Kisah Seram di Laboratorium II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-seram-di-laboratorium/).

Hari tu aku dah cerita secebis pengalaman seram di negeri nusantara.

Kali ni aku nak share pengalaman husband aku pulak.

Dia pon sama uni dengan aku. Tapi kitorang tak sama kelas, tak sama session kuliah, bertembung pon mungkin 3x je setahun. Know2 je dah laki bini 8 tahun kemudian. Itulah namanya, kalau dah jodoh tak kemana.

So, hari tu, dia bagitau yang dia ada baca satu page confession di IIUM Confession page yang bertajuk ‘Kisah Seram Di Laboratorium’. Dia kata sama plak pengalaman confessor dengan uni kitorang.

Nampaknya laki aku clueless.

Pertama, nama website pon konpius. Konpiden kata IIUM Confession page tu berasal-usulkan website page universiti.

Yang kedua, dia clueless confessor tu sebenarnya bini dia, hihihihi..

So, dia pon sambung cerita.

“Saya rasa lab group confessor tu macam group first yang kene bawak sampel tahi dengan air mani. Group saya dah yang last-last, so semua orang dah tau taktik. Takdela rasa gerun sangat.”

Cis… Dia tak tau bini dia bukan main gemuruh tak tidur malam memikirkan tahi siapa yang bakal jadi mangsa penyelidikan di lab PK tu.

“Group lab kitorang kan session petang. So ada group session pagi bagi kitorang baki najis yang diorang tak pakai,” sambungnya lagi..

Aku cam peh mindblowing sangat. Bak kata omputih, sharing is caring.

Yang bagi najis lebihan tu, budak laki indon, yang skema and sangat polite. So dialog dia time offer najis tu lebih kurang macam ni,

“Kalian kelompok praktikum sore kan? Aku dari kelompok praktikum siang, masih punya lebihan feses. Kalian mau nggak pake feses kepunyaan aku? Gratis aja.

Cuman fesesku agak kental. Sukar dikit mau ratakan atas slide. Maafin aku ya, kalau kalian nggak selesa dengan konsistensi najisku. Selamat ya semua”

Translation santainya berbunyik:

“Hey whats up gaisss! Korang group lab petang kan? Aku ada baki najis group aku yang pagi tadi. Nak tak??? Free je wei.

Cume najis aku ni keras sikit, so kene usaha lebih sikit nak ratakan atas slide. Sorry la kalau korang tak selesa dengan konsistensi najis aku. Selamat mencuba..”

Ya Allah, aku nyaris nak tersedak air liur sendiri dengar cerita husband aku. Taktau la group diorang ni dikurniakan rezeki ataupun malapetaka.

Tapi semua pon nampak terpaksa receive baki najis tu memandangkan takde siapa nk volunteer bagi najis fresh untuk group diorang lol.

So end up, husband aku dengan member dia bukannya sibuk analyze apa yang ada dalam najis tu dalam lab,

Tapi diorang lebih kencang berdiskusi apabenda yang budak indon tu makan malam semalam sehingga menyebabkan kekentalan najis beliau jadi lebih tumpat dari teras bumi.

Ok sekarang kita beralih pula pada cabaran mencari sampel air mani untuk lab PK husband aku.

Disebabkan berita membeli air mani dari pakcik beca telah tersebar ke seluruh pelusuk fakultas kedokteran di uni aku, so basically diorang pon akan meneruskan legasi pembelian tu.

Tapi biasalah, ada je group yang tak setuju. Sebab rupa-rupanya, pakcik beca dah naikkan harga air mani diorang.

Time group aku, depa caj 100,000 rupiah. Time lab husband aku, diorang dah naikkan jadi 300,000 rupiah. Lebih kurang RM105 ringgit!

Taktau la pasai apa mahal sangat. Maybe pakcik tu pergi consume makanan yang lebih mahal dan berkhasiat bagi penghasilan air mani yang lebih berkualiti.

So, apa jadik dekat group yang tak mau beli air mani dari pakcik beca tu?

Ye.. diorang volunteer, tapi penuh dengan drama mengalahkan slot samarinda TV3.

Ada yang risau kalau air mani diorang rupa-rupanya didapati tak subur (sperma takde ekor ke, takde kepala ke, berenang lambat ke), so nanti takde gadis2 sunti yang sudi jadi girlpren diorang nanti.

Itu dilema bagi pria yang masih single.

Bagi yang dah berpunya pula, siap discuss dulu dengan girlpren, berbaloi tak nak bagi sample air mani sendiri, memandangkan result air mani ni berpotensi menentukan hala tuju hubungan diorang di masa akan datang.

Bagi yang dah kawen, nak buat camna. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kawen, ko hadap jelah sampai menopause.

Last-last, setelah mencapai kata sepakat, budak-budak laki group tu masuk ke tandas secara berjemaah, bersama-sama.

Konsepnya adalah, pemberi sampel air mani adalah salah seorang daripada groupmate, tapi identiti dirahsiakan.

Jangan tanya aku apa yang berlaku dalam tandas tu. Sis pon tak mau bayangkan.

Tapi pokoknya, semua bebudak laki indon tu keluar bersama-sama secara berjemaah dalam satu saf dengan riak wajah yang sama:

“MISSION ACCOMPLISHED”.

Tu dia. Nampak macam baru balik bertempur dari medan perang. Jalan seiringan mengorak langkah dengan penuh gaya patriotisme.

Mesti depa bangga gila. Duit dapat diselamatkan, identiti dapat dirahsiakan.

Sekarang bila aku skodeng instagram budak-budak indon ni, bukan calang-calang lagi. Dah siap buat subkepakaran.

Ada yang jadi pakar bedah kanak-kanak, pakar penyakit paru-paru, siap jadi salah satu teamleader against COVID kat sana lagi.

Begitulah kira-kira pengalaman 2 cebis di negeri nusantara.

Semoga kisah ni dapat memberikan tips yang bermanfaat bagi students yang sedang belajar medic di indonesia sekarang mahupun yang akan datang.

Aamiin…

– Adrenaline (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *