkan pilih adik..dia tetap akan pilih keluarganya yg sah..byk pengalaman begitulah yg terharu.Mohon keampunan Allah dan ambillah masa lupakan dia.Habiskan masa bersama2 kawan2 teman2 dan keluarga.Time will healing everything.. Percayalah Allah syg adik …Pergi jauh dari dia ..samada hati atau jarak.Sabarlah …Jadilah wanita kuat . Insyaallah
He doesn’t love you. He’s using you to get to your body. No good man will ask for sex on third date.
Everything he told was just to get your sympathy because he knew that you are naive.
Cut all contact.
Remember, a good man will always respect your honor and dignity
saya rasa klu betul dia nak awak, suruh dia datang jumpa ayah awak dan meminang jadikan awak isteri yg sah..BE GENTLEMAN ok? biar dia bertanggungjawab dan jadi lelaki, awak no2 pon xpe..OK?