Kongkong atau Obsession

Kisah adik ini sentiasa bermain di fikiran saya, (https://iiumc.com/caring-atau-kongkong/).

Saya pernah berada disituasi adik ini. Setelah umur meningkat makin matang fikiran kita membuatkan saya berterima kasih kerana menyelamatkan diri saya dari tersiksa bila semakin lama dalam perhubungan toksik itu.

Saya kenalkan lelaki itu sebagai M (Bukan nama sebenar) berumur 22 tahun. Pada masa itu umur saya baru 16 tahun. Saya tinggal di rumah mak cik saya di kl ketika cuti sekolah. Di sana saya selalu mengikut sedara saya berjalan-jalan di Mall dan berjumpa kawan-kawannya.

Biasa la masih muda remaja mesti ada perasaan nak berkenalan dengan lelaki, berkawan dengan ramai orang dan berkawan dengan lelaki, jadi apabila diminta no telefon saya akan bagi. Dengan niat untuk berkawan sahaja.

Saya pun tak pasti macam mana M boleh dapat no telefon saya. Bila saya balik di kampung tiba-tiba ada no tak dikenali message saya untuk berkenalan. Bila ditanya dari mana dapat no saya, dia cakap kawan dia bagi. Saya pun tak sure siapa kawan dia. Mungkin salah seorang yang saya dah bagi no telefon.

Short story dari message biasa-biasa kemudian message setiap hari dan kami menjadi amat rapat sampai setiap masa bermessage, tak kira siang malam. Masa tu umur saya masuk 17 tahun dan saya akan mengambil SPM.

Disebabkan saya anak sulung dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kepada keluarga sebab ibu saya ibu tunggal jadi setiap hari minggu atau cuti sekolah saya akan kerja part time. Untuk duit poket tambahan dan topup phone sendiri. Saya kalau boleh tak nak menyusahkan ibu untuk minta duit selalu.

Bila saya kerja part time saya tak boleh selalu pegang phone sebab buat kerja kan. Jadi M akan tak senang duduk. Setiap masa call saya buat apa. Mula-mula saya anggap dia terlalu caring. Tapi bila setiap masa asyik call check saya buat apa menjadikan saya rasa terkongkong sangat.

Tapi disebabkan saya jenis tak suka masalah jadi complicated dan asyik bergaduh jadi saya ikutkan saja flow dia. Sampailah SPM Alhamdulillah saya mampu menguruskan masa dengan baik antara belajar dan kerja part time. Bila SPM sekolah saya ada sediakan penginapan di hostel bagi budak SPM.

Jadi saya ambil keputusan untuk tinggal di hostel sepanjang SPM bersama kawan-kawan baik. Hari last day SPM kawan-kawan ajak saya untuk outing kat luar. Kami naik satu kereta keluar berjalan-jalan dan makan satu sampai pagi.

Nak dijadikan cerita phone saya habis battery malam tu jadi saya tak dapat check phone dan update ap saya buat. Rupa-rupanya M call saya sepanjang malam dan apabila tak dapat dia buat keputsan drastik untuk datang ke tempat saya.

Jarak antara kl dah tempat saya agak jauh dalam 150km lebih. Bila pagi-pagi saya dapat charge phone banyak message call dan message M masuk. Last message dia cakap dia datang tempat saya.

Apalagi kelam kabut la saya call dia. Dan dia beritahu dia tunggu saya kat satu tempat kami selalu jumpa. Dia pernah datang sebelum ni kat tempat saya. Lepas first jumpa tu kami couple. Konon dia nak tengok saya depan-depan dulu la. Yang ni tak ingat dah kali keberapa jumpa.

So saya explain kat M apa saya buat sepanjang malam tu. M ingat saya keluar dengan lelaki lain. M suka tuduh saya bukan-bukan. Cakap saya selalu messages lelaki lain la, jumpa lelaki lain la. Padahal saya tak buat pun. Masa saya sibuk kot.

Satu hari M bagitau saya dia kena buang kerja sebab datang jumpa saya haritu. Saya pelik la tak kan ponteng satu hari boleh kena buang kerja.

M tak ambil SPM jadi dia kerja biasa sahaja di KL. Kerja kelindan lori. Rupa-rupanya dia selalu ponteng kerja. Tapi dia buat alasan kena buang kerja sebab jumpa saya, sebab nak bagi saya rasa bersalah.

Alhamdulillah result saya cukup untuk melayakkan saya masuk university. Masa saya di university lagi teruk dia mengongkong saya. Saya tak boleh join apa-apa aktiviti. Sedangkan bila kat U mesti la banyak aktiviti.

Setiap apa yang saya buat kena report kat dia. Kalau aktiviti tak wajib saya tak boleh join. Kadang-kadang malu betul saya dengan kawan sebab semua nak kena report ke M.

Cuti sem sebelum balik ke kampung saya kena serahkan laptop kepada M untuk dia pegang. Dia nak check keseluruhan laptop saya. B****hnya saya masa tu kenapa la mengikut sangat.

Saya sebenarnya tak suka bergaduh untuk benda remeh-temeh. Kadangkala syak wasangka M terlalu mengarut. Saya tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Saya tak tahu mind set dia macam mana.

Dia akan check Facebook saya siapa like gambar saya. Kalau lelaki dia akan cakap lelaki tu suka saya. Gambar class ada tag nama saya dan lelaki dia akan ingat kami berhubungan. Masalahnya nama perempuan lain pun kena tag tapi dia tetap tuduh saya macam-macam.

Sebelum jumpa dia saya kena delete semua message yang ada nama lelaki sedangkan kawan-kawan satu class pun akan menjadi pertikaian. Saya tak boleh menjadi diri saya. Setiap kawan saya akan di check profile betul ke semua perempuan. Phone saya tak boleh save nama lelaki banyak-banyak dan macam-macam lagi la.

Sampai sem 3 pun saya perlu serahkan laptop saya pada dia. Masa tu saya dah tak tahan sangat. Saya berkeras untuk tak nak bagi. Kami bergaduh besar, M cakap saya dah masuk U belajar pandai dan lupa diri.

Saya bukan lupa diri tapi saya dah tak tahan sangat hidup macam tu. M juga salahkan saya hidup dia susah sebab dia kena buang kerja dulu sebab saya. Lepas M kena buang kerja dia kerja kampung sahaja di kampung dia. Bermacam-macam kerja dia buat tapi tak ada yang kekal.

Sebabkan rasa bersalah dia kena buang kerja, saya memberi sedikit duit ptptn saya pada dia. Kononnya untuk membalas budi sebab dia dah banyak habiskan duit untuk datang jumpa saya dulu di kampung, belanja saya makan dan lain-lain.

Sedangkan saya tak pernah suruh dia datang. Dia yang willing sendiri konon terlalu sayangkan saya. Kena jumpa selalu. Pelik betul kan.

Waktu cuti panjang di kampung satiap saat M akan check saya buat apa. Sebab dia tak percayakan saya, dia ingat saya ada lelaki lain sebab tu tak bagi laptop kat dia time cuti. Sebab takut terkantoi. Lambat reply message sikit dia cakap saya message dengan lelaki lain. Lepas tu kami akan bergaduh besar.

Dia kalau boleh nak saya mengaku saya ada lelaki lain sedangkan saya tak ada kawan dengan sesiapa pun. Dia buat hidup saya sangat tersiksa.

Akhirnya dah betul-betul tak tahan saya cakap saya nak masa tak nak berhubung dengan dia sampai habis cuti sem. Dia tak perlu call atau cari saya. Akhirnya dia mengalah dan bagi saya masa lepas saya menangis teruk dan sesak nafas.

Masuk sem baru saya jumpa dia bertemankan kawan saya untuk minta putus. Bila saya jumpa M, kawan saya duduk tempat lain. M suruh kawan saya balik dulu nanti dia hantar saya balik ke kolej sendiri.

Saya berkeras tak nak, M marah betul time tu sampai tumbuk dinding belakang saya. Berdarah tangan dia, saya ingat dia nak tumbuk saya. Sebab M dah macam orang gila time marah tu.

Saya ingat kalau saya ikut cakap M dan dia hantar saya balik boleh jadi saya boleh kena bvnvh tengah jalan. Sebab time tu popular kes student kena kelar dengan boyfriend dalam kereta.

M ikut saya sampai ke kolej sebab dia tak puas hati. Time tu dia minta saya pulangkan cincin emas yang dia pernah bagi dan dia minta sim card phone saya. Di cakap dia nak jual cincin tu dan dia patahkan sim phone saya depan muka saya.

Dia ingat kalau dia patahkan sim phone saya tak boleh berhubung dengan sesiapa. Lepas tu dia balik dan tinggalkan saya konon-konon kami dah putus betul-betul dan dia tinggalkan saya.

Elok malam tu dia call kawan saya untuk bercakap dengan saya. Saya cakap dengan kawan bagitau saya tak ada. Berhari-hari dia kacau kawan saya macam orang gila untuk bercakap dengan saya. Satu hari M cakap kat kawan saya suruh saya contact dia sekarang, kalau tak saya akan menyesal.

Punya la takut saya call dia pakai public phone. Time tu banyak lagi guna public phone tak macam sekarang. Dia cakap dia nak saya semula. Kalau saya tak nak, dia nak datang kolej dan mengamuk bawa parang. Dia nak musnahkan hidup saya macam saya buat hidup dia musnah.

Kawan-kawan menasihatkan saya untuk buat report polis dan bagitau warden kolej. Warden kolej cakap dia akan maklumkan pada guard tak bagi masuk orang sebarangan. Saya menjalani hidup sehari-hari dalam ketakutan. M juga call mak saya merayu saya maafkan dia.

Saya cakap dengan mak saya jangan angkat call dia dan percayakan cakap M. M cakap dia dah buat macam-macam pada saya, dan dia akan bertanggungjawab atas perbuatan dia. Sangat bullshit, nasib baik mak saya lagi percayakan anak dia dari lelaki tak guna tu.

Akhirnya selepas bermacam-macam M lepaskan saya juga. Tapi saya tau dia masih stalker saya sekarang di Facebook. Sekarang saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. M juga sudah berkahwin dan ada anak. Dia berkahwin awal dari saya.

M pernah cakap lepas saya habis belajar kami kena terus berkahwin. Lepas tu baru saya cari kerja di tempat dia. Dia cakap kalau ibu saya tak restu adakah saya nak kahwin lari. Sebab dia sanggup tinggalkan keluarga dia untuk bersama saya. Mak M tak suka saya sebab mak M ingat saya yang membawa masalah dalam hidup M.

Sekarang Alhamdulillah saya berkahwin lepas saya dapat kerja yang stabil dan sudah membalas jasa ibu saya. Mampu memberi duit bulan-bulan untuk ibu. Mampu membeli kereta sendiri dan mempunyai simpanan dalam bank.

Suami saya sekarang sangat berbeza dari M. Kami sama-sama mempunyai kepercayaan antara satu sama lain. Saya bebas untuk melakukan aktiviti asalkan tau menjaga diri. Saya boleh menjadi diri saya dan tak perlu takut untuk membuat apa-apa sebab takutkan orang.

Akhir sekali, nasihat saya keluarlah dari hubungan yang toksik, sayangi diri sendiri dan keluarga dari orang lain. Beranikan diri untuk tidak terus ditindas. Ambil peluang untuk berkenalan dengan bermacam-macam orang.

Dari pengalaman dan pergaulan yang luas kita mampu untuk membuat keputusan yang baik untuk diri kita. Lihat pada dunia luar, jadilah proactive dan productive. You’re not gonna regret it!

– Balqish (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *