Kisah sebuah penangguhan
Assalamualaikum w.b.t
Saja nak kongsi.
Saya dulu kena tangguh study selama 1 tahun 6 bulan dek kerana kesihatan saya tak mengizinkan saya untuk belajar. Kalau ikutkan hati ni saya dah give up lama dah nak belajar. Bayangkan kawan2 saya dah nak nak habis diploma saya baru masuk diploma.
Ibu pujuk saya untuk masuk belajar. Pujuk dan pujuk akhirnya saya akur. Jujur saya katakan hati ni gundah gulana nak masuk. “Boleh faham ke aku ni?” “Boleh berjaya ke aku ni?”
Saya akademik bukan terer sgt. Apa yang saya buat sebelum masuk kelas, saya doa.
“Ya Allah, hari ni hari pertama aku melangkah masuk untuk menuntut ilmu, Engkau mudahkanlah urusan pembelajaran ku. Engkau buatlah aku mudah untuk memahami ilmu yang bakal diberi. Ya Allah, aku ingin menggantikan air mata sedih ibu & ayahku selama ini dengan air mata kegembiraan kerana kejayaan ku”.
Hari-hari saya berdoa. Doa sahaja tak cukup kan. kena usaha jugak.
Oleh kerana saya tak terer akademik. Apa yang saya buat sebulan pertama adalah saya cari teknik belajar yang sesuai dengan diri saya.
Mind mapping ke?
Study memalam ke?
Study siang2 ke?
Baca the whole book ke?
Focus dalam kelas?
Bila dah buat kaji selidik. Barulah saya tahu saya bukan jenis baca buku, buat mind mapping or belajar siang2. Saya jenis kena focus dalam kelas. Bila saya focus, saya ingat dan saya faham dan satu lagi saya jenis study malam2 buta.
Point dekat sini. Nak berjaya niat kena betul. Kalau Allah uji sikit jangan sesekali mempersoalkan. Ada sebab kenapa Allah uji. lagi satu tengok teknik belajar apa yg sesuai dengan diri kita sbb bukan semua orang tu sama cara dia.
– Budak yang dahulunya lemah