Kisah Suami Isteri

Assalamualaikum. Saya Mai (bukan nama sebenar), usia 40an dan sudah mendirikan rumahtangga hampir 20 tahun. Saya ada satu benda nak cerita dan moga jadi pengajaran untuk semua pasangan berumahtangga.

Saya dikurniakan Allah seorang suami yang baik, penyayang, nafkah semua tiptop sepanjang perkahwinan ni memandangkan saya surirumahtangga sepenuh masa, memang semuanya dia tanggung beres walaupun gajinya tidaklah besar mana. Semuanya cukup alhamdulillah.

Namun begitu apabila perkahwinan dah menjangkau usia belasan tahun ni, seolah-olah cinta dalam rumahtangga makin pudar dan kekurangan2 pada suami (dan mungkin pada saya) kian terserlah.

Kami semakin kurang komunikasi, kurang bergurau, lebih banyak tengok fon masing2) Banyak masa dia sibuk dengan aktivitinya di luar, urusan kerja, main bola, main futsal, atau lepak dengan kawan2) Macam enjoy sangat sedangkan saya duduk terpuruk je di rumah.

Makin lama saya rasa saya tak dapat kasih sayang daripada suami saya. Bila dia keluar saya rasa saya sendiri. Menatap fon, mengurus anak2) Itu je yang saya buat. Lagi satu ada benda yang suami saya buat yang saya tak suka tapi saya tak beritahu dia pun.

Saya tak suka dia bergambar atau happy2 dengan perempuan bukan mahram. Saya fikir saya jaga diri dirumah, jaga batasan kenapa dia tak boleh?

Dia selamba je selfie dengan perempuan entah mana2 pakai baju ketat. Apa tujuan pun tak tau. Memanglah sekadar bergambar, dia pun tak buat benda bukan2 tapi agaknya kalau saya yang buat gitu dia ok tak?

Paling saya sedih dan kecewa sekali sebab dekat fon dia (FB dan IG) banyak keluar video lucah, perempuan tunjuk p******a, video separa bog*l dan sebagainya.

Saya kecewa, sakit hati dan marah. Contoh apa kau nak tunjuk kat anak kalau sendiri sibuk tengok porn. Dengan orang luar bukan main terpaling pemimpin tapi rupanya bila sendirian…

Benda ni asyik ulang ulang tayang dalam kepala buatkan saya marah, stress dan banyak merajuk dengan suami. Asal teringat je saya jadi menyampah, benci, meluat.

Di samping ada lagi kejadian2 lalu yang buat saya sakit hati dan terasa hati, di tambah sikap dia yang selalu keluar, abaikan saya, pergi mana-mana tak bagitahu, tak nak ajak saya, masa berdua pun makin kurang.

Kadang tertanya sendiri aku ni apa dekat rumah ni? Tunggul ke? Masa tengah marah tu saya rasa saya ok je dia takde. Hidup sendiri ok kot. Takde sakit-sakit hati dengan orang. Tapi duit pulak takde. Emm stuck la saya dalam rumah sendiri.

Tempoh hari suami saya terlibat dengan satu kemalangan. Tapi saya tak sangka yang saya boleh rasa takut dan menangis.

Dalam hati terdetik, rupanya aku sayang lagi suami aku. Ingatkan dah menyampah sangat. Kemalangan tu kecil je tapi kalau silap gaya suami boleh koma atau maut, nauzubillah.

Saya rasa ni teguran Allah untuk kami berdua. Suami pun macam berubah sejak itu, nampak lebih sayang saya, asyik nak peluk je. Mungkin dia terfikir kalaulah umurnya tak panjang, tinggal saya dan anak2 je.

Saya sendiri pun dah hilang rasa marah dan merajuk. Agaknya dia pun sedar selama ni kami berdua makin renggang. Ada dekat tapi jauh. Tinggal bersama tapi bukan hidup bersama.

Mungkin ni peluang kedua untuk kami memperbaiki hubungan. Kami masing2 ego. Berterima kasih dah la kurang. Meminta maaf jauh sekali. Time raya je tu pun tak ikhlas. Sepanjang kawin suami tak pernah sebut terima kasih pada saya.

Saya tahu banyak perkahwinan yang masuk usia belasan tahun dan puluhan tahun ni diuji dengan macam2) Rasa nak putuskan ikatan yang dibina. Apa yang saya dapat kongsi;

1) Persefahaman memang dah makin kurang sebab kita dah tak buat apa yang kita buat awal2 kawin dulu. Kita sibuk dengan urusan masing2, urusan kerja, anak-anak dan sebagainya.

Suami tak sedar ada hati yang tengah terluka. Suami rasa ok je, nanti baiklah sendiri. Padahal luka yang dipendam bertahun2 akan jadi barah.

2) Suami rasa isteri dah lain, dah malas nak layan dia, isteri asyik masam muka, buat hal sendiri. Sebenarnya ada benda yang isteri tu pendam dan tak terluahkan. Nak cakap takut jadi bergaduh pula.

Tengok macam tu cubalah suami korek apa yang ada dalam hati isteri tu. Tu pun kalau berani la. Confirm tak berani sebab tu banyak pasangan makin lama makin hambar hubungannya.

3) Dah lama-lama macam tu, suami mula la fikir nak cari hiburan lain. Nak pasang satu lagi la, nak tambah isteri la. Isteri dah nampak tak elok, buruk dan sebagainya. Benda pertama yang suami kena buat adalah fix kan semula semuanya. Bukannya lari dari masalah, buat masalah lain. Bila nak habis?

Kenapa suami? Sebab suami tu ketua dan pemimpin dalam rumahtangga. Suami yang dulu terima akad, berjanji dengan wali, dengan Allah nak jaga dan bawa rumahtangga dan keluarga tu ke syurga.

4) Sebagai isteri yang dah ada luka, dan ada egonya sendiri, kena rendahkan ego. Susah nak buat saya mengaku sebab kita nak suami buat dulu. Tapi bila suami dah ambil langkah pertama, jangan la kita berlagak pula. Lembutkanlah hati, maafkan dengan ikhlas.

5) Ubah sikap. Kalau sebelum ni kita ambil ringan je hal2 pasangan, sekarang cubalah ambil berat. Ianya semudah…. ‘bercakap’.

Ye.. cakaplah dengan pasangan. Sembanglah dengan suami atau isteri kita semula. Biarlah topik bodoh2 pun janji ada komunikasi. Kalau pasangan bertanya, jawablah lima puluh patah. Jangan jawab sepatah je atau tak jawab langsung.

Cukuplah lima ni. Banyak-banyak bukannya ingat pun. Apa yang saya tulis ni adalah apa yang kebanyakan perempuan rasa dan apa yang diorang nak daripada suami masing2) Cuma tu lah kami perempuan banyak pendam lagi-lagi jenis introvert tu. Banyaknya bercakap dalam hati je.

Ops, ini tulisan saya mewakili diri saya sebagai perempuan dan isteri. Lelaki nak bantah atau nak luah, buat la confession lain.

Pada usia saya yang 40an ni, ada ramai kawan saya yang dah bercerai, ada yang tengah bergaduh, tengah putus asa dengan suami dan macam-macam lagi. Walaupun sebelum ni saya marah2 dengan suami, saya pun ada rasa takut jika rumahtangga saya Allah uji dengan ujian yang berat.

Saya juga ada rasa takut nak sayang suami berlebihan sebab selalunya Allah akan ambil orang yang kita sayang. Saya pernah mengalami pengalaman tu dan tak nak rasa sakit lagi. Lagipun kita memang kena letak kecintaan kita pada Allah yang nombor satu berbanding manusia kan?

Apapun kena positifkan diri. Allah uji sebab Allah sayang. Allah nak naikkan darjat kita kalau kita sabar. Dan Allah takkan uji melebihi keupayaan kita.

Saya doakan anda yang membaca serta suami/ isteri anda sentiasa saling memaafkan dan berkasih sayang sampai syurga. Tag la pasangan masing2)

Sekian…

– Maisarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *