Salam semua. Aku nak cerita pasal kerja aku yang merawat dan menyelamatkan nyawa orang. Yes. Betul. Aku kerja sebagai seorang tabib di klinik kesihatan. Lebih tepat lagi doktor pakar keluarga.
Aku just nak share pasal realiti kehidupan kami dalam pekerjaan sehari-harian kat klinik. Disclaimer: ini bukan entry mengecam orang ye.
First aku nak explain dulu beza kerja di klinik kesihatan dan hospital. Di klinik, kebanyakannya adalah 8-5 pm. Hari2. Wiken tutup. Ade klinik yang buka extended hours sampai pukul 9 malam without rest. Meaning waktu maghrib pun onz.
Ade klinik yang ada passive call. Doktor and few staff standby kalau kena panggil. Ade setengah negeri macam Kedah, Johor dan Kelantan tutup 3.30pm hari khamis.
Aku pun tak sure tapi dengar sebab nak samakan dengan waktu bekerja negeri lain sebab jumaat diorang rest lama masa waktu solat jumaat. Paham tak? Kalau tak paham lagi boleh apply buat attachment haha.
Ok mari kita sambung…
Kami di klinik kesihatan ni dikenali sebagai generalist. Meaning kena tahu SEMUA benda under the sun. Head to toe. Womb to tomb. Comprehensive la kononnye. Hehe. Tapi memang betul pun ye.
Bayangkan masa tengok pesakit tu, tengok kes kencing manis, tetibe patient complain sakit telinga- terus jadi doktor ENT (ear, neck and throat).
Lepastu kalau jumpa remaja ada masalah jerawat, bukan takat nahhh ubat jerawat and off u go. Tapi kena tahu jerawat ni ada kesan psychology tak kat mental die? Ok dari doktor kulit (derm) kita jadi doktor kesihatan mental (psychiatrist) dan psychologist/counsellor plak.
Kalau tengok kes ibu mengandung (O&G), ibu cakap selalu sakit belakang ie spine, kena jadi doktor tulang (ortho) plak. Kes bukan warganegara (BWN) pun kami handle. Dah macam pegawai imigresen. Haha. Anak kena admit, tapi duit tak ade. Nak scan antenatal tapi cuma bawa RM50 etc.
Tak lupa juga masalah sosial yang banyak sangat melanda negara macam teenage pregnancy yang tak kahwin, ibu mengandung tapi suami kaki pukul and tak ada duit/kenderaan nak datang follow up.
Antivax, anti minum air gula (sebab amalkan madu kat rumah, gula pun takde), anti ATT (suntikan kancing gigi masa mengandung) dan segala jenis anti yang wujud. Duit je mereka tak anti agaknya, haha.
Apa kami buat? Cuba la menggunakan segala resource yang ada. Refer kepada jabatan kerja sains sosial yang datang sebulan sekali sebab klinik kami jauh (bukan salah mereka sebab mereka pun tak ramai nak cover 1 negeri),
Refer jabatan kebajikan masyarakat lebih tepat lagi pegawai pelindung untuk kes dera/pengabaian kanak2 ie kes antivax sampai tepu dah JKM sebab mereka pun ada satu atau 2 orang satu daerah nak melayan kes yang sangat banyak.
Polis pun pening nak layan bila kena report kes statutory rape la, abscond la.
Haha, tapi dah ada dalam guideline kena la follow kan. Dan ultimately kami kena buat homevisit. Masa homevisit pun banyak drama. Tak nak buka pintu, taknak bagi masuk cakap kat tingkap saja.. Kena tunggu dengan parang pun ada.
Haha, bukan lah kami nak sangat pergi rumah tu. Tapi tu je yang mampu kami buat kalau pesakit tak beri kerjasama. Kami pergi niat ikhlas nak tahu ape masalah. Yang paling penting dah tahu pesakit ok, takde masalah pun kami dah lega.
Kalau tak nak cucuk ke, taknak ape2 ke.. Takpe. Kami cuma nak beri penerangan dan nak make sure pesakit betul2 faham komplikasi decision diorang tu. kalau dah faham, terpulang. Takde paksa2. Kami kan sedia membantu.
Ya mungkin ada setengah doktor dan misi garang. Tak mesra. Marah2. Aku bukan nak back up tapi kami manusia biasa. Ada setengah orang memang style die gitu, sejak azali sejak di loh mahfuz sejak lahir. Camne aku nak suh ubahkan. Kalau boleh pun kejap je or jadi fake. Haha.
Ade hari tak mampu membendung rasa penat. Ada hari ada masalah dan tekanan tersendiri. Tapi aku selalu ingatkan staff aku, cuba yang terbaik. Kalau ada aduan, aku memang akan basuh juga staff aku. Api jangan dilawan dengan api. Lawan dengan air. Tak jadi juga, kita istighfar dan doa kat Allah.
Ni bukan zaman paksa2 macam dulu. Ni zaman patient empowerment. Pesakit tak nak, kita educate. Tak nak juga, sign refusal form. Kalau dalam 10 orang, ada 1 difficult patient , kita focus pada yang 9 lagi yang betul2 nak rawatan dan beri kerjasama.
Bukanlah kita abaikan yang 1 tu, tapi bagi masa kat die. Ikut lah die nak sampai kiamat pun takpe. Masing2 dah tua dah ada akal yang dikurniakan oleh Allah swt bak kate sajat. PERIOD.
Haha banyak aku membebel. Tapi ini lah kerja kami. Sebab tu bila kami refer kes ke hospital, kami rasa frustrated kalau ada colleagues di hospital yang mempertikaikan itu dan ini.
Ada yang kata kami tak hantar ke investigation macam ABG, VBG (darah nak tengok kandungan oksigen etc) ke.. Tak boleh ke hantar renal function or liver function (hati dan kidney) stat (kadar segera)… Adoi bang/kak… Takpelah. Mungkin tak pernah kerja klinik kesihatan (KK). Jadi kita husnuzon.
Kenapa kena refer hospital untuk pasang POP (balut putih kalau dalam kes patah)…kami memang takde expertise. Tak semua doktor/paramedic tahu nak buat. Silap2 pesakit dapat complication. Patient dah hup hap hup hap (read nafas laju). Oksigen level 88%. Eh kenapa u tak buat CXR dulu? Alahai tepuk dahi kita pon.
Memang la ada setengah klinik ada xray. Tapi takkan nak tolak patient yang tak stabil. Di hospital kan ada portable, bukan ke lebih memudahkan? Erm.. Patient defaulted kenapa tak home visit? Home visit ni kami buat juga tapi bergantung. Kalau patient ramai di klinik, kami setelkan dulu.
Kadang ada rumah pesakit yang jauh dan laluan membahayakan (esp di kawasan pedalaman). Kadang kenderaan klinik tak ada (hantar sample ke centre lain, transport patient etc), staff kena guna kenderaan sendiri ke?
Aku kalau bole nak cube elakkan sebab kesian mereka. Gaji ciput, nak kena guna duit minyak sendiri. Claim? Erm ini kena ada satu lagi entry lain. Haha.
Belum lagi bile kami refer kes, kena sidai lama kat telefon tu. Kalau kes urgent or emergency la. Ok aku faham bile aku call, doktor hospital cakap “can u call back in 5 minutes? I am attending a pt now” oklah kan. Kadang kita call balik 15 minit. Sebab fikir mereka busy tu. So kita bgtau patient, tunggu kejap ye.
Ada bila kita call, dah la tak angkat2.. kita pun kadang2 nak call banyak kali berkira2. Segan pun ada. Tapi kesian patient kita yang depan mata ni. Tapi bila dah dapat, “kenape u call i byk kali. Kalau i tak angkat tu sabar la. Call la orang lain”
Alamak! call orang lain tu kan nanti jadi isu besar seperti “saya tak oncall, kenapa call saya?”…nak sabar tu memang boleh, tapi i am dealing with life and death juga ni. *sigh* ada juga yang cakap “i tgh solat tau tak?” Huhu..sorry kami bukan ahli nujum nak tahu ape doktor di hospital tengah buat.
Ye aku paham u orang stress. Sebab aku pun pernah kerja hospital dulu masa jadi medical officer (MO). Bile oncall tetibe mood akan jadi ke laut. Cepat stress. Agitated tengok fon ada call yang most likely referral. Bila angkat suara pun terus berubah. Nak lembut pun rasa susah. Haha. Sebab tu aku pergi KK. Sebab rasa toxic hidup macam tu.
Lepas oncall, rasa berdosa sebab cepat and senang sangat nak snap dekat orang lain yang tak bersalah. Tapi nak minta maaf kat setiap orang, tak mampu. Sebab bukan semua dari hospital yang sama kan. Lepastu rasa nak berubah. Tapi bila dah stress, lupa. Macam lagu Fimie Don yang tengah in trend sekarang ni. “Salahkan aku”..
Takpe aku tahu aku salah. Mungkin ni juga payback time tuk aku sebab dulu suka marah orang. Minta maaf sangat2 pada yang terkena dan terkesan. Cuma aku nak ingatkan, the stressful situation tu is not an excuse for you to scold or be rude to other people. Kita kat sini tujuan nya sama dan satu je. “Kami sedia membantu” ewah.
For the record, bukan lah semua ye doktor kat hospital macam yang aku cakap tu. Ramai je yang baik2 especially yang dah faham keadaan kami kat KK. Cuma, bila dah terkena tu..rasa tak best and down kejap. Hehe. Kejap je sebab lepastu kena serve balik haha
Jadi doktor keluarga ni bukan senang. Ye la semua bahagian pun tak mudah. Cuma nak minta semua beri kerjasama. Masa belajar dulu, orang department lain belajar dalam department tu je (kebanyakannya).
Contoh kalau psychiatry…duk kat psychiatry department. Mungkin buat la attachment kat hospital permai ke tg rambutan ke tuk belajar yang lebih subspecialty macam forensic psychiatry. Surgery, orthopaedic etc pun sama.
Tapi kami doktor keluarga ni kena pergi banyak department dalam tempoh 4 tahun belajar. Medical, O&G, pediatric, dermatology, surgery, orthopaedic, radiology, ophthalmology, ENT, psychiatry, HOSPIS (palliative care) etc.
So yes kami ni digelar “Jack of all trades”. Sebab takde yang specific. Haha. Jadi pengetahuan kami may be tak sedalam n sedetail. Tapi kami cuba. Ingat senang ke nak tune otak ini from one department to the other? Haha. But I love my job. Hehe.
Expanded scope kat KK juga terlalu banyak sampai ada juga yang menjejaskan servis. Bayangkan pesakit makin hari makin ramai. Tapi jumlah staff macam tu la juga. Atas kertas nampak ramai. Tapi hakikatnya hari2 tidak seramai itu. Kursus, meeting, taklimat etc.
Ada yang cakap, doktor keluarga ni doktor meeting. Siapa agaknya yang panggil kami pergi meeting? Kena la tanya pihak tersebut. Hehe.
Tak dinafikan semua expanded scope atau program yang direncanakan ni bagus2. Tapi disebabkan oleh terlalu banyak, maka klinik rasa terbeban sebab staff yang sama yang akan menjalankan servis di klinik dan juga melakukan expandes scope.
Apa kaitan dengan pengurusan pesakit? Bila staff buat expanded scope, bilangan yang tinggal di klinik tak cukup untuk melayan pesakit. Terjadi lah isu lama masa menunggu dan sebagainya. Aku kesian dengan dedua pihak – pesakit dan staff. Tersepit.
Tetiap bulan ada je reten pencapaian yang kami kena hantar. Banyak plak tu. Manual system plak. Ade staff yang bawa balik kerja di rumah. Aku tak terkecuali la. Audit itu dan ini, bagaikan tiada hari esok. Bila pencapaian tak memuaskan, selalunye dinasihatkan untuk bekerjasama dan jangan berkira dalam kerja.
Haha, tak tahu nak bekerjasama macam mane lagi. Lagu wonderpet dah jadi lagu rasmi. Isu nye tak cukup staff. Ni belum cakap pasal allied healthcare.
Aku kesian juga dengan pegawai OT, physio, pemakanan, kaunsellor. Kebanyakan mereka berkerja SEORANG diri untuk cover SATU DAERAH. Pesakit ramai ye. Mari picit kepala sendiri. Haha
Oklah sekian bebelan aku. Aku dah kerja lebih satu dekad dan aku tengok budaya “downgrade” KK ni masih tak berubah. Baru2 ni aku dapat tahu yang hospital district selalu cakap KK suke refer kes mengarut.
Aku pun tak tahu ape yang mengarut kalau refer kes contoh AKI tapi ED discharge lepas bagi air and suruh datang KK untuk repeat kidney function. Mungkin aku yang tak habis baca guideline. Husnuzon je lah. Hehe.
Maaf panjang plak. Doktor keluarga ni memang suka bercakap n borak. Peramah. Haha. Gosip pun suka. Susah nak stop once dah start bercakap dan menulis.
Minta maaf kepada sesiapa yang terasa atau terlibat. Just meluahkan for the sake of my mental wellbeing. Yang baik jadikan teladan. Yang kurg tu mari jadikan pengajaran. Daaaa.
– – doktor keluarga- (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ini systematic problem. Patut solve scr systematic. Meh sini ak bg pendapat dr bidang luar. Ak keje IT, byk main refer2 case. Lagi byk dari dr.
Tool first yg diperlukan adalah documentation. Mcm clerking kot dlm medical. Sepatutya kerajaan sediakan ticket system. System dlm hospital putraja ak rasa mcm tu. Sepatutnya expand scope supaya KK boleh assign ticket dekat hospital.
Bila documented mcm ni, agak2 boleh ke hospital nak serkap jarang yang KK refer case entah apa apa. Kalau dia cakap gitu, kita jawab, ticket nombor brp?
And then kene ada business rep bagi pihak KK n hospital. Manager kitorg selalu je bergaduh ticket by ticket. Kene ada report mingguan, bulanan n mcm2 lagi.
Itu lah cara dunia corporate bekerja. Kene ada macam2 jawatan. Contoh manager adalah, app owner etc.
“Bergaduh tu bergaduh proffesional.
Lagi byk dari dr tu maksud ak amount ticket. Of course stake dr lagi tinggi dari stake kitorang.
Terima kasih Dr. moga Allah memudahkan segala urusan Dr dan team serta diberikan kekuatan untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Saya bukan Dr. Tapi pernah jadi pt di hospital besar. Pernah juga terdengar Dr/nurse hospital bising2 Dr KK suka refer hospital untuk sakit2 picisan kata mereka. Pernah juga witnessing Dr. KK non stop calling Dr referral masa baby sakit during COVID dulu. Kita yg tgok ni pun penat 😅