Assalamualaikum. Thanks admin post. And thanks to all the readers yang gunakan masa korang untuk aku. I just need some advice.
Since, aku ada terbaca pasal post hati mati. Tapi aku bukan kawan confessor tu lah. Sebab aku tak pernah cerita dengan sesiapa. Aku diamkan je. Kadang2 aku pelik dengan diri aku. Aku suka sangat bantu kawan 2 yang ada masalah dalaman tapi sampai aku? Entahla.
Aku selalu dipandang tinggi oleh kawan2. Means , mulia. Dia orang selalu kata aku hebat. Sebab aku but kerja dakwah. Ikut Tarbiyah. Tapi setiap kali diaorang kata gitu. Aku nak menangis. Aku benci diri aku. Aku tak suka diri aku. Aku rasa aku ni munafik giler. Astaghfirullah. Tapi, itu yang aku rasa. Aku rasa marah dengan diri aku.
Aku ada baca comment kat post hati mati. Korang tau, aku dah buat semua tu. Dah buat. Tapi aku masih rasa kosong. Aku selalu cakap dengan mak aku. Mak, along rasa kosong. Mak aku mesti akan balas, kuatkan pergantungan dengan Allah. Tapi, aku dapat rasa hati aku seolah menolaknya. Terbukti dengan perbuatan aku.
Aku bukan nak buka aib, tapi aku malu nak cerita dengan kawan2 aku. Sebab tu aku confess dekat sini.
Itu tak cerita lagi aku tinggal solat. Tapi takda la selalu. Dalam sebulan ada dua tiga kali. Tapi bukan la setiap bulan. Tak cerita lagi aku dah mula jarang mengaji. Hati aku macam taknak mengaji. Tapi aku akan cuba paksa. Satu muka surat. Kalau aku memang malas giler nak mengaji. Aku akan bawa al-qur'an tidur . aku akan dakap dia. Aku seolah dapat merasa al-qur'a dandan hati aku menangis.
Bila aku dah mula kurang beribadah, datangla penyakit lama aku. Aku jadi mudah tengok porno. Aku masturbate. Aku stalk crush2 aku. Cuba korang bayangkan, kalau aku bagi tau ni dekat mak aku. Dekat kawan2 aku. Aku bersyukur Allah masih tutup aib aku sedangkan aku pendosa tegar. Layak ke neraka.
Hati aku menolak supaya jangan buat dosa2 tu tapi dalam menolak, ianya seolah membenarkan.
Aku sekarang dah jarang qiam. Dulu mudah sangat. Sekarang? Macam2 alasan. Aku banyak tidur. Bila tengok buku agama2 kat rumah, aku rasa loya.
Haritu aku dapat mesej kawan aku minta doakan dia. Dia nak berubah jadi baik macam aku. Aku sedih. Aku rasa aku malu. Aku hipokrit. Kawan, aku ni pendosa.
Itu belum lagi kalau aku marah. Kalau aku marah, korang akan terkejut. Adik2 aku takut tengok aku. Aku sangat susah nak mencarut tapi kalau aku naik hangin, buruk kata2 aku. Tidal kelihatan iman dihati.
Waktu aku tulis ni, aku rasa sedih. Tapi tak menangis. Aku pun dah susah nak menagis. Kalau dulu senang je. Sekarang? Hati aku kering. Aku kesian dekat mak dan ayah. Aku harapan mereka untuk bawa2 adik2. Aku kesian dekat adik2 sebab diaorang takda role model yang baik.
Aku hanya mampu cakap, aku rindu Allah. Aku rindu Rasullulah. Aku rindu tapi, siapa yang berada ditempat aku dia akan faham. Maafkan aku kalau aku ada salah cakap. To long aku. To long aku kembali ke syurga Allah.
Sekian dari si pendosa jijik,
Aku.
– Aku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Cuba keluar 3 hari en Aku.
Pergi la iktikaf kat masjid. Selama yg boleh. Jngan bawa phone ke apa. Make sure bagitahu mak dulu sebelum nak keluar. Dalam tempoh iktikaf tu try muhasabah diri. Paksa diri buat ibadah semua. Serious, nak mulakan sesuatu yg baik memang kena paksa diri. Buat walaupun tak ikhlas. Pastu janji dengan diri sendiri. Taknak buat dosa maksiat. Jangan janji terus buang semua. Slow down sikit2. Kalau tergelincir tu adatlah. Taubat sebenar benar taubat. Tepati janji. Kalau janji dengan diri sendiri pun tkleh tepati apatah lagi janji dgn yg lain. Atleast penuhi janji diri sendiri. Try tgk video Jangan Menangis by Dr Maza kat youtube. Hayati dan fahami. Selamat berubah menuju JannahNya.
bila dah kawin..ada anak nnt ngkau akan mula kejar syurga..
Myb try cek diri balik..myb ada terselit rasa takbur dlm diri dalam amal ibadah..kne tgk sekecil2 perkara..
Cntohny kalau kita slalu g masjid solat jemaah tp kawan or fmly kita hny solat dirumah ada terlintas tak kita rasa mrk tu kurang bagus dan patut ikut kita ke masjid. Cntoh dalam solat kita rapatkn saf smpai sentuh bahu..tp makmum sblh xselesa dan jarakkan saf tu sikit..kalau terdetik kat hati kita org tu xbagus kne cepat2 buang prasaan tu..bnde ni halus bila kita dh buat amal syaitan akan cuba rosakkan niat kita dan tnpa sedar kita rasa kita takbur n lebih baik dari org lain.. Ada 1 kata2 or pesanan or hadith ak xigt lebih kurang begini..meninggalkan tahajjud adalah lebih baik dari melakukan tahajjud tapi merasa bangga dengan tahajjud sepanjang hari tsebut.. Kalau salah mnta betulkan..semoga menjadi manfaat bersama
Cuba minum banyak2 air zam2.
Pergi merantau…keluar dr zon gelap..xperlu jauh2…g pantai,tasik,hutan, dan muhasabah diri…sgala knikmatan hr ni, Allah yg bagi…dan bila2 nikmat tu akan ditarik…smoga tetap kuat dan jmpa jalan pulang….stiap org ada kisahnya masing2…paksa diri, kena kuat! Semoga Allah mdhkan urusan kamu.
Laki ke pompan ni?
Apa mak awk ckp tu sgt betul. Lepas tu awk kena paksa diri.wajib! Daripada situ awk akan terbiasa nanti. Siapa x pernah melalui zaman kejahilan. Sampai suatu masa, u will reach that point when there is only Allah who u can depend on. Kenang dosa, tp bkn suatu yg sng, it needs a lot of effort. Apa2 pn, only u who can change urself, not anyone else.
Aku dulu macam kau lah. Rasa macam sakit mental pun ada, setiap malam nangis, mata bengkak pastu rasa kosong. Semua aku nak buat, aku tak minat. Mengamuk tak pasal pasal. Aku cerita kat orang, orang boleh dengar tapi nak rasaaaa.. Kau jelah rasa sakit macam mana. Aku luah kat ustazah sebab aku tak pandai nak cerita dekat orang even parents, dia ada bagi ayat tapi lupa dah sebab lama sangat aku layan benda tu. Tapi sekarang, alhamdullilah aku boleh kawal rasa tu. Lama juga aku jadi macam ‘orang gila’. Tapi itu lah, Allah nak tunjuk sesuatu. Sepanjang proses tu, aku banyak meluah pada Tuhan berbanding manusia dan masa tu aku banyak menulis atas kertas apa aku rasa semua lepastu menangis. Aku solat pun menangis, baca Al-Quran menangis, dengar ceramah menangis. Ujian kita tak sama, mungkin ni ujian kau untuk lebih dekat dengan dia mungkin? Alhamdullilah, aku lebih baik berbanding dulu bila aku teringat balik. Kadang-kadang aku rindu masa tu, bila pergantungan aku pada Tuhan sepenuhnya yelah sebab masa tu kau rasa Dia je boleh tolong. Pesan aku, jangan tinggal al-quran yang kau dakap selalu. Dari dulu sampai sekarang hati aku terusik dengan surah Ar-Rahmaan dan ayat terakhir surah Al-Fajr, tak tahu nape. Mungkin berkaitan? Solat, kalau boleh hayati bacaannya. Kau faham maksud dulu pun takpelahh. Sebab lama lama kau akan ‘rasa’ jugak. Ceritalah dengan Tuhan macam kau cerita sekarang. Tuhan dengar tu, Dia tahu kau rasa. Kalau boleh, banyakkanlah di masjid atau pun pergi jalan jalan tengok alam ke, kau tengok ciptaan Tuhan. Kau akan kagum dengan sendiri dan mana tahu boleh heal diri kau. Aku doakan kau akan okay. Inshaallah.