Bila saya terbaca post suami dari syurga. Perkara pertama yang saya terfikir ialah mengenai lelaki yang saya tengah kenal sekarang. :D
Kami berkenalan secara tiba2 di laman sosial disebabkan salah faham hal tertentu. Bukan tujuan nak mengorat ke apa. Saya pula tersangatlah garang dengan lelaki yang saya x kenal. Jadi, si dia tersangatlah tertarik dengan character sy yg garang dgn lelaki & terus cakap yang dia suka kt sy dan ingin berkenalan & masuk meminang sy.
Saya mulanya terkejut dan cakap, apasal dia ni?. Terus unfriend di laman sosial & balik cerita pd mak sy. Eh, tiba2 mak sy pulak sporting ckp kenal la dia. Garu kepala sy. Haha.
Then, nak dijadikan cerita. Lps sy dh unfriend dia. Dia dtg balik. Okay, kwn2 kjp. Pastu, sy unfriend balik sbb x suka. Last2 dtg balik. Haha. Rasa mcm kelakar pun ada.
Tp, last2 nk dijadikan cerita, tiba2 satu hari tu selepas sy mendengar tazkirah kt tempat lain, hati saya tiba2 berubah dan betul2 yakin dengan dia. Then, kami berkawan baik dan x sampai 2 bulan kenal dia jumpa mak ayah & keluarga saya secara unofficial untuk kenal2 dengan family sy.
Sepanjang sy kenal dgn dia, sy cakap sy x pandai masak, sebenarnya sy pandai je masak. Hehe. Dia kata xpe, dia boleh masak, & suka masak. Lagipun dia kata tu tanggungjawab suami nak sediakan makan minum. Hehe.
Pastu, sy ckp, sy ni x suka lipat kain, basuh baju bolehla. Dia kata x apa, nnti dia lipat kain. Sbb bagi dia sekarang pun dia sangat suka kemas rumah. Rumah dia sekarang pun setiap minggu dia mopkan lantai. Haha. Okay.
Then, saya cakap nnti ada anak2, jangan serahkan sy je yang jaga anak2. Pastu, dia cakap dia nak jaga anak2 dia. Jangan risau dia uruskan anak2. Even, time sy berpantang & mengandung pun, dia nak jaga sy betul2. Nak rasa pengalaman jaga isteri sendiri berpantang. Barutkan perut semua. Nak amik cuti time sy berpantang.
Pastu sy ckp soal nafkah, saya cakap yg mak saya risau takut2 nanti sy yg akan keluar duit lebih dari dia untuk belanja harian. Sbb dia skrg kerja dgn gov hanya dgn sijil spm je. Dan dlm proses nk start sambung belajar tahun ni. So, sy bila dh graduate nnti, takut gaji sy lg tinggi dari dia. Mak sy takut dia x jaga sy dgn baik. Haha. Padahal dia nanti lps dh habis belajar terus upgrade jawatan kpd pegawai. Sy ni entah tak sure lg dpt keje ke x? Mmg sy pemegang biasiswa jpa. Tp, dlm keadaan skrg ni. Entahla, x terjamin lg dpt keje gov ke tak kan? Hehe.
Dia cakap jangan risau soal duit, dia kata tu adalah tangungjawab suami utk sediakan semuanya. Lagipun, duit tu boleh dicari. Sebenarnya sekarang pun dia ada buat 2 kerja di samping kerja gov tu, dia ada buat bisnes kt luar. So, insyaAllah dia yakin dia mampu jaga saya dengan baik.
Dia cakap dia tak tahu kenapa walau baru 2 kali jumpa saya, hati dia tersangat sayang kt saya. Dan dia pun tak faham kenapa sbb sebelum ni dia x pernah macam ni. Bagi dia, dia tak nak saya susah, dan dia nak jaga saya sebaik mungkin. Tak nak bagi sy penat jaga anak2, tak nak bagi sy penat masak untuk dia, tak nak bagi sy penat kemas rumah. Sbb dia kata kesiankan perempuan zaman sekarang, lelaki suka nk lepas tangan, x jaga isteri betul2 dgn baik. Biar isteri dgn anak2, suruh masak lagi, kemas rmh lagi. Sedangkan dlm islam tu semua tangungjawab suami.
Sy tanya dia, dia x nak poligami ke? Cthnya nanti dia dh kaya raya, sbb sy yakin yg dia boleh kaya dgn bisnes dia. Hehe. Dia tak nak kawen lain ke? Dia jaga isteri baik2 semua, mampu bagi nafkah, it's okay utk kawin lain. Dia kata dia x reti nk bahagikan kasih sayang dia. Sbb dia jenis yang setia. Even, baju yg dia pakai pun kalau yg tu yg dia suka, dia suka yang tu je. Dia kata dia x boleh lukakan hati saya. Cthnya, dia dgn isteri yg kedua. Dia akan fikir isteri pertama dia mcm mana. Mesti tgh sedih dan dia x boleh terima semua tu. Lagi satu, mak ayah dia bahagia hingga ke tua. Dia nak jadi macam mak ayah dia.
Dia kata dia asal orang susah, adik beradik ramai. Sbb tu dia terpaksa berhenti belajar engineering dulu dan join spa utk keje dgn gov. Dia fikir at least dia x susahkan org. Dpt tempat kerja dulu. Dpt duit, dan dia akn sambung bljr untuk upgrade jawatan dia kpd pegawai. Prestasi kerja dia pun 85% ke atas utk membolehkan dia upgrade jawatan dgn belajar tu. Dia dh biasa hidup susah dan tak sama mcm sy hidup senang dari kecil, dan rezeki sy dpt belajar tinggi2 dgn mudah. Dia selalu bg nasihat kt sy belajar rajin2 dan ingatlah peluang yg kita dpt tu x sama dgn nasib org lain kt luar. Even, dia galakkan saya sambung bljr sampai master, phd sekalipun. Huhu.
Dia kata dia x tahu kenapa dia boleh sayangkan sy, walau hanya jumpa 2 kali shj (Bersama kawan2 sy, satu lg bersama family sy). Dia boleh suka pd sy disebabkan sikap saya yg tegas dgn lelaki. Disebabkan semangat sy yg kuat. Walaupun x tahu rupa sy yg sbenarnya pun dari mula. Dia sebelum jumpa mak ayah sy, dia buat istikharah betul2 utk dptkan kepastian, sbb dia x nak dia x yakin dan jumpa family org. Dan dia yakin dgn sy hasil istikharah dia. Dia rasa yg saya dtg sebenarnya dari Allah. Sbb kami kenal x seperti kisah org biasa. Sangat x logik. Tp, boleh sampai tahap dah jumpa mak ayah sy walau x sampai 2 bln kenal. Huhu.
Sy skrg dah masuk 4 bulan kenal dgn dia, dia nk dtg rumah sy utk bincangkan lebih lg dgn mak ayah sy ttg kita. Tp, skrg sy nk just nakkan kepastian yg mak sy boleh terima dia seadanya x? Sbb mulanya mak saya suka kt dia time jumpa hari tu, sbb dia baik. Tp, lama2 mak sy risau dgn taraf pendidikan kami yg berbeza. Huhu. Tp, sy lupa nk explain kt mak sy ttg dia nk sambung bljr & akn upgrade jwtn dia tu. Nnti lps final exam habis, sy cite kt mak sy.
Sy rasa walau dia orang biasa2, tp, cara dia beramal dgn ilmu dia tersangatlah jauh dgn org lain yg byk ilmu tp, x beramal betul2. Setiap apa ilmu yg dia tahu dia beramal dgnnya. Cara dia fikir pun jauh ke depan. Setiap perancangan hidup dia, dia tulis spy dia dapat lihat target & azam dia tu akan tercapai. Dia nasihatkan sy spy jaga iman dlm hati. Mantapkan iman jauhi dari penyakit2 hati spy hidup akan lebih tenang kerana kita yakin ada Allah.
That's all kisah kami. Doakan sy berjaya. Dan apa komen korang, korang rase? Dia ok x? TQ.
– Sis Cuba