Kuasa Allah

Sebelum tu, korang boleh panggil aku Maya. Masuk tahun 2016 umur aku masih sweet 20. Muda lagi. Tapi sayang nya hidup aku tak semanis itu

Masa di sekolah rendah. Aku seorang nakal, tidak cantik dan tidak pandai. Biarpun begitu Alhamdulillah aku masih mempunyai akhlak yang disenangi orang sekeliling. Ramai rakan. Boypren pun ada sekor dua. Cikgu2 suka aku. Tapi kadang2 diorang geram jugak. Sebab aku terlalu b****h math. Sifir tak hafal. Basik kelaut.

Masa tu lagi beberapa bulan nak UPSR. Kesedaran datang last minit. Aku mula studi hard and berdoa sungguh2. Aku tak minta 5A. Aku cuma mintak math A. Sebab penat dianggap b****h.

Alhamdulillah. Result keluar dpt 3A2B. Guess what. Semua terkejut beruk. Math aku A. Selama ni nak cecah B pun susah. Selalu D or fail. Klau korang nak tahu, disbbkn result UPSR yg tak seberapa tu lah for the 1st time, aku tngok parent aku tersenyum bangga. Start dr tu, aku sedar the Power of du'a and azam nak belajar sungguh2 supaya brjaya.

Masa PMR, aku dipaksa oleh parent utk ambil arab. Total subjek 9. Masa tu sekolah harian. Bagi aku 9 sbjek is too much utk budak tk pndai mcm aku ni. Tp sebab dipaksa. Aku nekad. Masa tu sama kes UPSR. Belajar main2 last minit dtg kesedaran. Last minit aku doa Allah tolong bagi aku result gempak supaya dpt masuk sekolah agama and sambung arab. Masa tu hati suci. Niat utk agama. Target smkajb. Igt senang ke nak masuk situ. Alhamdulillah aku dapat 9A. Lg sekali aku rasa Allah dgr doa aku n syg aku sgt2

Nanti dlu belum klimaks lg. Lepas PMR aku diterima masuk sekolah agama yg sgt disegani. Dimana ibadah dan amalan sgt dijaga. Rules sgt ketat. Sebab itu kot aku berubah jd baik. Aku belajar betul2. Masa SPM aku struggle dr awal form4. Kali ni sbb rasa dri dh ckup effort, aku demand skit. Minta Allah straight A dlm SPM. Minta betul2 ni. Solat hajat tak tinggal. Puasa sunat tk lepas. Guess what. Aku dpt smua A tapi tercicir satu B. Masa tu aku sedih juga. Tapi sebab parent aku gembira sgt. Aku pun jdi gembira. Dicanang nya result aku satu kampung. Semua kata aku pandai giler. Bangga beb

Klimaks nya. Aku tersalah membuat pilihan masuk u. Aku masuk u yg hanya Allah mengetahui betapa teruk nya management dia. Beribu2 duit habis sbb ditipu. Allah maha berkuasa. Pembelajaran aku terganggu sekerat jalan. Now, aku rasa lost sgt. Tak tahu nak belajar mana and how? Aku yang dulu dibanggakan parent sekarang cuma duduk dirumah brkain batik. Hutang byk beb

Tipu klau aku tk tanya tuhan. Kenapa hidup berubah 360 drjah. Dlu Allah tolong kenapa sekarang Allah tk tlong. Tipu klau aku tk usaha. Byk uni yg aku merayu utk terima aku. Mengemis beb. Tapi hampa. Tipu klau aku tk sedih. Berapa kali terdetik nak bunuh diri. Tapi aku fikir agama. Rasa fed up dia kalau hari ni aku solat hajat solat taubat. Esok aku stop tak buat. Sebab perit dia aku rasa lonely sgt. Masa tu aku dh dpt rasa Allah dah tinggalkan aku. Lagi lah sedih.

Satu hari tu. Aku teringat, dulu time SPM kalau aku down, aku akan minta Allah petunjuk. Aku pegang alquran. Baca bismillah dan ayat first yang aku baca lepas aku buka alquran itu lah yg akan jd petunjuk. Time aku nak buat tu aku tak yakin. Nak ke Allah bagi aku petunjuk. Allah nak ke tolong aku lgi kali ni. Tapi sebab dah down sgt. Aku amek alquran. Bismillah dan aku buka. Aku terbaca

"… Tetapi byk (manusia) yg pantas mendapatkan azab. Barangsiapa dihinakan Allah, tidak seorang pun yg akan memuliakannya. Sungguh, Allah berbuat apa sahaja yang Dia kehendaki" (Alhajj, ayat 18)

Zappp. Ayat pasal azab beb. Sentap gilee. Aku cepat2 ttup alquran and aku cakap see tuhan tak tolong aku pun. Tuhan dh tk bg aku jwpan mcm sbelum ni. Aku nangis lagi. Takkan lh tuhan nak azab aku. Tuhan bukan sekejam tu pun. Aku denied masa tu

Dipendekkan cerita, satu hari tgh feeling2 lyn lgu sedih kt youtube. Auto play kn. Tetibe terplay satu ceramah. Zina Penghapus Rezeki. Sejam gak aku habiskn masa dgr. Kesimpulannya

Kita jangan keliru antara azab dan ujian. Ujian ni utk org beriman, tujuannya supaya iman meningkat dan lebih tabah. Ujian juga tanda Allah syg kn kita. Azab pula balasan dr dosa yg kita buat.

"Ustaz, macam mana nak bezakan azab atau ujian?"

Ada 10 senarai dosa-dosa besar. (Boleh search gugel). Check satu2. Klau ada antra 10 tu kita pernah buat. Maka kesusahan yg kita terima adalah krana azab. Wajib bertaubat. Kalau dh check 10 tu memang kita tk pernah buat. Tk pernah tinggal solat. Tk pernah mmbunuh. Tk pernah berzina. Maka itu adalah ujian. Cara nya sabar dan dekatkan diri dgn tuhan. Ujian ni biasa nya sekejap je. Kalau rasa dah bertahun hidup tapi rezeki susah nk msuk. Kerja tk dpt2. Jodoh tk smpai2. Maka check lah smula. Kemungkinan ia azab

Kisah aku. Doakan aku diampuni Allah atas segala dosa2 yang aku pernah aku lalukan. Aku memang tidak pernah berzina. Tapi aku sudah menghampiri zina.

Nasihat aku, tak semua terima azab didunia. Ada yang Allah tangguh didunia tapi seksanya diakhirat. Ketahuilah azab akhirat lgi seksa dr di dunia. Jd jgn korang tengok maksiat dan dosa itu sesuatu yg manis dan indah

Apa yg aku perasan aku dulu pernah doa utk jadi cantik. Alhamdulillah sekarang slow2 orang puji perubahan muka aku. Ingatlah, Allah tak pernah tinggalkan hamba Nya

Doakan rezeki aku lebih murah ya sahabat. :)

– Maya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

42 Comments

  1. Adik.masuk univerditi swasta ker ni?sebab universiti awam ipta mmg takde kes tipu…jgn putus asa…boleh mohon politeknik..ikm…jgn malu..muda lagi ok..usha..

  2. No worries sis..Allah syg kita..mgkn Allah nk tgk tahap mana kita bsabar dgn ujianNya itu..bukankah kasih syg Allah melebihi kemurkaanNya..akk dulu pn blajar satu sem je..lps kna tipu ngan satu kolej ni..ms dpn ke laut akk pk .last2..ade sesuatu yg lbh baik upernya Allah plan..akak dapat keje elok lps tu..adik pun insyaAllah akan jumpa masa dpn yg lbh baik k..

  3. Woww~ junior smkajb ke?? Hai! Saya senior awak~ sejujurnya apa yg kita harapkan mungkin bukan untuk kita..mungkin Allah nak yg terbaik untuk awak..kena husnuzon dengan Allah..doa banyak2 and 힘내! (himnae=bertabahlah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *