Kisah Perkahwinan & cara save cost kami – 7:43 PM

Kisah Perkahwinan & cara save cost kami

Alhamdulillah saya sudah bernikah hampir setahun. Bahagia alhamdulillah. Baru-baru ni saya kerap singgah iiumc, seronok baca kisah hidup masing-masing. Banyak pengajaran boleh diambil. Tadi pun terbaca artikel yg penulisnya tanya pasal bajet kahwin. Ni saya nak cerita perkahwinan saya & bagaimana syukur alhamdulillah dapat jugak save banyak cost seperti yg saya harapkan. Taknak saya bebankan bakal suami & mama abah saya.

Permulaan. Saya kenal dgn suami semasa foundation U. Saya ni jenis pemalu, Malu ni dari kecik lagi, jumpa orang baru je for sure mama abah kenalkan saya as seorang yg pemalu. Jadi doa sampai ke besar, hehe. Masa di fundation, terminat dekat satu boy ni. Comel, baik, pandai & boleh nampak perangai caring dia dekat classmate2 lain. Husband material la. Jadi saya pun terminat dalam diam. Saya tak pernah sangka yg dia akan minat saya jugak. Ramai perempuan lain minat dekat dia, siap ada yg mengaku gf dia (suami saya marah & malu bila dapat tahu). Alhamdulillah dia tak pernah couple. Dalam pertengahan foundation, dia propose. Saya masa tu memang tengah seronok kalau dapat kawin awal. Apalagi, terus beritahu mama abah. Mama suka je kalau kawin awal, tapi pastikan habis belajar, Abah pula kurang setuju, takut pembelajaran terjejas & minta nak jumpa suami.

Dah jumpa, abah letakkan syarat kena ada rumah & income. Kenderaan confirm kena ada kalau tak macam mana nak bergerak ke kelas. Suami dari keluarga yg susah, tapi cerdik. Sejak tu dia dah dapat jana duit halal melalui dunia internet. Sampai berjaya dapatkan kereta dibayar secara Sambung Bayar, dapat rumah sewa & siap sediakan perabot. Saya bantu mana yg mampu je dlm kerja dia. Tak terer bab IT seperti dia.

Dah ready semua, Abah cuba lewatkan, minta tunggu kakak saya berkahwin dulu. Sedih la jugak, dah ready semua, tapi kena tunggu. Saya siap sudah jumpa keluarga suami untuk kenal-kenal. Selepas beberapa bulan, Kakak pun sudah kahwin, still abah senyapkan saja. Kami pun dah masuk dunia degree. Masih belum berkahwin. Saya sanggup tukar kos untuk sama seperti suami supaya senang bila dah berkahwin nanti.

Mama & Abah dah bercerai sebenarnya, dari saya kecil lagi. Tu yg kurang best bila benda penting seperti kahwin tiba2 terpaksa dilewatkan sebab abah kalau ikutkan nak tunggu kami graduate & Abah nak kumpul duit & nak tunggu masa sesuai utk buatkan kenduri. Abah pun banyak kali beritahu nak jadi wali. Comel. Mama pula tak berapa suka lewatkan nikah sebab tak elok dilewat-lewatkan benda yg baik.

Pada tahun ketiga degree, Last2 saya & suami nekad untuk settlekan saja borang2 nikah. Saya siap tukar ic guna alamat suami sebab taknak isi borang maustatin, hehe. Borang semua settle, hiv settle, hantar ke pejabat agama & sudah berjumpa dgn Tok kadi. Akhirnya dapat jugak tetapkan tarkh nikah tahun yg sama. Hehe, tak boleh dah abah tunggu kitorang graduate. Abah pun dulu kawin masa belajar, tak aci la.

Kami nikah bulan puasa. Ni baru saya nak cerita apa yg kami buat untuk cut cost perkahwinan. Tiada hantaran baik hadiah berdulang-dulang mahupun wang. Tiada catering (nikah bulan Puasa & ramai sibuk mood beraya), takde official photographer, takde makeup. Saya berniqab & suami tak suka perempuan bermakeup, jadi tak perlu bermakeup. Kami beli sepasang baju melayu & jubah serta tudung bawal. Niqab jahit sendiri. Baju beli aje la nak feeling-feelng nikah tu,hehe.

Duit hantaran saya yg taknak. Abah lawak2 nak letak 15k. Tersedak saya. Saya dari awal sampai keakhir cakap taknak hantaran riban2. Jadi letak 0 je. Puas hati, hehe. Awal-awal mama & abah kurang setuju (risau mulut orang bertanya). Tapi bila saya nekad jugak, diorang pun okay saja la alang2 saya tolak habis-habis majlis kenduri yang grand-grand.

Mahar pula, Selangor letak minimum Rm300. Jadi kami beli saja cincin. Tak lebih Rm600 pun harga cincin. Adik saya pula tolong ambil gambar masa nikah. Adik beradik lain pun keluar handphone rakam masa kami nikah. Kami nikah di masjid. Jemputan hanya ahli keluarga terdekat saja. Parents & siblings dua2 keluarga. Relatives lain takde sebab kami pilih hari kerja (memang sengaja, sebab taknak susahkan diorang datang jauh-jauh untuk majlis yang sekejap saja, hari puasa pulak tu). Ada jugak sorang uncle saya kejar nak datang jugak. Seronok mama adiknya datang. Kawan-kawan pun kami tak jemput Sebab ada kelas. kami je cuti sendiri, hehe.

Tu saja. Tak banyak keluar cost untuk perkahwinan. Kos jadi berpuluh ribu bila kita salah letak kepentingan dalam perkahwinan tu. Tapi, kalau bajet tu ada, dan tak menyusahkan mana-mana pihak, ikut la nak macam mana. Kalau menyusahkan, takperlu la macam tu. Menyeksa namanya. Nak menunggu kawin pun dah seksa.

Perbelanjaan kami fokus pada rumah, kenderaan & keperluan2 asas yg akan datang nanti. Saving kena ada untuk emergency. Lupa pulak, pasal kenduri, mama saya cikgu. Mama buat jamuan di sekolah untuk cover tanggungjawab hebahkan perkahwinan. Ayah pula buat kenduri di kampung belah ayah untuk hebahkan sebelah sana. Dua-dua kenduri ni kami tak dapat pergi sebab sedang belajar & jauh.

Walaupun tak jemput rakan-rakan rapat ke majlis nikah, alhamdulillah mereka faham. Tu saja cerita saya. Buat yang nak berkahwin awal, cari jalan untuk yakinkan parents korang. In syaa Allah dipermudahkan. Last sekali, sorry kalau ada salah ejaan atau guna perkataan campur-campur. Assalamualaikum & all the best buat bakal suami isteri & mereka yang sudah berumahtangga

– Nova

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *