kongsi kasih

Assalamualaikum, thank u in advance ..kalai admin approve confession ni.

Aku si yatim piatu yg kehilangan ibu ketika berusia 4tahun dan kehilangan ayah ketika berusia 22 thun. Sekarang umur 29 dan alhamdulillah dah 4 tahun kawin.

4tahun kawin tapi belum punya rezeki untuk menimang cahaya mata. Mungkin ni ujian bagi aku tapi tidak bagi mak mertua aku. setiap kali dia sebut pasal zuriat dia akan ungkit pasal aku. Katanya susah kawin dengan anak yatim yang xjelas keturunan. Dia paksa suami aku kawin lain, kawin dengan pilihan dia. Dah setahun aku hidup bermadu, dan selama setahun jgk aku ibarat digantung tak bertali . Selepas kawindgn pilihan mak mertua aku suami jarang balik.

Bila call,whatsapp tanya bila balik ,dia hanya jawab dia busy. Yela orang dah nak dapat anak mesti sibuk buat persiapan. Mungkin dia lupe aku juga punya perasaan. Aku redha aku dimadukan demi untuk zuriat keturunan suami, tapi tolong hargai aku sebagai isteri.

Adakah si yatim piatu macam aku ni tak layak hidup bahagia??

– si yatim piatu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

18 Comments

  1. Sedihnya……tabah dik…ada sinar bahagia buatmu…doakan suami berubah dan adil..bg masa..jika tak adil adik buat istikharah ok…jgn.lupa pergi jumpa doktor….usha ok…

  2. huhuhu tu somi tak sedar tanggungjawab tu… jgn sedih2 tabahkan diri. sibukkan diri ngan keja. pastu terpulang awak nak corakkan idup mcm mana. semoga dipermudahkan dan berjaya dunia akhirat

  3. Sebelum tu saya betulkan dulu tentang istilah anak yatim tu. Anak yatim tu gelaran bagi anak-anak yang belum akil baligh dan kehilangan bapa. Kalau kehilangan ibu tidak dikira anak yatim. Jika anak yatim itu sudah mencapa usia dewasa, dia tak dikira anak yatim lagi. Saya pun sudah tak ada ibu dan bapa lagi. Tapi, statement ibu mertua tentang kahwin dengan anak-anak yang tak ada ibu bapa tu sedikit mengguris hati saya juga la. Bertabahlah.

    • Tak kisah rasanya isu brape tahun. Tu cuma definasi. Yg dia nk ckpkan dia takda siapa nk mngadu. Just ada suami dia ja. Berat ujian dia. InsyaAllah satu hari nanti Allah akan bg rezeki kat dia yg melimpah2.

    • Daripada dia terus-terusan memanggap diri masih yatim piatu, baik dia fikirkan tentang bagaimana dia nak mempertahankan rumahtangganya & memperjuangkan nasib anak-anak yang masih kecil. Saya perempuan, dia perempuan. Dia tak ada parents & saya pun tak ada parents. Saya faham apa yang dia rasa. Wanita dewasa kalau terus terusan mahu menggaggap dirinya masih yatim piatu, dia akan terus berasa lemah & hilang punca.

  4. Jd klu la dr kecil lg ditinggal ayah dan ibu,, apa ianya tak blh berkawin, apa hina sangat ke…? Anak yatim piatu ni…. Mudah2 cek diberi kesabaran, dan tabah menjlni dugaan hidup ni

  5. Sis, pegila travel, sibukkan diri sendiri dgn perkara yg sis nak buat sebelum sis kahwin. Doa banyak2. Saya doakan sis dapat orang yg soleh dan menerima sis seadanya. Manalah tahu sepanjang perjalanan sis menerokai dunia luar sis berjumpa dgn orang yg baik dan menghargai. Allah kan ada. Dia maha mengetahui setiap sesuatu perkara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *