Hari ahad lepas masa mood blues monday nak start meresap, aku teringat masa zaman mula2 masuk uia ni. Masa tu panggil 'matriculation centre iium, the garden of knowledge and virtue' (sedap lagu ni). Aku bukan nak sangat masuk uia ni, dalam borang upu tu ak letak dekat hujung-hujung, pulak tu, membe2 kg ngan sekolah menengah takde yang masuk….dalam beratus orang yang daftar uia tu, orang yang aku kenal dalam 5 orang tu pun bukan rapat sangat.
Mula-mula masuk ada ujian (apt, ept, fardhu ain) semua aku fail…ept level 4…dia punya down toksah cerita la…yang paling hardcore aku dapat mahalah abc, pergh satu bilik 12 orang…kalau semua duduk belajo dekat tempat study tu dah macam pusat tuisyen dia punya feel…
Abu bakr college(abc) ni sebelah masjid, masa mak aku hantor sempat dia pesan suruh aku selalu pegi masjid, aku pegi tapi selalunya hari khamis malam jumaat sebab ada makan free.heh. Sebab masa daftar aku lewat sikit, aku dapat level 4. Untuk pengetahuan, abc ni punya tangga curam dia bukan main, aku lagi penat naik tangga ni dari berjalan seluruh matrik. Bilik aku menghadap masjid, ada bilik menghadap tengah, ada jugak bilik menghadap mahalah perempuan. Yang menghadap mahalah perempuan ni kadang2 boleh nampak aktiviti harian sis dekat mahalah tu ( guna mata kasar pun boleh, tak payah pakai teropong).
Benda sentimentel yang aku akan ingat masa dekat abc ni ialah masa gosok gigi, aku akan gosok gigi dekat bilik basuh baju yang menghadap kilang ngan jalan raya seberang abc, dia memang ada sentimental value, kadang2 membe ada tanya kenapa aku gosok gigi kat situ, aku pun tak tahu nak jawab apa, feel dia lain macam sambil gosok gigi sambil tengok kesesakan lalulintas. Sekarang ni aku rasa kilang tu dah tak berapa nampak sebab dah tutup di flyover.
Abc ni jugak ada cybercafe, dekat sini lah aku banyak habis duit main counter strike. Memang meriah. Tapi tu la, abc ni memang membuatkan hang jadi ramai kawan sebab sebilik 12 orang, macam2 kepala ada. Mahalah lain aku tak tahu macam mana life depa, sebab aku tak penah merasa.
Sangat klasik rasanya mengenangkan kehidupan di abc suatu masa dulu. Pergh…
– Akm