Aku merupakan seorang ahli persatuan X. Persatuan ni persatuan kecil –kecil je.Yang join semua kawan-kawan untuk kuatkan bonding lepas balik dari program outbound .Kami ada sedikit duit dari beberapa aktiviti fundraising yang kami buat. Kami jual kerepek and all. Lepas tu, dalam persatuan kami ni ada sorang budak lelaki yang memang excited gila dengan persatuan ni.Dia ni kawan-kawan kitorang jugak. Untuk nak buat fundraising and untuk tambah lagi duit, kebetulan budak ni nak pergi Bandung. So, kami ni ada kirim duit sebanyak sekian sekian untuk dia beli barang-barang kat sana. Kami dah deal dengan student university kat sana yang juga kawan kitorang kat sana. Tahu –tahu je duit tu tak sampai ke tangan budak yang sepatutnya tu untuk beli barang-barang tu . Dia bagi alasan dia dah sedekah duit tu kat student-student kat sana sebab student-student kat sana ada banyak masalah. Masa tu kecoh lah satu persatuan, apadehal main sedekah-sedekah duit orang ramai tak tentu pasal je. And then bila dia balik dari Indonesia, kami siasat pasal aliran duit tu. Ke mana dia pergi. Kami tanya setiap orang student yang kami kenal yang juga kawan-kawan kami di sana. Rupanya duit tu tak ada pada diorang. Memang kitorang dah start fikir negative pasal dia, tapi kitorang cuba baik sangka and tak tuduh-tuduh. Kitorang panggil dia meeting sebab kitorang pun risau yang students kat sana yang nak kenakan dia, atau dia ada apa –apa masalah masa kat sana. Tapi sayang, lebih dari dua kali kami ajak dia meeting, dia tak datang. Dia left semua group whatsapp yang kami buat. Padahal niat kami bukan nak hentam dia, tapi nak ajak dia berbincang. Padahal dia tu kawan-kawan kitorang je. Kalau dia betul-betul berani nak jumpa kitorang and ikhlas untuk explain betul-betul pasal duit tu, kami terbuka untuk maafkan and lupakan . Dia bagi macam-macam alasan untuk tak nak datang meeting. Antaranya tak nak tengok muka salah seorang ahli persatuan yang dah kutuk dia kat Twitter. Kami cuba mengalah, kami plan untuk buat meeting dengan dia tanpa budak yang kutuk dia kat Twitter tu. Tapi dia tak datang juga. At last, sorang dari kami pun whatsapp semua screenshot whatsapp dengan students kat sana yang cakap duit tu takde pada diorang, terkejut and malu lah dia. Dia pun minta maaf and cakap sebenarnya duit dia hilang RM150 masa kat sana. Yang lain-lain , dia tak explain. Minta maaf benda besar macam ni dalam whatsapp? Aku tak percaya, entah betul ke tak dia ni. Then, beberapa minggu lepas dia ganti RM300. Dia cakap duit dia hilang masa kat sana RM150, tapi duit yang dah disonglap RM400 lebih and dia ganti RM300. RM400 lebih tu termasuk duit duit lain yang ada dalam persatuan. Kami minta explaination betul betul, whatsapp tak balas. Then aku tahu, dia dah unfriend beberapa orang dalam persatuan. Aku tak nak cakap apa , nak pesan kalau-kalau dia baca ke kat sini.Jangan jadi KimK sangat. Status facebook dia, semua nak minta simpati, orang fitnah dia ah apa lah. Please, have a mirror.Siapa yang aniaya siapa. Kau patut bersyukur, apa yang kau dah buat ni kawan-kawan kau tak pernah nak cerita kat orang luar. Kalau ikut apa yang kau dah buat, report SPRM pun boleh. Kami sedar kau tu orang yang ramai orang kenal so, kami cuba juga nak jaga air muka kau. Kalau kau rasa kau betul betul salah,kau yang patutnya humbly buat perjumpaan dengan kawan-kawan kau, pergi minta maaf and explain betul-betul pasal duit tu. Orang bukan je geram sebab kau dah rosakkan plan dalam persatuan and ambil duit persatuan,tapi orang lagi geram and sakit hati sebab kau tak bertanggungjawab dengan apa yang kau dah buat and cover diri sendiri dengan drama sedih kau. Sedih orang kutuk belakang kau lah apa lah. Aku harap kalau kau baca ni, kau malu dengan apa yang kau dah buat . Semoga jadi pengajaran untuk semua
– L