kulit gelap? takde hal lah?

Assalamualaikum.. thanks admin sudi approve.

Aku seorang pelajar universiti(bukan iium) dan aku berkulit agak gelap. Ye lahh kalau nak bandingkan denan budak2 sekelas, memang macam coklat dengan susu tau.

Kalau selfie dengan dorang, memang rasa mcm nk duduk jauh2 sikit dengan orang2 yang kulit putih ni. Sebab apa? Sebab xnak nampak sangat yg aku ni gelap. And kalau ambik gambar sekelas, selalu duduk sebelah lelaki sebab dorg pun gelap macan aku hahaha

And you know what? Dulu aku selalu jugak rasa down gila bila ambik gmbr je mesti muka aku gelap. Ada lighting pun still lebih kurang je. Selalu gak minta Allah bagi aku mimpi jadi orang berkulit putih untuk satu malam je. Haha. Sorry aku memang pelik sikit.

Aku nak tau jugak apa rasanya jadi orang kulit putih, hidung bersih, muka x burn. Fuhh cita2 aku tu. Mesti jadi kegilaan orang kan? And yang paling penting confident level upgrade to 100000000%. Aku nak jugak feeling2 jadi orang kulit putih, haha.

But one day Allah suruh aku fikir pasal something. Aku selalu fikir yg Allah bg aku kulit gelap ni ada sebabnya. (CAUTION. Semua yang di bawah hanya andaian aku je nak sedapkan hati). Maybe kalau aku kulit putih, ramai nak ngorat aku. Maybe kalau aku kulit putih, aku akan couple banyak kali. Maybe kalau aku kulit putih, aku akan jadi miss universe dekat sekolah and universiti. Maybe kalau aku kulit putih, aku mesti layan semua lelaki (yelaaa laku kann sebab cantik hahaha). Maybe kalau aku kulit putih, aku akan jadi sombong and prejudis terhadap orang kulit gelap. (Ni utk diri aku je tau, aku bukan tuju pada mana2 orang yg berkulit putih, sebab aku kenal diri aku sendiri. korang lain citerlah hehe).

Allah lebih tau ciptaanNya sendiri. Sebab aku tau sifat aku ni x boleh kalau ada ornag puji sikit macam 'eh comellah kau dlm gmbr ni' or 'waahh dah pandai bergaya dah sekarang fuhhhh' or 'kau cantiklah pakai shawl macam ni', memang kembang and sampai tahap aku rasa nak record apa dorang cakap hahaha. Eh excited tau bila orang cakap kita cantik la comel lah, lagi2 bila rare sgt pujian macam tu terjadi.

Aku bangga sebab aku kulit gelap turun dr keturunan ayah. Adik beradik yang lain semua putih2 belaka sebab ikut mak. Tp aku sorang ikt ayah, rasa macam bangga gila. Ha see? Aku ni cepat membangga diri. Sebab tu Allah x bagi aku kulit putih, ni assumption je haha.

So nak cakap satu je. Awak2 yang berkulit gelap tu, kita sama ! Sepp sikit! And lagi 1, awak2 semua fikir je mcm ni, maybe kalau aku berkulit putih, aku akan terdedah kepada zina hati , pastu layan semua lelaki sebab aku tau aku cantik. Semua orang nak. And this can lead to many bad things.

Orang yang berkulit putih ni pulak kena jaga diri korang betul2. Korang ni sangat dipandang lelaki tau. Well lelaki mudah tertarik pada perempuan yang cantik, kulit halus mulus xde satu jerawat pun yg singgah walaupun sebentar.

Jujur cakaplah, aku sedih sangat tgok kawan2 yg berkulit putih ni yang suka sangat tayang cantik dorang. Tangan kaki semua terdedah. Ye aku rau korang memang cantik, sedap mata memandang. Tapi bahaya tau. Korang kena jaga diri korang berkali-kali ganda dari kami yang x berapa nak putih ni. Sebab korang ni sangat sangat sangat attractive. Tutuplah aurat dengan sempurna. Tak kisahlah awak putih ke coklat ke.

Okayy. Bye. Tu je nak confess. Rendah diri tu bagus tp jangan sampai sebab tak confident dengan paras rupa, hilang segala peluang yang ada. Okay?

– miss perasan

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Betul takda hal la kulit gelap…

    Tak semestinya orang yang kulit putih je cantik. Cuba tengok tyra banks, cookie lyon, naomi campbell (sorry tak kenal org malaysia sbb mostly artist semua kulit putih) lawa je. Siap modelling lagi.

    Saya pun kulit gelap juga and ada this auntie cakap “i like your skin colour”

    Apa pun just Be proud of urself…

  2. aku gelap, mse kawad kt skolah lg laa..subhanallah ..just accept whatever Allah gave u, then u’ll be fine..u’ll only be troubled if u start questioning why..

  3. Haha,,,high five sis..Dulu aku sedih gak tapi bukan sebab aku benci jadi gelap tapi benci sebab orang duk kutuk sampaikan mak sendiri pon yang komen,,,haishhh sedih kot. Tapi bila dah besar aku tgk cermin xdelah hodoh sangat aku ni, and aku xrasa terbeban pun berkulit gelap…orang yang duk kutuk tu ada masalah dgn diri dia sendiri sebab dia je yang rasa problem dgn kulit gelap kita xrasa apa pun. Lain kali klu ade orang kutuk just cakap ” i don’t have any problem with my skintone, just worry about your face peasant”. ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *