Kisah Sebagai Insurance Claim Advisor

Assalamualaikum and hi semua. Terima kasih andai kata confession saya berjaya disiarkan. (Sorry kalau ada penggunaan jap saya jap aku).

Alright, tadi ada terbaca tentang “Nasib Seorang Sales Advisor” (https://iiumc.com/nasib-seorang-sales-advisor/), and baca komen kat situ pulak ada yang tanya, “Insurance planner, insurance agent tak nak confess jugak ke?”

Walaupun saya tak dikaitkan tapi nak confess jugak tentang kerja saya ni yang berkaitan kereta and customer service ni.

Okay saya keje dekat satu brand yang agak gah dahulu dengan pelbagai masalah2 enjin tetapi kereta penuh dengan power (teka la kalau tahu). So keje saya as a insurance claim advisor, saya kena handle kereta2 accident ni untuk repair from bad damagedsss to wallaaaaaaa lawa macam semalam baru keluar showroom gituwwww.

So kerenah customer yang saya jenis meluat adalah:

1. Datang dengan tangan kosong.

Maksud dengan tangan kosong bukan mintak bawak buah tangan tapi kalau dah datang nak claim insurance, please la prepare few documents yang agak2 berkenaan. Kalau tak tahu pun google la jap. Atleast ada effort.

Contoh dokumen macam geran, cover note, police report ic lesen tu je. Takde original, photostate pun laku. Ni tak, datang dengan handbag besar ala2 diva, yang laki spec hitam padahal baru pukul 9 pagi datang kat meja cakap nak buat claim. Bila mintak dokumen, cakap takde takde. Dah takde macam mana saya nak buat keje?

FYI guysss cover note kalau hilang and nak mintak baru kt HQ insurans korang, only insured means owner je yang boleh mintak. Even saya pun tak boleh mintak sebab im third party (orang luar). So please, kalau awak mudahkan kerja saya, saya mudahkan kerja awak.

2. Hari ini hantar expect esok dah siap.

A big HELLO to you. Ingat kedai tepi jalan ke nak siap cepat2. Ada sebab kenapa lambat. First, after customer bagi dokumen, nak kena submit to insurans first melalui system. Then amik gamabr kereta and buat estimate rosak apa kereta then submit. Pastu tunggu adjustor (pendek cerita orang from insurance) datang nak tengok kereta betul tak rosak tu rosak ni.

Adjustor datang tak tenth bila ikut schedule dia kalau ada slot. Then dah settle adjustor, dia buat report and submit to hq, saya pun kena tunggu lagi untuk dapatkan approval from insurance. Approval pun tak sure bila keluar, kadang paling cepat dalam hari yang sama (paling cepat tu pun sebab insurance tu panel workshop) paling lama sebulan pun ada. No approval, no repair.

To be short, approval dapat, order barang, dah sampai semua barang que untuk repair, hantar untuk technician check test drive, haaaa ambik pi kereta hang. Banyak process yang makan masa sebab we are service centre, so kena ikut procedure semua. Nak cepat pergi hantar kat luar, quality jangan complain.

3. Ingat insurance cover semua rupanya tidokkkkkkkk.

Okay ini pengetahuan umum ya khusus buat bapak2 dan teman2 yang punya kenderaan. Kereta 5 tahun ke bawah insurance cover 100%. Kereta yang dah cecah tahun ke-5 dan ke atas insurance tak cover 100%. Ada satu portion owner kena bawak keluar duit. Benda tu nama dia “BETTERMENT”. Benda ni la yang kadang customer bentak2 meja, suara first elok je bila tahu macam Godzilla.

Contoh total repair RM10k tapi insurance cover 80% je means RM8k. So another 20% RM2k owner kena bayar. Tapi jangan risau sebab betterment ni dikira dari harga parts yang ditukar baru. So kalau barang guna balik yang lama no betterment.

So nak avoid kalau accident tak nak keluar satu sen pun, PLEASE PLEASE PLEASE masa renew insurans tambah special benefit “BETTERMENT WAIVER” so that duit anda akan selamat. Korang yang kereta bawah 5 tahun jangan rajin pergi purchase benefit tu pulak sebab macam aku cakap betterment ni kena kat kereta 5 tahun ke atas.

Okay now jam dah kul 2 pagi dah ingat nak sambung lagi tapi dah ngantuk. Banyak lagi tau kerenah cust and ada tips tau nak dapat duit from insurance kalau kereta accident, cara pujuk service centre bagi pinjam kereta. Kalau permintaan menggalakkan nanti saya buat confession yang kedua ya. Bye guys…

Goodnight!

– Nazri Firash, nama bakal anak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

One comment

  1. hai.. nak tahu juga tips mcm mane nk dapat duit dr insurance tu and kereta spare?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *