Kisah si penjual burger

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca, terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku yang lepas 'aku seorang penjual burger'. Harap yang ini juga admin siarkan nanti.

Pertama sekali aku nak bagitahu cerita yang aku sampaikan tu bukan rekaan atau dibuat cerita, jangan cakap aku buat drama tv swasta pulak. Apa yang aku cerita tu semua memang kisah benar yang terjadi dkat diri sendiri. Ramai yang komen positif ( aku baca komen korang satu persatu) . Ok aku huraikan sikit je lah pasal kisah aku nie (amek dari komen korang) so dari segi income tu boleh lah sikit, taknak cerita banyak nanti dikatakan riak haha gurau je. Seperti yang dikatakan confession sebelum nie aku start meniaga selepas habis belajar itupun tolong kawan jual burger, sambung belajar ? Bukan taknak tapi keadaan macam tak mengizinkan je sibuk dengan meniaga. Kalau ex gf nak aku balik mungkin tak kot, benda dah terjadi lama 3 tahun yang lepas dah takda hati dkat dia huhu

Aku ada terbaca satu komen macam mana nak start niaga burger. Ok sebelum mula aku start meniaga burger bakar sendiri, aku ada jugak buat kerja lain. Siang kerja promoter kedai baju malam baru aku tolong member niaga. Jadi gaji yang dapat tu aku simpan buat modal, separuh dari tu mak ayah hulur sikit buka stall dalam 5-6k rasanya aku pun dah lupa anggaran dalam macam tu jugak lah. Bulan yang pertama dan kedua sales agak menurun biasa lah baru buka kan tempat pun kurang orang. Aku bincang dengan member yang lain buat satu strategik burger harga murah² dulu. Satu burger harga 4rm, nie burger bakar punya harga bukan biasa yang makan tu. Mana nak dapat harga burger bakar macam nie ? Haa nie semua marketing strategic untuk tarik customer, kita nak meniaga nie kena bijak. Buat dalam masa seminggu alhamdulillah sambutan pun makin ok lepas pada tu aku kekal kan harga burger bakar balik. Pekerja ? Aku pakai sepupu dengan member dulu, gaji tu senang sikit nak deal haha dah lama dalam setahun lebih baru aku guna orang luar. Sejujurnya meniaga nie sangat best, meniaga pun dah sebati dalam jiwa aku lama dah. Aku mula dari bawah sebab aku bukannya anak orang berada, penat jangan cerita lah bayangkan kerja promoter kadang balik kul 9 malam pastu terus ke gerai. Gerai tutup pulak kul 1-2 pagi. Esok nya pulak masuk kerja pagi, bila aku pikirkan balik kisah lama aku sedih pulak rasa zaman hidup susah. Sekarang boleh lah sikit jika nak dibandingkan yang dulu, niat nak buka stall sendiri semasa aku bekerja dengan kawan meniaga kebetulan pulak duit simpanan ada lebih untuk modal, aku buka di ampang KL. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih cadang memang nak buka cawangan dkat melaka negeri kelahiran sendiri. Oh lupa saya bukan berasal dari kelantan, gelaran abe comey pun kawan² dengan customer yang bagi haha tah pasal apa ntah pun aku taktahu. Jadi tu je lah kot aku nak cerita pasal aku nie nanti lebih² takut orang menyampah pulak. Cuma nak jadikan semangat buat korang semua, maaf jika andai terkasar bahasa dalam confession sebelum atau yang sekarang nie. Kedai dkat mana ? Haa korang cari lah stall yang meniaga burger bakar tepi stesen minyak (stall takbesar mana pun) sekitar area ampang (ampang tu kecik je :p) tapi aku takda dkat situ cer try tanya pekerja "nie kedai abe comey ke" kalau diorang kata ya aku kasi discount ! Awek comel diberikan keutamaan dahulu hehe

Mat ri ya !

– Abe comey

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *