Ku Sayangmu,Aurat !

Assalamualaikum & hello2 semua..

Di malam yg indah ni, rasa syok pulak nak cakap pasal aurat. Untuk muslimah yg cantek2 nie, untuk muslimin yg hensem2 ni..mesti korang tahu kan batasan aurat kita? Dari mana sampai mana. Mana harus tutup, mana perlu tunjuk.

Allah dah beri panduan sebaiknya. Terutamanya buat muslimah, Allah nak lindung kita dari mata2 jahat. Allah taknak kulit kita terbakar akibat terdedah. Allah nak angkat martabat kita jadi muslimah terhebat. Allah buat kita rasa istimewa hanya dengan menjaga aurat.

Dulu2, aku pun pernah jugak 'mendedah'. Means tak pakai stokin, pakai tudung jarang, baju tak tutup punggung. Rasa jahil pulak. Serius, waktu pakai macamtu pun aku rasa tak selamat. Rasa tak tenang. Sampaikan mak aku pernah tegur, "teringin nak tengok anak mak pakai stokin." Mak aku cakap lembut je tapi menusuk sampai ke limpa.haha.. Tapi waktu tu hati aku beku. Aku still jugak nak tayang kaki.

Allah teramat sayangkan aku. Lalu, Allah tempatkan aku di suatu tempat yang tarbiahnya sangat tinggi. Di sana, aku mengenal tudung labuh. Di sana juga aku mengenal jubah. Di sana aku belajar menutup aurat. Buat pertama kalinya aku menangis. Menangis kerana aku terasa betapa indahnya berpakaian begitu. Aku rasa selamat sangat. Ketenangan yang aku cari selama ni telah aku jumpa. Rupanya, dengan mentaati perintah Allah semuanya kita akan gapai.

Bila keluar rumah, rasa tak selamat sangat kalau tak pakai stokin. Rasa macam ada mata yang curi-curi pandang. Dan paling best, bila berpakaian menutup aurat..takde lelaki yg berani siul2 manja.takde lelaki berani usik. Paling berani pun dorang akan bagi salam je. Berbeza sangat waktu aku 'mendedah' dulu. Lelaki juga berani mendekat. Lelaki berani bersiul mengorat.

Benarlah seperti firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah Maha pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Rupanya Allah dah mention, dengan menutup aurat kita akan dikenal sebagai perempuan yang baik2. Nampak tak betapa Allah itu menyanjung wanita? Allah suruh dengan bersebab. Bukan untuk mengongkong. Allah bagi kita rasa special sangat. Allah tahu bagaimana mata lelaki berfungsi bila kita mendedah. So, dengan menutup aurat insyaAllah secara automatiknya lelaki juga akan menunduk.

So, jom sama2 kita perlihara aurat kita. Biar kita nampak hebat di mata Allah. Maaf andaikata confession aku ni mendatangkan rasa tak senang buat kaum wanita khususnya. Honestly, aku menulis sebab aku sayangkan korang. Aku nak kita sama2 lepak kat syurga. insyaAllah mudah-mudahan cinta Allah sentiasa untuk kita.

Syukran admin ^_^

– -Ukhti Biasa-

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *