Terima kasih kepada admin sebab siarkan confession saya. Assalamualaikum buat semua para pembaca, nama saya Gee (bukan nama sebenar). Saya masih lagi belajar di peringkat STPM dan saya terpanggil untuk luahkan apa yang saya hadapi selama ini.
Betullah apa yang orang selalu katakan, nikmatilah zaman persekolahan kerana apabila kamu masuk alam pekerjaan nanti baru kamu rasakan dunia yang sebenarnya.
Dan inilah apa yang saya rasakan sekarang ini, zaman persekolahan adalah waktu terindah yang pernah saya rasakan.
Namun semuanya berubah setelah saya menginjak umur 18 tahun.
Saya sebenarnya dapat tawaran universiti dalam course yang saya sangat minat tapi tak kesampaian dan saya ubah fikiran saya dan ambil stpm (ada sebab mengapa saya buat begini, saya akan ceritakan sebentar nanti).
Kisahnya bermula pada bulan April tahun lepas, saya demam teruk dan masa tu ibu sayalah peneman saya ke hospital dan masa dekat hospital tu saya perasan yang ibu saya bimbang akan sesuatu tapi dia tak beritahu saya.
Masa giliran saya untuk berjumpa dengan doktor, ibu saya masuk sekali dan lepas tu saya diminta untuk keluar setelah doktor siap memeriksa saya dan nurse tu tutup pintu bilik dan saya pula menunggu di luar.
Lepas ibu saya keluar dari bilik tu, dia kata perlu pergi ke bilik x-ray dan kami pun pergi ke sana setelah 2 jam akhirnya ibu saya keluar dari bilik x-ray.
Masa tu, peralatan yang doktor gunakan untuk periksa sakit ibu saya alami kerosakan dan saya juga nampak yang doktor tu banyak kali keluar-masuk.
Sementara tunggu bas untuk balik, ibu saya ada cakap dekat saya yang belajar sungguh-sungguh mungkin ibu tak hidup lama dan saya menangis, ibu saya tak habis cakap kata-kata sedih masa tu.
So, dipendekkan cerita, ibu saya di diagnosed ada kanser payudara tahap 4. Dan masa tu saya sangat-sangat down, saya hilang motivasi untuk belajar.
I’m not a happy person that I used to be. Saya pergi sekolah just want to have some fun with my friends, saya cuma rasa gembira dekat sekolah tapi balik rumah bermula kisah sedih saya.
Sebelum itu, ibu saya yang tak mahu saya masuk u dan ambil stpm sahaja disebabkan oleh sakit yang dia alami dan saya ubah fikiran dan masuk tingkatan 6 sahaja.
Setelah itu, bermula kisah ibu saya pergi kemoterapi dan semua procedures yang perlu dilakukan. Dan di sana saya nampak yang ibu saya berjuang untuk lawan penyakit tu.
Bukan tu sahaja, ibu saya juga dimasukkan ke hospital dan dipasangkan tiub untuk keluarkan air dari paru-paru. Badan ibu saya semakin kurus, tiada selera makan dan rambut juga gugur setiap hari. Dan ibu saya selalu minta saya cucikan rambut dia.
Dan tiap kali saya cuci rambut ibu saya selalu akan gugur hinggalah hampir botak. Selepas itu, saya akan masuk bilik dan menangis sepuas-puasnya.
Tapi saya bersyukur yang kesihatan ibu saya sekarang beransur pulih, selera makan pun ada dan rambut juga sudah tumbuh dengan lebat.
Sepanjang saya menjaga ibu saya yang sakit, banyak dugaan yang saya lalui dan saya kerap menangis waktu malam dan keesokan paginya berlakon macam orang yang normal yang tak ada apa- apa berlaku.
Sebenarnya, saya ada toxic siblings. Saya bukan sahaja perlu jaga ibu saya yang sakit tapi perlu handle masalah dengan toxic siblings ni.
Saya merupakan anak bongsu dalam keluarga dan semua kerja dekat rumah saya yang perlu lakukan.
Balik sekolah memang akan tersedia kerja untuk saya, pinggan tak kena cuci, kain yang dilipat pun mereka tidak ambil dan mahu dihantar ke bilik juga, masak dan kemudiannya kuali tak dicuci.
Almost everything kerja di rumah saya yang buat, nak harap adik- beradik yang lain memang susah.
Kerja saya tiap hari kemas rumah, masak, lepas tu saya akan makan bersama ibu saya (saya tau biarpun yang kesihatan ibu saya beransur pulih tapi dia tetap tak tinggal lama,
Sebab tu ada masa saya akan spend time dengan dia, bercerita, makan sama-sama dan selalunya hanya kami dua ja yang makan sama dan saya akan simpan sebagai kenangan yang terindah). Saya juga selalu mandikan ibu saya dan cuci luka semua.
Semuanya okay pada mulanya sebab itulah apa yang sepatutnya kerja yang perlu saya lakukan memandangkan saya perempuan tapi semua berubah tahun ini apabila pkp bermula.
Saya ada kelas waktu pagi tapi saya tak dapat join sebabnya saya perlu kemas rumah kalau tak confirm kena bising. Dan selalunya saya akan siap semua kerja dekat tengahari.
Saya terpaksa buat kerja sekolah saya pada waktu malam sebab petangnya saya perlu mandikan ibu saya dan dalam masa yang sama saya perlu kemas semula rumah,
Sebabnya adik- beradik terutama yang lelaki ini jenis tak pandai cuci pinggan, kuali semua dan harapkan saya untuk kemaskan semuanya.
Sebenarnya saya sangat penat dengan semua ini, saya tak cakap yang jaga ibu yang sakit ini satu bebanan. Saya cuma penat dengan jenis adik-beradik yang toxic ini.
Tiap hari kena maki, kena lagi dengan kata-kata kesat dan inilah yang menyebabkan saya selalu tertekan.
Pernah saya luahkan perasaan saya yang bukan semua kerja perlu saya buat seorang diri dan kamu duduk diam-diam main phone dan lepas tu cakap penat tapi tak fikir penat saya macam mana.
Dan masa tu jugalah, saya kena maki semua kata-kata kesat terima. Kalau tak ada kerja tak payah bising-bising, bagus lagi kau berhenti ja belajar tak guna juga kau belajar menyusahkan kami saja.
Saya tak pernah susahkan sibling saya sebab diaorang ni jenis toxic. Saya tak pernah share masalah atau minta duit dari mereka sebab sifat mereka yang mengungkit.
Dan start dari situ saya pendam rasa penat, sakit hati, saya malas nak marah-marah sebab end up sya juga yang sakit hati.
Diaorang ni jenis suka nak cakap tentang saya. Ada ja perkara yang nak dibangkitkan yang buatkan saya sakit hati. Bila saya belajar, ada ja nak buat saya sakit hati selalu downkan saya.
Dan saya juga kerap menangis bila mandi sebab dah tak tahan. Baru-baru ini, saya sangat stress dengan kerja sekolah, assignment dengan kerja kat rumah lagi.
Dan kami ada bergaduh besar. And guest what, abang saya hempaskan laptop saya hingga rosak ( ini adalah duit hasil titik peluh saya bekerja masa tunggu waktu spm dan saya tak dapat kerja lepas ibu saya jatuh sakit sebab saya yang jaga dia).
Kedua-dua ibu bapa saya bekerja sebagai petani sahaja dan sebab tu saya kerja kumpul duit dan beli laptop sendiri.
Bila saya nak minta ganti dia hina saya cakap macam – macam perkataan yang buat saya sakit hati dan dari situ saya just malas nak bergaduh dan berbaik. Dan sekarang ini, saya buat semua kerja saya dengan gunakan hp saja.
Saya sangat stress sampaikan saya chat dengan guru saya yang saya nak berhenti tapi guru saya cakap tak payah berhenti biarkan mereka, teruskan perjuangan. Result kamu juga okay buat apa nak berhenti.
Saya ada luahkan dekat ibu saya yang saya nak berhenti sekolah tapi Ibu saya kata yang buat apa berhenti sekarang, kenapa tak tunggu habis?
Dan saya tahu maksud yang disampaikan. Ibu saya nak saya tamatkan persekolahan saya ini. Dan disinilah saya cuba sedaya upaya. Doakan saya ya. Terima kasih.
– Gee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit