Kitaran Hidup – Sesuatu Yang Hilang (Menjawab Soalan)

Untuk part I, (https://iiumc.com/kitaran-hidup-sesuatu-yang-hilang/).

Assalamualaikum. Tujuan penulisan kali ini hanya untuk menjawab soalan serta komen yang di terima daripada post pertama. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya yang pertama. Saya hanya sedar bahawa confession saya disiarkan setelah menerima hampir 60 komen.

Jujur saya sangat terharu & berterima kasih atas segala doa, nasihat, kata-kata semangat yang diberikan. Saya sendiri tak sangka bahawa sebenarnya saya tahu apa yang saya cari selama ini, cuma saya tak sedar.

Berbalik pada beberapa soalan & komen yang diterima, saya rasa saya berhak untuk menjawab serta explain kepada para pembaca.

1: Pada kakak yang tanya tentang dimana buku “Surat untuk orang yang berputus asa” karya Adnin Roslan.

– Saya beli di kedai buku popular.

2: Pada saudari yang menyatakan bahawa kurangnya agama dalam keluarga saya.

– Ibu saya berikan pendidikan agama untuk kami adik beradik secukupnya.

3: Pada saudari yang meluahkan tentang mudahnya saya mendapat pekerjaan.

– Tidak mudah sis, lebih-lebih bila berada dalam industry yang ada pasang surutnya. Bagi yang kerja contract mengikut project, selalunya contract kami akan ditamatkan apabila scope of work kami untuk project tersebut telah complete.

– Jadi selepas itu kami perlu mencari job lain, jika ditakdirkan kami jobless sekitar sebulan hingga 4 bulan ini boleh dikira rezeki yang baik. Namun rata-rata ada yang jobless sehingga setahun atau lebih.

– Namun bagi yang berkerja secara tetap @ contract dengan company (tidak mengikut project) kami juga pernah ditawarkan VSS untuk mengurangkan pekerja. Malah rata-rata pekerja contract akan ditamatkan contractnya sekiranya company tidak menerima sebarang project baru.

4: Pada yang memberi cadangan mengenai mengambil anak angkat atau membela kucing.

– Saya ada kelemahan allergic pada bulu kucing & saya belum yakin bahawa saya dapat menjadi ibu yang baik dengan keadaan saya sekarang. InshaAllah saya dalam process penambahbaikan, jika ada rezeki InshaAllah akan saya pertimbangkan untuk mengambil anak angkat.

5: Pada yang memberi cadangan mengerjakan umrah.

– InshaAllah sis, saya dalam process mengumpul duit untuk menjadi tetamu Allah. Dahulu saya ada masalah mahram, dimana saya tidak mempunyai marah untuk saya mengerjakan umrah. Mahram lelaki saya masih belum dihadirkan niat untuk menjadi tetamu Allah. Namun sekarang memandangkan VISA telah dibuka, InshaAllah saya plan saya ingin menjadi tetamuNYA awal tahun hadapan.

6: Pada yang memberi nasihat untuk menghantar ibu mengerjakan umrah & berbakti kepada ibu.

– Alhamdulillah saya telah laksanakan tanggungjawab ini. Ketika kali pertama ibu ke umrah, saya menangis kerana ketika itu saya mampu dari segi kewangan untuk turut menjadi tetamu Allah tapi kerana tiada mahram, saya tidak dapat pergi.

– Untuk makluman sebelum ini bagi wanita yang berusia mereka tidak memerlukan mahram tapi bagi yang seusia saya, perlu ada mahram untuk pergi mengerjakan umrah. Doakan agar saya & ibu dapat pergi umrah bersama-sama tahun hadapan.

7. Pada yang memberikan nasihat tentang saving & investment.

– Terima kasih, Alhamdulillah saya dapat melunaskan hutang PTPTN & bayaran rumah sebelum tahun 2018. Namun ianya bukanlah rumah yang besar serta mewah. Buat waktu ni hutang kereta sahaja yang masih belum mampu saya lunaskan. Untuk ABS & TH, ye saya ada menabung didalamnya.

8. Pada yang berikan cadangan untuk berkahwin.

– Saya dah berusaha, cuma untuk orang yang introvert macam saya ni mungkin ada cabarannya tersendiri. Baitulmuslim & baituljannah saya ada daftar dan kadang kala saya akan melihatnya. Namun untuk menekan butang kirim salam adalah sesuatu yang amat sukar, lebih-lebih lagi kebanyakkan candidate adalah muda dari saya.

– Antara cabaran lain yang saya tempuhi dalam mencari jodoh adalah kerana kerjaya saya. Ada lelaki yang saya kenal mengatakan bahawa dia merasa kerdil apabila berkawan dengan saya. Antara point nya ialah

a) Saya berkerja dalam industry oil and gas jadi gaji saya mesti lebih besar daripada dia (Padahal saya tak pernah beritahu sesiapa tentang gaji saya).

b) Nature kerja saya yang “dipandang” kasar serta dikuasi lelaki membuat dia ragu-ragu. Dalam bahasa halusnya masih ramai lelaki yang lebih layak untuk saya hampiri berbanding dia. Namun dalam bahasa kasarnya anytime saya boleh curang.

c) Oleh sebab nature kerja saya yang boleh dikatakan agak berpindah-randah (mengikut project or meeting) dia rasa yang in future saya tak boleh nak committed dengan tanggungjawab sebagai isteri atau ibu.

9. Pada yang memberi saya cadangan untuk menukar kerjaya saya.

– Please don’t, saya amat sayangkan kerjaya saya & kerjaya saya juga buat diri saya rasa berguna. Namun saya ada perancangan saya juga, tak selama-lamanya saya akan terus hidup berpindah-randah mengikut peluang kerjaya saya, Saya dalam tempoh menggumpul pengalaman kerja sebanyak yang mungkin.

– Pengalaman bekerja dengan operator, consultant serta fabricator. Saya perlukan semuanya kerana saya bertekad apabila saya yakin bahawa jodoh saya telah tiba saya akan memohon kerja di KL & berniat untuk stay dalam satu company dan tidak lagi berkerja mengikuti project.

– Untuk makluman kerja saya bukanlah berkait dengan engineering namun lebih kepada proposal dan costing, jadi kebanyakkan peluang kerja di main office (mostly di KL) rata-rata dibuka kepada staff yang berpengalaman. Sebab itu juga saya menyambung pelajaran saya dalam master, agar saya dapat bekerja setanding dengan orang-orang yang dah senior.

10. Pada yang memberi cadangan untuk melibatkan diri dalam charity programme serta NGO.

– Alhamdullah saya ada join walaupun bukan selalu, biasanya aktiviti charity atau volunteer yang saya join bukan lah melalui NGO tapi lebih kepada kumpulan-kumpulan kecil. Kawan-kawan disekeliling saya juga sangat bagus, kami sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah bersama (namun saya lah orang yang paling kurang join aktiviti tersebut kerana saya selalu bekerja diluar KL)

11. Pada yang minta untuk DM untuk share our thought.

– Saya minta maaf, cukuplah watak saya sebagai “Bunga” dalam confession ini. Saya berharap tidak akan ada kawan-kawan yang tahu bahawa Bunga dalam reality adalah saya.

Sekali lagi terima kasih semua pada yang memberi nasihat, sokongan dan semangat. InshaAllah akan saya perbaiki hubungan saya dengan Allah, akan saya jadikan Al-quran sebagai peneman saya dan akan saya terus berusaha untuk menjadi lebih baik.

Nasihat yang ingin saya selit ada 2:

1: Jika kita tak mampu untuk menulis sesuatu yang baik, adalah lebih baik untuk kita menahan diri dari menyatakan sesuatu yang bakal menyakitkan si pembaca.

2: -Ada masa kita ada rezeki, namum kita tiada masa.

-Ada masa kita ada rezeki dan masa namun kita tiada kesihatan yang baik

-Ada masa kita ada rezeki dan kesihatan yang baik namun masa tiada bersama kita,

Maka bersyukurlah kita jika hari ini kita masih diberikan rezeki, masa & kesihatan baik.

Sekian.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *