Salaam ‘alaykum pembaca,
Aku Muhammad, dari Kuala Lumpur. Tajuk pengakuan aku berdasarkan confession Rafiq, kalau kalian ingat lagi, tentang neneknya (semoga Allaah mengampunkannya dan merahmatinya) yang menghidapi Alzheimers. Aku dan Rafiq banyak persamaan, kami cucu sulung lelaki, nenek kami sayang yang teramat dan nenek kami pun pelupa. Cuma, aku tidak memanggilnya dengan gelaran ‘Mak’, cukup dengan nenek tetapi kami memang rapat. Nenek aku pun macam nenek Rafiq, solat tak tinggal, mengaji. Walaupun nenek aku tinggal di seberang tambak. Mak aku berkahwin dengan ayah aku, kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur. Kadangkala kami akan pulang ke Singapura untuk melawat nenek yang menetap bersama makcikku.
Sejak kecil lagi, aku memang kesayangan nenek. Orang cakap apa pun pasal aku, nenek tetap akan menyebelahi aku. Namun, aku tidaklah menjadi terlebih manja. Semasa aku kecil, nenek bekerja bersama Penerbangan Singapura sebagai krew pembersih kapal, dan almaklumlah, apabila bekerja sebegini, dapatlah freebies dari kapalterbang. Nenek aku tidak lupa untuk simpankan dan aku treasure benda tu, walaupun masa kecil, bag Cathay Pacific ke, colour pencils ke, apa sahaja, aku bawak ke mana-mana. Apabila aku bercuti di sana, aku tidur sebilik bersama nenek dan atok, nenek akan bercerita sampai ke larut malam ataupun dodoikan aku. Kalau nenek dan atok cuti, berjalan lah kami, dari makan dekat Geylang Serai, nenek tahu betul kedai nasi ayam mana yang aku suka, baju seluar tidur mana yang aku suka dekat kedai nyonya tu dan sampai la dia sanggup berhabis di Toys R Us untuk kami adik-beradik semata-mata dapat voucher Swensen’s dan teman kami makan ice cream padahal dia tak layan pun benda-benda western. Memang kami dimanjakan, sampai mak pun tegur nenek takut kami naik kepala. Kalau dekat rumah, memang akan jumpa benda yang nenek bagi.
Mungkin ada orang, apabila ke remaja, jadi kurang rapat dengan nenek. Bagi aku, aku jadi lagi clingy. Ingat lagi zaman aku rebel dan rabak nak gila, aku stress stress pun aku akan call nenek, sebab bagi aku time tu, nenek je faham. Walaupun nenek takda master in psychology, walaupun nenek aku tak pergi seminar mental health, nenek je yang reti tenangkan aku apabila aku call nangis nangis, Tak kisahlah, gaduh dengan mak ayah ke, stress dengan keadaan sekeliling ke, nenek jugak aku call. Nenek selalu cakap “sabar ya nak”. Apa apa pun aku mengadu, itu jugak dia cakap. Biasalah, zaman budak budak baru nak up, acah nak lari rumah. Tetapi, apa nasihat nenek aku? “Apa-apa pun jadi, *sebut nama aku* jangan keluar rumah. Takda orang yang layan kita lagi baik dari mak ayah kita.” Sampai sekarang aku pegang kata-kata ni, dan betul. Nenek memang seorang yang neutral, dia tak pernah pengaruh aku untuk rebel, contohnya kalau aku gaduh dengan mak, dia akan cakap yang mak kalau call dia, akan cakap elok elok je pasal aku.
Aku belajar mengadu dekat nenek aku pun daripada mak aku. Dari kecil la, aku tengok, kalau ayah aku pergi luar negara, nenek aku jugak teman mak aku dekat telefon. Macam-macam cerita,
Sampai sekarang aku memang rapat dengan nenek. Apabila aku balik, nenek tak pernah cakap benda tak elok dekat aku, baik pasal muka aku yang tumbuh jerawat macam bertih jagung ke, badan aku gemuk ke, tengkuk hitam berlegam ke, rambut tak terurus ke, dia cakap baik-baik je. Aku ingat lagi Eid ul Fitr aku balik haritu, bukan main dia puji aku segak, pegang pipi aku cium. Nenek jugak, berhempas pulas, kalau tahu kami nak datang, masak macam-macam. Masa nenek aku dengar aku nak belajar di sana pun, nenek sampai sanggup nak bayarkan yuran aku. Tapi buat apa aku susahkan nenek yang tak kerja dah.
Aku pun tak tahu bila nenek start jadi pelupa. Mak aku cakap, mungkin lepas dia jatuh katil, dia kurang bergerak, jadi kurang keluar rumah dan jadi ‘confined’. Mungkin lepas dia berhenti kerja. Tapi bagi aku tak jugak, mungkin lepas dia sakit, tapi aku percaya, Allaah dah susun elok-elok. Cuma aku anggap benda ni antara yang paling susah nak terima. Aku takut betul bila nenek tanya banyak kali. Aku taklah marah, sebab aku tahu ni lumrah manusia. Apabila aku di Singapura, dia tanya jugak itu ini, cuti ke itu ke ini ke, aku jawab macam first time dia tanya. Aku takut dia lupa aku. Raya tahun ni jugak, dia tanya kenapa makcik aku cuti. Hari raya weh, 1 Aidilfitri, tak ke sayu. Bila aku baca confession Rafiq, aku nangis teruk dan time tu, nenek ada di KL. Hati meronta-ronta nak jumpa nenek tapi kena tunggu weekend sebab aku menetap di campus. Aku ingat lagi, apabila mak aku bawa nenek dan atuk, terbongkok-bongkok nenek keluar kereta nak tengok tempat belajar aku. Sedih jugak time tu, sebab nenek yang dulu, lincah turun naik bas dengan aku, pergi makan sama-sama, beli barang basah sama-sama. Takpala, Tuhan punya kerja, Dia yang Maha Mengetahui,
Disebabkan makcik aku baru melahirkan anak dan dia seorang wanita bekerja, dan suaminya dan atok pun kerja, makcik aku pun hire la maid untuk buat teman. Awal-awal dapat maid memang pendiam, tak banyak cakap dan buat apa yang disuruh, memang elok la, tapi orang tua kan, kalau tak ngam susah nak ngam. Masa di KL, macam mana entah boleh salah faham, bergaduh. Nak jadikan cerita, nenek aku muntah malam2, dan bibik tu bangun la jugak tengokkan. Dimarahnya bibik tu, menangis la jugak kak Santi. Tapi bibik ni tak berdendam. Bila aku datang, baru la dia ok sikit dan cakap lembut-lembut. Sedih betul aku tengok dia. Beberapa bulan lepas tu, bibik tu lari, tetapi secara baik, dia text makcik aku yang dia balik semasa nenek aku pergi mengaji. Mungkin dia serba salah. Kami sekeluarga takut nak tinggalkan nenek sorang2, takut hilang arah.
Pelupa dia memang menakutkan. Dari lupa hari raya, sampai la halusinasi yang kawan pakcik aku nak datang rumah. Padahal benda tu dah berbulan. Pernah sekali dia bergaduh dengan bibik, sebab dia suruh kemas tilam bilik makcik aku sebab dia dah pergi kerja, padahal tilam itu untuk baby. Dia lupa mungkin. Halusinasi, entahlah. Aku takut sendiri bila fikir pasal nenek. Tahun depan aku bakal ke universiti In shaa Allaah, dan lebih merumitkan, aku mungkin dihantar ke luar negara. Bukan aku taknak. Tapi memikirkan keadaan nenek, aku memang seram. Lepas baca confession Rafiq, kadang2 aku sasau sendiri, nangis sebab takut aku yang mati dulu dalam fikiran nenek. Entah siapa yang dia akan panggil aku nanti, Muzhaffar? Haiqal? Hanafi? Itu semua anak saudaranya yang umur sebaya ku. Baru-baru ni pun, dia selalu sebut sebut nama mak aku, rindu mungkin.
Bukan kami taknak bawak nenek dan atok duduk di KL, cuma atok masih bekerja dan taknak paksa dia berhenti. Mahu dia jadi seperti nenek, aku tak sanggup. Sebab atok suka melawak, spontan dan lincah ke sini sana. Dan nenek dan atok bukanlah sesuai duduk di sini. Mereka sangat teratur dan tak biasa dengan cara hidup di KL. Bukan la kami ni serabut, cuma lain cara. Namun aku selalu berharap hati mereka terbuka nak tinggal sekali. Dan aku tahu, raising a baby and taking care of two elderlies under the same roof are not easy. Alhamdulillaah makcik aku murah rezeki. Aku kasihankan mak aku, sebab dia selalu rasa bersalah for feeling not doing enough, sebab seawal umur 20an dah berhijrah. Takpa, kita usahakan ya, Ma. Mana la tahu nenek nak duduk dengan kita nanti. Nenek faham. Mama ada jugak teman mengaji nanti. Aku ingat dulu dulu, nenek selalu tegur aku ambil wudhu sampai dan betulkan bacaan tajwid aku, sampai bagi aku bookmark hukum tajwid. Tak lupa jugak time aku dijangkiti penyakit was-was, sabar Nenek nasihat aku. Dia peluk aku, dia pun nangis dengan keadaan aku time tu.
Aku rungsing betul sekarang, sebab aku tak tahu nak bercakap dengan siapa benda ni. Takkan nak jumpa psychiatrist. Aku nak dapatkan nasihat, macam mana nak deal with people having dementia. Aku tak tergamak tengok sesiapa hantar nenek ke rumah orang tua, naudhubillaah, aku taknak tengok. Aku sanggup jaga nenek. Aku dah start apply untuk uni intake tahun depan, dan hampir setiap kali aku uruskan application, aku ingat nenek. Sempat ke nenek tengok aku graduate, kalau nenek pergi dulu, aku sempat ke balik, imam kan solat janaza nenek, usung keranda nenek dan kebumikan nenek. Aku tak tahu macam mana nak handle breakdown. Ingat dulu nenek operate mata, jadi la lanun kejap nenek, itu pun aku dah takut. Ada tak sesiapa yang ada pengalaman bersama orang yang menghidapi dementia? Maaf aku bercerita panjang, semata mata nak tanya benda ni. I don’t appreciate sarcasm, tolong jangan comment lawak bodoh ataupun jawapan sinikal. Maaf aku selitkan di sini, aku baca jugak page ni dan aku nampak bila ada orang mengadu masalah, ada manusia yang reply macam la kau confirm tak kan jadi kat kau, Boleh je reply elok elok, kita kan ada adab. Kesian orang yang dalam kesusahan tu. Semoga kita semua dirahmati oleh Tuhan empunya Arash.
– Muhammad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit