Lagi kawen muda – 5:43 PM

Lagi kawen muda

oleh kerana ramai yang cakap pasal kawen muda, aku nak cakap sikit lah dan ini cuma pandangan aku mengenai diri aku dan orang di sekeliling aku, so jangan plak kecam aku….hahahaha

aku nie students law tahun ketiga, sebut pasal kawen muda ni buat aku excited sangat tapi sekali aku check balik niat aku kawen muda terus aku cancel niat tue padam jauh jauh. bukan aku tak nak kawen muda tapi bila aku check hidup aku yang serba tak terurus nie…pakaian kat almari tak tahu lipat makan tidak terjaga, sampah dalam bilik entah sebulan sekali rasanya baru aku buang…itu belum lagi cerita part baju bila nak cuci asyik dilonggok kat situ jer then bilik pun tak terjaga.hanya Tuhan yang tahu serabut bilik aku..jangan jangan bangkai mayat haiwan pun ada dalam bilik nie…hahaha…

aku setujulah jugak kalau korang kata kawen muda nie boleh mematangkan dan membuat kita berubah tapi aku fikir dalam dalam tak mungkin aku akan berubah sekelip mata lepas kawen…kesian weiyh wife aku tue kalau perangai aku tak berubah..dia pula yg jadi mangsa keadaan.

kawen muda memang aku setuju only if both pihak memang 100 peratus kenal masing masing. jangan kenal setakat luaran, berpakaian kemas, bermulut manis bagai…oleh itu, wanita…cuba suruh bf/tunang korang send gambar dia spontan..korang tengok lah betul betul bilik dia tue…kalau korang rasa mampu handle keadaan mcm tue maka kawen lah…kalau korang rasa #sistakkuat fikirlah panjang panjang nak hidup sampai ke syurga dengan orang mcm tue…serius..tabiat bila dah sebati susah nak berubah bukan tak boleh, boleh tapi susah…bertuah sangatlah perempuan yg dapat husband yang berubah jadi baik lepas kawen pandai lipat baju sendiri, pandai kemas bilik sendiri…jangan jadi hamba dah…aku cakap nie sebab aku terdengar bunyi kawan aku nie cakap..time tue dia dengan kawan dia berbual…dorang cakap lebih kurang mcm nie jugalah tapi mesej dia sama

"aku rasa aku kena kawen lah bai,hidup aku mcm tak terurus jer aku tengok"

terus terdetik di hati aku "what the funky chicken man?"

aku tak tahulah sama ada aku nie kurang didikan agama atau aku dengar reason dia tue seakan akan menganiayai bakal wife dia…dia fikir dia kawen semata mata nak urus hidup dia ke?..hello bro! kalau hidup kau tak terurus mcm mana kau nak urus wife dan rumahtangga kau then kalau ada baby? agak agak lah sukatijer niat kawen semata mata suruh orang urus hidup dia…sorrylah kalau ada bunyi gangster…

aku bukan apa sebenarnya….kalau kawen muda tue dapat selamatkan kita daripada buat dosa maka kawen lah…tapi INGAT bila kita niat mcm tue…so kalau belum kawen nie dah buat banyak dosa ke, ah?!!…pandai pandai lah jawab diri sendiri…

justeru kepada yg wanita..kenai dulu na lelaki hang dok pekenan sangat tue…kawen mungkin sehari 2 paling lama 3 hari lepas tue hang kena jaga husband tue, hidup dengan dia for the rest of my life bak kata pepatah maher zin, masa tak kawen bolehlah cakap semua indah..tunggu masa hang kena cuci semua baju kemas rumah dia duk goyang kaki…hang juga meroyan nanti…pointnya..kenal molek deh…sedalam dalam nya…buatlah sesi confession pasal hidup dengan partner hang tue…biar tiada rahsia antara hang berdua..baru hidup barakah gituhhh…

kepada geng geng lelaki seantero dunia plak….kita nie kena ingat..kawen tue maksud dia kita kena jaga semua benda dalam hidup kita..kita jadi ketua keluarga, dosa isteri kita tanggung, belum lagi masuk hal duniawi..kalau rasa rasanya masih malu nak belikan pad untuk isteri hang…check balik ready ke nak kawen atau belum…ingatlah lelaki tanggungjawab mu BESAR nak…

sorrylah banyak cakap sikit…inilah kisah aku dengan orang keliling aku…semua yg aku sampai pun untuk nasihat diri aku sendiri…aku pun belum kawen dan tak ready lagi untuk berpunya…sampai masanya akan tersarung juga cincin di jari manis mu tapi berikan aku masa untuk baiki diriku ini-luqman

sekian dan renung renungkanlah…
#peaceyo
#sayaberanidikecam
#hahaha

– Luqman

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *