Kisah saya, Megi dan jurujual yang sombong.. – 8:47 PM

Kisah saya, Megi dan jurujual yang sombong..

Assalamualaikum..

Hari ini, waktu makan tengahari seperti biasa, saya menuju ke 7Eleven di Ampang Park dari Menara Binjai untuk membeli secawan Megi Cup untuk makan tengahari kerana berjimat-cermat .

Seperti biasa,sepanjang laluan di Ampang Park terdapat pelbagai jurujual menjual dan promosi kad kredit, rumah kondo jutaan ringgit, insuran dan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan. Seperti kebiasaannya saya akan ditegur, ditarik dan dihalang oleh jurujual ini agar saya tertarik dengan produk mereka. Perkara ini sering berlaku sewaktu perjalan pergi dan pulang dari 7Eleven tersebut

Namun begitu, hari ini hanya sewaktu perjalanan pergi sahaja saya diperlakukan sebegitu rupa. Sewaktu perjalanan pulang, malahan saya singgah melihat-lihat model binaan bangunan kondo di salah satu tempat jurujual tersebut namun tidak dilayan.

Kenapa?

Kerana pada hari ini saya memegang secawan Megi Cup (masih baru dan belum dibuka). Saya terlupa meminta bungkus plastik sewaktu di kedai 7Eleven tersebut, jadi saya hanya memegang dengan tangan.

Begitulah jelasnya manusia memandang hina pada orang miskin dan orang berlagak miskin di dunia ini. Baru pegang Megi Cup di tangan, para jurujual tersebut langsung tidak memandang saya.
Tetapi, kebaikannya adalah perjalanan saya tidak terganggu oleh mereka.

Moral of this story: Kalau tak nak diganggu perjalanan anda oleh jurujual dan promoter, sila pegang Megi Cup di tangan tanpa plastik bungkus. Atau bahasa lainnya berlagaklah seperti orang miskin…hehehe…

– Encik Megat

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *