Kisah Silam

Assalamualaikum semua. Sejak kisah anak kepada N*rman H*kim dan A*by A*adi tular di media sosial, aku ingin berkongsi sedikit kisah silam ku ketika remaja berusia dalam 18 ke 19 tahun begitu. 

Apa yang aku boleh katakan zaman remaja memang adalah zaman yang mencabar iman dan nafsu. Walau apapun latar belakang kita, atau pegangan agama, silap sikit akan tergelincir.

Aku dilahirkan dengan kasih sayang dan jagaan ibu ayah yang amat mengawal. Walaupun ada sedikit konflik dalam keluarga ayah, yang mana asik bergaduh, dan kami tekanan,

Tapi aku dilahirkan sebagai anak polis dan pergerakan dikawal, kemana- mana akan ditemani ibu ayah, tiada outing dengan kawan-kawan, lebih lagi dating. 

Dari tingkatan 1 sampai 3 tinggal asrama dan duduk sekolah perempuan. Bila tiba tingkatan 4 aku sendiri yang minta masuk sekolah campur sebab aku terlalu malu nak bergaul atau bercakap dengan lelaki. 

Tingkatan 4 dan 5 aku masuk sekolah asrama campur, dan perasaan suka pada lain jantina bermula pada tingkatan 4, aku admire seorang pelajar lelaki, background islamic, dan terpikat pada suara dia bertaranum, nasyid dan azan. 

Aku memang tak berminat pada budak lelaki yang nakal, memang akan jalan tunduk ke lantai je. Tapi dengan dia aku memang berimpian lelaki seperti ini untuk jadi husband material. 

Dia sama kelas dengan aku, aku resah bila menyimpan perasaan, akhirnya aku sendiri tulis surat cakap minat pada dia, dia tak pernah tahu siapa aku, sebab aku gunakan sahabat baik dia iaitu seorang perempuan, untuk beri surat itu, surat itu aku serahkan di asrama. 

Berbalas-balas surat menjadikan aku angau, akhirnya aku beritahu dia siapa aku pada hujung tahun tingkatan 4, tapi ditakdirkan masuk tingkatan 5 kami berlainan kelas, aku kelas pertama, dia kelas kedua. 

Apabila tingkatan 5, dia dilantik jadi ketua pelajar dan ketua pengawas. Aku bangga dapat mengenali seseorang yang menjadikan dia inspirasi dan semangat untuk belajar.

Kami jaga batas, tak pernah dating, ada terserempak tapi buat tak kenal sebab takut kantoi dengan kawan-kawan. Aku katakan pada dia kita kawan dulu, lepas SPM baru serius. 

Kami mengagumi dari jauh, berbalas surat, bila cuti dapat surat di rumah dan kad raya juga, ketika itu aku tiada telefon bimbit lagi. Kawan-kawan lain dah ada, tapi ayah tak bagi sebab tak penting katanya.

Aku tak nak kecewakan ayah sebab dia dikenali di sekolah kalau terjadi sesuatu pasti memalukan nama baik dia. 

Ibu tahu aku ada kawan lelaki istimewa, tapi perlu jaga batas. Kami makin kerap berjumpa kerana tugas sebagai wakil pelajar di asrama, dia bahagian agama lelaki dan aku bahagian agama perempuan. 

Ketika kami dicalonkan warden mempunyai 2 calon akhir, dan antara itu akan diundi.

Sebenarnya calon lelaki seorang lagi telah hilang kelayakan kerana dia ditangkap basah, dengan seorang pelajar perempuan (yang lelaki itu sebelum itu ditugaskan sebagai bilal surau asrama). Mereka berdua duaan dalam gelap sambil buat apa tak tahu.. Tapi memang masa itu ada saksi. 

Masa itu aku jadi takut, apa- apa boleh terjadi. Pernah jugak lelaki ini ajak aku berjumpa kerana nak meeting, dia cuba nak tutup pintu, aku pelik kenapa berdua, aku terus lari tinggalkan dia dan bagi tahu ini salah. Alhamdulillah sempat elak. 

Sekolah aku memang ketika tingkatan 5 tu batch yang paling teruk, banyak kes pelajar perempuan panjat pagar dan buat tak senonoh dengan pasangan masing-masing. Dugaan kami ketika itu.

Sebelum kami kes buli yang paling teruk. Tapi batch kami kes pelajar perempuan bukak tudung penuh love bite. Ini kejadian 18 tahun lepas. 

Ya Allah ketika itu, kalau iman tak kuat terpengaruh dengan kawan. Roomate aku pun ada yang jenis open bagi tahu dia dah hilang dara, masa tu baru 16 tahun, aku yang dari kampung terpinga, dia budak bandar. 

Habis sahaja kertas peperiksaan SPM yang terakhir, si Dia ajak jumpa, dia beri aku simcard phone, surat dan hadiah sebagai tanda kami declare sebagai kekasih. 

Kami tak pernah jumpa kerana jarak rumah yang jauh dan ayah yang garang tak boleh bagi keluar sebarangan.  Hanya hubung melalui telefon dan emel.

Setelah result SPM keluar, aku dan dia dapat sambung diploma di IPTA yang berlainan aku di ibu negara di selatan tanah air. 

Aku fokus belajar dan berjaya dapatkan anugerah dekan untuk sem 1. Kami masih hubung melalui emel kirim gambar kelas masing-masing. Call sekali skala, jaga hati masing-masing dan aku tak pernah pandang lelaki lain. 

Aku sangat-sangat harap akan kahwin dengan dia nanti tapi kami capai cita-cita kami dulu. 

Tapi apa aku rancangkan tak menjadi, ketika di semester 2, dia kata dia keliru dan tersuka pada junior dia sem 1, perempuan tu memang comel dan cantik, putih. 

Aku kecewa dia berubah hati dan pilih rupa, memandangkan aku pun tak berapa cerah. Dia pun bukan lah hemsem, sawa matang, berisi, tapi taste dia lebih kepada yang cantik. 

Aku frust sangat, memang betul lah kawan -kawan pernah cerita dulu, si Dia ni sebenarnya gatal, dalam pada berkawan dengan aku dia cuba juga perempuan lain, cantik dan putih jugak dan pernah tengok perempuan punya betis terselak. Aku tak percaya sebab ingat dia alim, rupa tak. 

Aku pun putus dengan dia melalui emel sahaja. Frust, kecewa dalam hati kosong. Result aku jatuh sedikit tak dekan. Naik sem 3 result aku naik balik. 

Bila masuk IPTA ada kawan-kawan yang single dan ada yang dah berpunya. 

Ketika aku dah mula kenal media sosial, fb, tagged, myspace, friendster. Aku mula cari kawan lelaki. Kali ini bukan untuk serius, aku nak main- mainkan diorang sahaja, sebab bagi aku lelaki semua sama, mana ada yang betul-betul baik. 

Tambahan ketika itu ibu ayah aku tengah krisis, ayah kantoi ada perempuan lain, 2 kali. First, perempuan cantik tempat sekerja, kami jumpa 4 mata aku teman ibu. Marahnya aku ketika itu, ayah backup dia, lepas kena warning dia lupakan ayah, ayah tukar tempat kerja. 

Rupa-rupa tempat kerja baru kantoi lagi, kali ni bercuti bersama, pergi kampung perempuan tu, dan ada resit emas dan jam perempuan dalam laci kereta.

Ayah tak pernah mengaku, tapi ramai yang bagitu kat ibu memang betul mereka bercuti ramai-ramai dan ayah belanja dia macam2 di negara seberang. 

Broken family, dan kecewanya aku pada first love, aku pun buka media sosial Tagged, dan kenal dengan lelaki. Aku mengaku terpaut dengan kereta dia, sebab aku ingat dia kaya dan ada duit. Time itu tak pikir panjang, cari untuk happy kan diri. 

Tapi aku tersalah langkah, tak selidiki, aku terkena dengan suami orang. Umur 19 ketika itu, sebab aku pelajar lompat. Masuk ipta 17 tahun. 19 tu ialah aku di tahun akhir sem 5. 

Tinggal di rumah sewa, jauh dari keluarga, broken family, berdikari sendiri.

Mula aku tak tahu dia suami orang, dia puji-puji aku cantik dan ayat dia manis, ajak jumpa. Belanja makan, belikan hadiah, bagi bear besar, bagi bunga, yang mana aku tak pernah dapat sebelum ini. Hadiahkan aku benda yang mahal macam telefon bimbit baru, dan Mp3 player time tu. 

Dia layan aku memang baik, jadi aku tersuka. Dia pernah tunjuk gambar bersama budak perempuan 4 tahun ketika aku usia 19 dia dalam 29. Aku tanya dia siapa, dia kata anak sedara. Tapi memang betul seiras dia. 

Masa tu aku tak sedap hati, tanya dia bertubi-tubi baru dia bagi tahu yang dia dah kahwin dan itu anak dia. Aku marah sebab aku tak nak jadi perosak rumah tangga orang. Tapi bukan senang ya nak lepas dari dia. 

Di sebalik dia yang penyayang tu dia saiko. Dia ugut kalau aku tinggalkan dia, dia nak b*nuh diri. Tunjuk gambar tangan dia berdarah kunun-kunun kelar. Dia kata isteri dia garang, dia memang tak cinta kena paksa kahwin mak ayah suruh.

Aku cakap kalau tak cinta macam mana ada anak. Dia kata dia kena ro**l. Haha aku nak gelak perempuan ro**l lelaki. 

Sah dia mental, aku mintak nasihat kawan-kawan serumah, apa nak buat. Lelaki ni cakap dia nak sebarkan gambar-gambar aku.

Nasib la tak ada gambar yang bukan, bukan, cuma gambar masa makan kat kedai berdua gitu. Dia tak pernah amik kesempatan sebab aku selalu elak, nak pegang tangan kena tepis. 

Dia call aku tak angkat, dia kacau pulak telefon rumah sewa tak sure mana dapat. Dia kata dengan kawan aku nak viralkan dan malukan aku kat fb.

Fb time tu baru-baru lagi. Kawan berapa puluh. Dia tepek muka aku, tag nama dan buat cerita aku ni jahat kikis duit dia 10k.

Sedara-dara mara aku tahu benda ni kecoh sikit. Mak aku explain la, kami tak layan biar dia meroyan sorang. 

Sedangkan tak sampai 10k dia beli barang aku tu, dia yang nak bagi aku tak mintak. Cakap nak report polis baru dia turunkan post tu.

Syukur aku selamat, dari perangkap lelaki saiko. Tapi aku mengaku itu silap aku, aku yang mulakan dulu cari kawan di media sosial dan tak selidik latar belakang orang. 

Tapi aku ni masih tak serik, kenal pulak dengan lelaki lain, bujang tapi dia dah kerja. Tujuan aku untuk keselamatan sebab jauh dari keluarga.

Dia ada kereta, bawak aku keluar, bawak jumpa mak dia, mase ni aku rasa macam jodoh dah sampai, tapi tak pun, dia tak pernah amik kesempatan pada aku, orang nya baik dan solat. Usia berbeza 5 tahun dari aku, lebih matang dan banyak bagi nasihat. 

Sampai lah aku pindah ke selatan untuk sambung degree, dia mula jauhkan diri, dia rasa dia rendah dari segi pendidikan, aku tak pernah pandang itu. 

Hubungan kami terputus kerana dialah insan yang merosakkan aku. Selama kami kenal dia tak pernah buat hal- hal tak sepatutnya atau memperkatakan benda yang 18sx.

Tapi sejak berjauhan dan tak berjumpa, dia call aku dan agak berbual tentang 18s* dan ajar aku fons*x, gambar video, dan website yang lucah.

Sepanjang 20 tahun memang hidup aku memang tak pernah tahu langsung. Aku memang naif tak tahu apa-apa. Alasan dia, dia nak aku tahu supaya senang nanti kalau dah kahwin. 

Last2 dia tinggalkan aku, aku betul2 rasa tak berguna sebab aku dah ketagih, aku tengah belajar lagi, tapi terpaksa hadap benda ini sorang-sorang.

Aku tak pernah melakukan sebenarnya. Tapi aku ketagihan website p*rnografi, aku duduk dalam bilik sorang-sorang, fikiran terganggu, si dia dah selamat kahwin dengan pilihan dia. 

Aku berperang antara nak jadi baik dan sisi gelap aku, terseksa. Lepas solat taubat, kadang kalau tak kuat terjebak lagi, benda ni lama.

Dari aku zaman degree sampai aku dah nak kahwin. Aku je yang tahu, sebalik muka baik, tudung labuh, ada sisi gelap aku, Allah tutup keaiban aku. Malu kadang. 

Jodoh aku pun sampai agak lambat, aku sebenarnya nak kahwin cepat-cepat untuk selesaikan masalah ketagihan p*rno ini.

Mungkin ini dugaan aku, aku tak pernah terlanjur, cuma aku ketagihan p*rno, suka sendirian dan aku kenal lelaki di media sosial cuma untuk fons*x, dan aku akan lupa lepas tu. 

Kita tak tahu apa takdir dan ujian seseorang dan apa sebab dia jadi begitu, berdamai dengan takdir, sekiranya Allah tutup aib kita alhamdulillah. Kita semua pendosa dan jangan sesekali menghakimi manusia lain, Allah jua yang tahu segalanya. 

Dan kifarah tu wujud. Sekali buat jahat pada orang, walaupun orang tak tahu, kemungkinan orang buat pada keturunan kita.

Sebagai pengajaran ayah aku sendiri, apa yang dia dah lakukan pada perempuan tu, wallahualam, dia tak kahwin pun dengan perempuan tu, dia ditinggalkan. 

Tapi aku sebagai anak dapat tempias, sentiasa berjumpa lelaki salah dalam hidup dan merosakkan hidupku.

Aku maafkan semua dosa-dosa mereka, aku tahu kedua lelaki ini ada anak perempuan, aku doakan mereka jaga sebaiknya, begitu juga aku lindungi anak-anak aku, Aamiin. 

– Dina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *