Kisah Tudung Labuh, Handsock & Stoking – 11:14 PM

Kisah Tudung Labuh, Handsock & Stoking – https://iiumc.com/forumv2/

Assalamualaikum w.b.t

Ini bukan sebuah nasihat tentang menutup aurat. Ini cuma sebuah kisah kenapa aku pilih untuk menutup aurat.

Aku bukan menutup aurat secara perlahan-lahan tetapi aku menutup aurat secara terus.

Mungkin akan ada yang kata aku ikut trend, aku nak tarik perhatian orang. Mungkin akan ada yang kata Allah sudah memberi taufik dan hidayah kepada aku.

Terpulang kepada mereka untuk berkata apa-apa kerana bagi aku yang penting Allah tahu niat aku.

Sebab aku menutup aurat..sangat simple..aku nak kurangkan jumlah dosa aku. Bila aku tutup aurat sepenuhnya automatik dosa aku bahagian aurat berkurangan dan bila aku menutup aurat automatik juga aku akan segan untuk melakukan dosa-dosa yang lain kerana imej aku melambangkan agama aku.

Lagi satu sebab bumi semakin lemah. Tanda2 kiamat satu persatu memunculkan diri. Malah para ulamak pun dah mula membincangkan perkara ini di program Halaqah..program yang banyak membuka mata aku.

Makin hari, aku makin takut…Moga Allah selamatkan kita semua

– S

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *