Hi semua. This may be my first and last confession.
Harap semua dapat ambil secebis iktibar dari confession saya yang hina dan doakan juga supaya saya dapat ikhlaskan masa lalu saya supaya saya boleh terus maju ke hadapan.
Please bear in mind, this is about my past.
Throwback to 2006, the start of my darkest years of life, me, a 10 y/o primary school kid, the one and only child of my mom and dad, the beloved one.
One afternoon, macam biasa sementara menunggu untuk sesi sekolah agama, saya akan tumpang bermain di rumah kawan saya sekaligus bersiap untuk ke sekolah agama.
Ya, kami berjiran sebenarnya tapi disebabkan ibu selalu terlepas pandang untuk meninggalkan kunci, jadi saya menumpang rumah beliau.
Tapi entah apa yang merasuk saya dan kawan sepermainan lelaki saya, hari itu saya merelakan diri saya disentuh. Buat beberapa kali, sehinggalah saya berada di darjah enam.
Geli. Betul. Saya pun geli dengan diri saya sendiri. Jijik.
Entah, mahu diceritakan tapi masih belum mampu menceritakan detik detik tersebut secara terperinci. Saya hanya cuma membenci diri saya yang waktu itu hanyalah 10 tahun.
Fast forward, saya benci dia. Mendengar namanya sahaja buat saya menggigil dan ketakutan.
Jadi saya meneruskan kehidupan saya, saya sorokkan diri saya di rumah. Saya kurangkan bersosial bersama kawan kawan yang lain. Dan masih mencuba untuk melupakan segalanya.
Sehingga saya masuk tingkatan 4, dimana saya betul betul jatuh cinta.
Ya, cinta monyet sahaja tapi kesannya hingga sekarang.
Dia yang awalnya menjaga kehormatan saya, akhirnya tewas juga hasil bisikan nakal naluri seorang lelaki.
Sekali lagi, saya membenarkan seorang lelaki, menjatah tubuh saya. Saya digunakan beliau untuk melempiaskan nafsu lelakinya, sehingga saya ke tingkatan 5. Saya diraba, lagi.
Segar dalam ingatan, waktu membersihkan badan, saya akan menyental seluruh tubuh yang disentuh dengan harapan segala rasa dan memori yang dilalui dapat dibuang mengikut air-air yang jatuh dari badan saya. Saya jijik.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, luka saya, saya cuba untuk sorokkan.
Saya tutup pintu pintu hati saya untuk semua lelaki yang hadir. Saya takut saya diperlakukan sama seperti masa lalu saya.
Tapi malang tidak berbau, sekali lagi saya termasuk diperangkap bisikan syaitan.
Saya menyambung pelajaran di salah satu universiti awam dalam negara.
Tiga tahun berlalu, saya di akhir semester, saya mengambil keputusan untuk bekerja sambilan di kafe kolej kami dan berkenalan dengan seorang lelaki.
Hati yang tertutup utuh, terus runtuh. Saya terulit dengan kejahatan yang ditutup dengan kebaikan.
Kami terlanjur. Untuk beberapa kali.
Dan seperti biasa, saya ditinggalkan.
Benar, sehingga ke saat ini, saya masih tidak menerima tingkah buruk saya. Saya benci diri saya, saya benci beliau. Sekali lagi, masa lalu saya menghantui saya.
Setiap hari, setiap waktu saya bernafas, saya mendoakan kesejahteraan saya, tapi kesengsaraan buat mereka.
Tetapi sayang beribu kali sayang, saya hanya dilihatkan dengan kebahagiaan mereka. Seorang demi seorang, mencapai tangga bahagia mereka.
Ya, mereka sudah berkahwin. Dan saya, masih mencuba untuk melangkah. Walau akhirnya, saya tahu saya masih kalah.
Disini saya mula mempersoalkan, dimanakah keadilan dari Tuhan yang orang-orang war-warkan?
Jadi, adakah kesengsaraan saya akan dibalas? Atau sebenarnya itu hanyalah manisan kata untuk kita terus berjalan?
Saya bukan malaikat untuk berlapang dada dengan masa lalu saya. Saya hanya manusia normal yang hanya ingin hidup bebas dari segala permasalahan.
Hipokrit kalau saya kata saya taknak tengok mereka menderita macam saya.
Kerana, saya juga mahu bahagia.
Sept 2023,
– M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit