Kisah Si Pemburu Kerja

Assalamualaikum semua. Aku Lisa, umur 31 tahun, isteri dan ibu anak 2. Sekarang menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Seperti tajuk, aku sekarang dalam proses mencari kerja. Sebenarnya aku dah nak masuk 9 bulan mencari kerja secara aktif, tapi belum rezeki agaknya.

Mari aku kongsi kisah aku, mana tahu anda anda dapat bagi cadangan atau pandangan yang boleh membantu. Aku mula bekerja pada December 2012, setelah tamat degree. Kerja di Yayasan kecil sahaja, tapi gaji 2.7k fresh grad, jobscope yang best, ada rakan sekerja dan bos yang sangat baik.

Masa tu aku sangat bahagia, bangun pagi tak sabar nak masuk kerja. Kerja aku pula bahagian training dan event, jadi aku dapat travel dalam dan luar negara atas urusan kerja. Pernah sampai ke Beijing, Mexico, dan Manila di samping pusing2 dalam Malaysia.

Tapi biasa lah, ku sangkakan panas sampai ke petang, hujan pulak tengahari tu. Bos aku pencen, dan aku tak ngam dengan bos baru. Ada beberapa sebab lah kenapa aku tak ngam dengan dia tapi aku malas nak cerita. Anyway, aku berhenti kerja setelah 2 tahun 6 bulan bersama Yayasan tersebut.

Aku tak ada plan yang 100% pun masa aku berenti tu, cuma sebab aku tak tahan dengan bos dan rakan sekerja yang menjadi favourite bos aku tu. Masuk kerja lambat, tapi balik kerja nak on time, gaji nak full. Wah, hebat kau. Jadi lepas aku berenti kerja tu, aku just stay rumah memasak, baking, keluar jumpa kawan2, menghabiskan duit savings. Haha, bodoh juga aku waktu tu.

Oh ya, masa tu aku dah berkahwin, belum ada anak makanya suami lah yang tanggung aku, waktu tu kami tinggal di Puchong. Lepas sembang dengan suami, aku decide nak sambung belajar, jadi aku pun enroll part time masters program di KL, tahun 2015. Aku bayar guna KWSP.

Masa semester ke 4, tahun 2017, ex bos yang aku tak suka tu contact aku balik, dan request aku kerja dengan dia semula, sebab dia perlukan pekerja yang faham jobscope position aku yang dulu tu, dia tak mampu handle dan pantau orang baru. Favourite staf dia dah berenti juga tak lama lepas aku berenti dulu.

Dia offer position Manager kat aku, gaji 3k. Aku terima offer dia, sebab dia kata work from home, bila perlu je akan jumpa for meeting, tu pun kat Starbucks sambil settle requirements untuk events. Sebulan jumpa dia 3-6 kali je, dan aku dapat buat kerja yang aku suka. Fuh best sangat sebab masa tu aku dah ada anak seorang jadi aku masih boleh jaga anak aku tapi dapat 3k sebulan bekerja dari rumah. Hehehe.

Kebetulan pulak aku tengah mengandung anak kedua, jadi aku fikir duit tu nanti boleh buat saving untuk urusan anak. Tapi disebabkan Yayasan dah kekurangan dana, aku dapat kerja situ 8 bulan sahaja, kemudian bos aku dah tak dapat bayar dah gaji aku. Staff yang lain pun diberhentikan. Makanya aku jobless, again.

2018, aku grad Masters, dengan harapan lepas grad nanti lebih senang nak dapat kerja bidang corporate communication atau PR atau in house training ke apa, sebab aku ada pengalaman handle trainings and events masa kerja (2 years 6 months + 8 months), plus masters in Managerial Communication. Tapi sekali lagi, jauh meleset jangkaan ku.

Online job portals semua aku dah join, resumes semua dah send, interviews pun dah pergi, tapi belum rezeki. Kalau kat Jobstreet, aku apply je semua position yang berkaitan dengan kerja aku sebelum ni, tapi kebanyakannya reject dan kata not suitable. Kan boleh buat pitch sebelum submit application kat Jobstreet, jadi aku memang akan list kekuatan dan pengalaman aku dan kenapa aku sesuai dengan kerja yang aku mohon tu, tapi still Krik Krik. Haihhhh.

Dalam masa aku tak ada kerja tetap tu aku ada la buat kerja part time jual takaful dan freelance work juga, tapi bulanan tak sampai 1k pun. Jadi aku ada la pengalaman buat sales, sebab jual takaful pun kira sales jugak kan, jadi kat jobstreet aku apply jugak sales position. Tapi susah nak dapat position ni, sebab kebanyakan syarikat nak Mandarin speaker. “must be able to speak Malay, English and Mandarin” “Mandarin speakers only”.

Pelik aku, cina kat Malaysia ni tak reti cakap Bahasa melayu atau inggeris ke? Kalau syarikat yang berurusan dengan pelanggan atau bisnes dengan mainland China atau Hong Kong ke, aku faham la kenapa perlukan Mandarin speakers, tapi syarikat diorang berurusan dengan cina Malaysia je pun. Pelik kan? Aku apply jugak, tapi semua kena reject.

Sekarang anak kedua aku dah nak masuk 10 bulan dah, aku still jobless. Aku pernah dapat offer dari Bank, jadi Bancaassurance Officer, maksudnya jual insurans dan takaful Bank tu la, tapi aku sayang sangat nak letgo lesen aku dengan takaful provider yang sekarang ni, dan letgo all my clients. Sebab aku tak boleh pegang dua lesen, nanti jadi conflict of interest. Jadi aku turn down offer tu.

Tapi sekarang ni aku rasa macam bodoh pulak, sebab aku belum hit minimum sales target untuk maintain lesen pun. Kalau aku tak hit that target, automatically next year lesen aku akan mati dan aku takkan dapat komisyen as takaful agent dah.

Mesti korang tertanya, kenapa aku tak buat takaful as full time je? Sebab takde duit untuk keluar rumah. Sebelum ni adik aku stay dengan aku dan suami, jadi kalau aku perlu keluar rumah jumpa client atau pergi office, adik aku yang tolong jagakan anak aku. Upah dia biskut atau air Mountain Dew botol besar je yang dia mintak.

Sekarang lepas pindah Seremban, anak2 aku yang jaga sorang, adik aku dah balik stay dengan mak aku kat kampung. Jadi kalau aku nak buat takaful full time, kena cari pengasuh. Nak hantar pengasuh perlukan duit, duit komisyen aku pula tak banyak.

Lepas tolak bayar hutang, balance kat aku berapa puluh je. Kalau ada client bayar advance atau qado bayar yang terlepas, ada la lebih sket komisyen bulan tu. Aku takde family kat Seremban ni, totally new place and I only have my husband. Sebab tu sales pun tak jalan, nak keluar tak boleh, nak jumpa orang pun susah.

Aku fikir sekarang, aku nak kerja tetap, at least gaji 3k sama macam previous job aku. Sebab confirm gaji tu akan kena guna untuk pengasuh nanti, so might as well make it worth it to go to work. Bukan nak kata gaji 2k tak boleh, tapi bagi aku, tak berbaloi gaji sikit sebab lepas kerja nanti mesti akan ada extra expenses incurred, like petrol, food, toll, parking, etc.

Banyak kerja yang kena dengan pengalaman dan education background aku kat KL, tapi aku tak sanggup hadap jam, dan ulang alik seremban – KL, aku tak sanggup hidup atas jalan. Jadi aku terpaksa limit work areas di Seremban atau Nilai sahaja sekarang ni.

Kalau korang ada cadangan syarikat mana2, tolong komen ye. Jadi lepas dah dapat kerja tetap tu, boleh la aku sambung jual takaful juga pada rakan sekerja dan orang sekeliling kan, untuk make sure lesen valid lagi.

Nak mencari kerja sekarang ni sangat susah, aku nasihatkan korang yang ada kerja tetap tu jangan la buat gila dan berenti pulak. Takut nanti korang jadi macam aku pula.

Degree + pengalaman Kerja = good
Degree + pengalaman Kerja + masters = not suitable

This is my life right now.
Doakan aku dapat cari kerja ya kawan2.
Thank you.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *