Kisah Orang Borneo

Salam gais. Luahan hati ni lebih kepada apa terjadi terhadap keluarga mak sedara aku. Jom saya cerita dari A – Z. 

Sepupu aku lelaki (aku nama kan dia Alex) dijodohkan dengan dari Sabah iaitu Semporna.

Memang waktu tu kitorang gelak kan dia lah sebab masa muda2 dia dok kata tak nak orang Kelantan sebab nanti balik raya jauh. (Kampung kami Kedah) Sekali, amik kauuuu…. Juh bebenor lew.. 

Kisah Merisik bertukar ke Nikah

Mak Alex iaitu mak sedara aku time tu terkejut beruk tengok rumah bakal tu.. Sebab rumah atas air. Yang paling best, diorang pergi untuk merisik and tunang. TAPIIII, kena nikah kan terus. Alex okay je… On. Tapi mak Alex memang tak setuju.

Kata keluarga perempuan tak nak susah kan Keluarga Alex untuk datang ke situ balik untuk kenduri. Maka, jadilah nikah koboi. Iaitu, diorang dinikahkan di depan tok imam, mak ayah lelaki n perempuan, saksi semua cukup.

Bak kata orang pejabat agama sana. “Mengikut Islam pernikahan ini sah, tapi ikut paper masih belum. Nikah kan dulu, nanti suami dan isteri datang ke pejabat bawak semua dokumen lengkap”.

4 bulan lepas nikah koboi diorang pon dah ada sijil nikah di iktiraf oleh pejabat agama. 

Rumah Sendiri

Isteri Alex ni tidak berkerja, tak reti drive dan ada 5 orang anak. (Berderet yea anak2 nya. Tapi aku suka sebab chomellll sangat).

Mula la kisah sepupu aku kena buat loan rumah bagai. Sebab ikut Alex, dia nak sewa je. Tapi bini Alex kata tak secure. Jadi apa2 kat Alex nanti diorang anak beranak merempat.

Maka, korang bayangkan. Gaji Alex tak besar sangat iaitu dalam RM6K (sebelum tolak bagai) Dah buat loan rumah teres, loan kereta, loan belajar, api air minyak bla bla… Habis gitu je.

Tapi. Don’t worry, Mak Alex orang have have. Maka mak Alex selalu hulur and topup barang rumah. Gitu la heaven nya hidup Alex ni.

Aku pernah tanya bini Alex, napa tak kerja? Sebab bini Alex ada degree in Computer Science… Gituuuu… Dia kata. “Dia kalau kerja nanti, Gaji Alex habis kat anak je.” Aku macam tak faham.. Sebab betul la… Bila dah ada anak ni, memang kat anak2 je..

Bila aku tanya adik Alex apa maksud nya.. Rupanya, dia nak Alex ni bayar semua nursery, transport, sekolah semua Alex yang bayar. Alex tak boleh mintak duit kat bini dia kalau ada kekurangan. Tepuk dahi aku. Sebab tak sangka mentality orang yang sebegini. 

Rumah Tumpangan

Keluarga bini Alex sangat ramai. Tak silap aku 9 orang dia anak yang ke 4. Jadi tiap kali cuti sekolah ke cuti sem ke, mesti rumah MAK ALEX jadi persinggahan untuk adik beradik bini Alex datang.

Kenapa tak ke rumah Alex? Sebab kata nya, rumah dia kecik. (HAHAHA) Diorang ni bukan duduk datang hai bye je taw. Diorang siap berminggu ada yang berbulan. Mak Alex tabah je lah. Yang best keluar bilik bila nak makan je. HAHAHAHA. DASAR PEMALAS.

Lepas tu bini Alex datang pickup adik beradik dia jalan2 KL ke pi kenduri ke dengan si Alex ni naik kereta MAK ALEX. (Alex kereta myvi je)

Aku tengok geleng kepala je weyh. Sebab pernah mak Alex call aku untuk teman dia ke kenduri sebab kereta takde. Aku on je sebab makan kan. Hihi.

Mak Alex

Ok.. Drama baru nak mula yea kawan2. Mak Alex meninggal Dec 2022 akibat jantung. Alex n Adik dia memang tak ready untuk Mak dia pergi. Memang sedih sangat2.

Tapi yang paling tak best hasutan isteri Alex ni. Alex ni 2 beradik je, dia dan adik perempuan dia. Jadi, diorang dua memang bagus sebab persefahaman bila bab harta pusaka ni.

Dua2 saling tolak menolak untuk ambik tanah pusaka tu. (abang amik la… eyh.. adik amik la… abang amik la… ha gituuu) Sebab? Adik Alex ni takde la kaya.. Tapi dia wanita berkerjaya and suami pun kerja. Jadi dia nak abang dia selesa.

Apa adik dia nak semua emas arwah. Sebab dalam emas arwah tu ada emas adik Alex jugak. Adik Alex jenis tak suka barang kemas. Jadi dia biar mak dia simpan. Bila diperlukan baru dia amik dari mak nya.. Si ipar ni tak puas hati. Dia nak jugak emas mak mertua dia. Dia kata abang ada hak.

Adik Alex tersentap sebab Alex dah dapat tanah pusaka atas nama Alex. Waktu tu, adik Alex cerita masa kat Pej Tanah tu, Isteri Alex kalut nak tengok nama tu betul tak atas nama Alex. (suami adik Alex tak ikut pun).

Dah settle rumah pusaka tu, Bini Alex suruh tukar nama tu atas nama dia pulak. Katanya kalau rumah yang Alex duduk ni masih lagi dalam loan. Rumah pusaka tu dah habis bayar. Dia tak nak jadi macam kes arwah Abam.

Memang sentap adik Alex. (takde angin takde ribut dah tuduh bukan bukan). Waktu tu Alex pun ikut la tukar nama si bini dia. Adik Alex memang sedih sebab rumah tu dah bukan rumah dia dibesarkan. Sebab baru berapa bulan je dah adik beradik dari Sabah datang bertandang.

Siap suruh adik Alex clear kan bilik dia sebab nak isi barang2 anak2 pinak Bini Alex ni. Adik Alex sekarang dah uncontactable. Aku call pun dia ignore. Sedih sebab kami memang rapat. 

Sekarang Alex macam serabut sebab selama ni Arwah Mak Alex banyak tolong. Sebab isteri Alex tak boleh drive, jadi bila Alex outstation, Arwah mak yang tolong bawakan anak2 Alex ke sekolah.

Jadi, sekarang Alex tak dapat nak outstation, maka reputasi kerja Alex dah makin terjejas. Alex cerita kat aku, dia dah takde increment sebab kan asyik bagi alasan untuk tak boleh outstation.

Ni nak raya, Alex dah pening kepala nak balik Kedah (kampung arwah mak n ayah Alex). Sebab dulu kereta Arwah mak Alex ni yang Alex guna untuk pergi balik ke kampung.

Tapi bila kereta dan jual, Maka, Alex dah takde kereta untuk long distance. Kesian la Alex duduk Selangor sorang2. 

Daripada cerita aku ni, aku nak berpesan lah orang semenanjung yang nak buat bini orang belah sana. Fikir la masak2. Sebab memang diorang nak jadi orang sini.

Bila dah dapat tu, memang kaw2 kena perah. Sepupu aku dari handsome bergaya kachak dah jadi grumpy old man. 

– Faizal (Bukan nama sebenar)

[Bagi admin, sikap individu tak bergantung dari mana asal mereka. Ada je yang baik dan tak baik dari mana mana tempat. Bagi pembaca pula bagaimana? – Admin x]

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. ya betul, sikap tu indivudu..laki bini asal sebelah rumah pun boleh jd perangai mcam ni..

  2. Geram ek BACA. Kalau Aku ni adik si Alex tuu siap ko pompuan. Ada hati nak brg kemas mak Aku. Mintak laa ngan mak ko

  3. Aku orang Sabah, area Ranau. Dan ya, kitorang sendiri pun tak suka orang-orang Sabah belah sana (seperti yang dinyatakan dlm ceta ni).. Kenapa? Sebab diorang walaupun ada IC, diorang bukan pure org tempatan Sabah ye. Ada kacukan suluk, bugis Indo dll.. kadang ada yang dapat IC beli. Sorry to say kalau nak kata aku ni racist. Ya, untuk bab ni aku memang racist! Awal-awal dah nampak diorang tinggal atas air. Memang sah lah diorang takde tanah sendiri nak buat rumah. Dan orang sana memang, kalau boleh nak anak-anak diorang kawin dengan orang tempatan pure yang ada tanah sendiri. Diorang memang nak kaut orang tempatan punya harta.

    Alex dalam ceta ni dah kena scam HAHAHAA.. Orang sana bajet je muka lawo (aku tak nafikan).. tak kerja yang penting muka lawa.. sebab aku ada ramai sepupu yang kawen dgn orang area Tawau, Semporna, Lahad Datu. Dengan diorang-diorang sekali kena scam orang sana hahaaa… Masa awal-awal tu nampak biasa, tapi dah setahun dua tahun, dah nampak daa.. mintak tanah laa, hadiah serius nak emas ja. Dan diorang tetap takde keje. Harapkan laki je nak hidup. Diorang memang utamakan family diorang. Kalau nak kawen orang sana, kena tahan hati hadap family members yang nak dok tumpang harta sekali.

    Banyak lagi dark side cerita ni sbenarnya. Kalau korang nak kecam aku sbb aku racist, kecam laa aku tak kesah.. sebab apa yang aku cerita ni betul. Dan aku iya kan semua yg dicerita bagi pihak Alex yang berkaitan dengan orang Semporna ni. Aku sendiri tak suka. Kalau just nak kawan, diorang baik. Tapi kalau nak kawen, nak jadikan family, siap sedia la nak bangkrap macam ni.

    To Alex dan adiknya, semoga korang tabah dan kuat. Jangan putus hubungan keluarga korang berdua. Semoga Allah permudahkan urusan kalian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *