Kita akan jadi manusia yang tak kedekut bila.. – 11:46 AM

Kita akan jadi manusia yang tak kedekut bila..

Aku suka kucing.Bukan suka je.sayang kucing.Dari kecik mak aku rajin bela kucing kat umah.paling tak pun sekor,buat riuh-riuh mak kata.Kadang aku meremang bulu idung tetiba dengar mak aku bebual kat dapur.beria cerita tapi tengok dia sorang je. Eh,aku silap.rupenye dia sembang dengan kucing aku yang duduk dalam tudung saji.pfttttt..

So disebabkan environment yang camni,aku jadi mudah tegur kucing. Sampai la aku kahwin,laki aku ni spesis ignorant sikit bab kucing.Even kucing mintak tulang ayam pun dia boleh buat muka seposen je. Tapi diam-diam aku doa Allah bukak ati dia jadi penyayang haiwan. Sampai la 1 ari masa dia buang sampah ada anak kucing belakang dia.masa tu aku pregnant,tetiba dia bawak balik dan mandikan kucing tu.Aishh siap laju-laju pegi kedai beli wetfood n susu kucing.Time tu aku pikir dia buang tebiat.hehe

Nak dijadikan cerita,mentua aku tak suka kucing sebab kata bawak virus and takut anak aku berbulu nanti.Allah..aku down betul,tapi buat pekak je and terus bela kucing tu.termasuklah anak kucing yang aku jumpa hampir lemas dalam longkang.Mandikan setiap minggu,tido malam sebantal dan hari-hari aku sembang dengan kucing-kucing ni mintak aku disenangkan urusan bersalin nanti.

Sampai la aku masuk 7bulan,tetiba tekanan darah aku tinggi sangat,dan pre-eclampsia,aku sesak nafas,sebab air dah masuk paru-paru.Doktor decide nak czer secepat mungkin sebab heartbeat baby dah start lemah..aku rasa macam nak mati bila-bila je,sakitnya Tuhan je tahu.Aku redha kalau baby aku tak selamat. Aku mintak ampun kat laki dan family aku siap-siap.

Masuk OT aku siriusss bedebor,pakar bius bagi aku sedut gas tak sampai seminit aku dah pengsan.Tetiba aku sedar doktor tengah masukkan tiub dalam molot untuk direct ke paru-paru.Sakitnyaaa.Aku terdengar-dengar lagi doktor sebut "Puan,jangan tarik tiub ni,bawak bertenang,ingat Allah puan".aku rasa macam lemas.macam terendam dalam sungai.Lepas dari tu aku dah tak ingat apa.

Sedar-sedar aku dah 2hari dalam ICU. Laki aku cakap aku kritikal lepas bersalin, doktor kata tekanan darah aku tinggi sangat,198/110..boleh mati bila-bila je..Alhamdulillah baby aku selamat dan tak perlu masuk ventilator macam doktor concern before ni.Dia sihat.Dia kuat.

Bila aku dah sihat.dah keluar hospital.aku selalu pikir kifarah dan rahmat yang Allah bagi ni.Aku teringat mungkin berkat doa suami dan keluarga..dan tak mustahil doa kucing-kucing aku jugak.

Mungkin tu la yang kucing aku rasa bila aku datang selamatkan dia dalam longkang dulu.Sejuk.Lemas. Dah nak mati..aku bagi peluang untuk dia terus hidup.Dan Alhamdulillah anak aku sihat tak macam premature baby..dan yang penting,takde la berbulu pun.

Haa lenguh taip.Point yang aku nak sampaikan,Allah tu bagi kita ujian macam-macam dan nikmat yang pelbagai sepanjang kita hidup ni. Apela salahnya kasik kucing tulang ayam secebis.kalau dia curik ikan kat dapur kau pun,tu sebab dia tak reti mancing.Kita yang berakal ni la tolong dia.Jangan hina binatang, jangan zalim sangat hati kau tu.

Percayalah,dari ribu-ribu gaji yang kau dapat..ada seringgit dua bahagian untuk kucing-kucing ni. Dia tak reti terima kasih,kang kalau bercakap kau mati terkejut pulak. Tapi dia tak henti berzikir. Zikir dia akan ada untuk kau,insha-Allah..

Buat baik sesama manusia,sama banyak dengan buat baik untuk haiwan.

– Tobi the cat

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *