Lagi Kes Faraid

Cerita aku ringkas sahaja sebab aku dalam fasa separa redha & cuba maafkan mereka.

Nama aku Kirana (bukan nama betul), ayah aku dah meninggal 7 tahun lepas. Sebelum ayah meninggal, ayah dah pindah semua harta (rumah, kereta, tanah2) ke atas nama mak.

Depan adik beradik aku & mak, ayah pesan kepada semua untuk bahagi secara faraid & adil selepas dia meninggal.

Beberapa tahun berlalu. Semua harta ayah tersebut mak belanja untuk adik & kakak aku sahaja. Satu sen aku tak dapat. Kalau mak ambil sebab keperluan, aku faham & mungkin aku halalkan.

Kereta ayah kereta buruk tapi ada plate number fancy, mak jual dan hasil jualan tu mak bagi adik untuk dijadikan 20% (RM40k) downpayment kereta mewah.

Kereta mewah, kalau ikutkan gaji adik, memang tak mampu nak beli kereta tu kalau tak letak downpayment tinggi.

Aku terkilan sebab aku tak tau apa2 pun. Aku tahu pun lepas kakak aku terlepas cakap. Means kakak aku pun tahu dari mana duit tu datang.

Tanah pula mak jual untuk buat rumah kakak. Jumlah yang aku dengar 600k. Mak bagi kakak duit tu untuk buat rumah bangalow untuk kakak & suaminya.

Di kampung, bangalow 500k tu kira sangat2 mewah. 100k lagi untuk perabot.

Dua kali aku terkilan. Oh, bungalow tu pun atas tanah lain milik arwah ayah. Tanah tu dah ditukar nama kakak dari mak.

Setiap kali balik raya, depan saudara mara mak boleh berlagak yang anak bongsu dia pakai kereta mewah dan anak sulung ada rumah bangalow setengah juta. Hmm. Aku?

Anak tengah yang kerja di bandar KL duduk rumah apartment tingkat 30.

Untuk orang2 kampung, duduk apartment tingkat 30 bersamaan duduk setinggan/ flat/ miskin dan keadaan buruk walaupun sebenarnya aku duduk condo mewah.

Kereta aku pun biasa2 je sebab aku lagi minat bercuti luar negara 3-4x setahun dari beli kereta mewah.

Aku terkilan dengan mak aku sebab tak bagitahu aku apa2.

Aku terkilan dengan kakak dan adik aku sebab ambil hak aku, sepatutnya mereka tahu dari mana duit tu datang sebab mereka pun ada masa arwah ayah pesan tu. Hmm.

Lepas kes ni, baru la aku faham kenapa susah & makan masa untuk urus faraid melalui pejabat pusaka kecil atau Amanah Raya. Memang mereka strict untuk pastikan semua waris dapat hak mereka.

Cara arwah ayah aku mungkin berkesan kalau waris lain betul2 cakna tapi malangnya arwah ayah aku sendiri tak kenal wajah sebenar mak aku.

Sekarang ni aku tak boleh buat apa2 pun sebab semua aset tu memang atas nama mak secara legal.

Sekarang ni aku duduk KL mencari harta sendiri. Bukan harta pusaka tu yang buat aku sedih tapi keputusan mak, kakak & adik aku yang buat aku sedih.

Kalau mereka datang berbincang elok2, aku yakin aku mampu lepas bahagian aku demi mereka.

Lama aku fikir kenapa mak buat aku macam ni? Aku tahu hubungan aku dengan mak dingin lepas aku tolak interview untuk masuk kos medik 10 tahun lepas.

Aku tolak sebab aku betul2 tak minat lepas aku fikir banyak kali. Sekarang aku kerja software engineer, gaji aku sama tinggi dengan doktor pakar. Rezeki Allah dah tetapkan kan?

Tapi kerja aku ni orang kampung tak faham.

Walaupun aku tahu mak masih marah, tak ku sangka mak sanggup buat aku macam ni. Tiap2 bulan aku masukkan duit belanja mak.

Kalau lewat sikit, mak terus call bertanya sebab mak aku hidup di rumah pusaka tu memang bergantung duit aku je.

Kakak dan adik aku memang tak bagi duit ke mak sebab masing2 hidup susah. Katanya duit sentiasa tak cukup.

Adik aku selalu cakap duit tak cukup sebab kereta asyik rosak, maintenance mahal, insurance/roadtax mahal, tayar pancit, kena langgar lari dan mcm2 hal dengan kereta mewah dia.

Kakak aku pulak, anak2 sentiasa sakit, bil eletrik rumah ribu2 walaupun duduk 3 orang je, sinki sumbat selalu, rumah kena pecah masuk 2-3x setahun, bil air ratus2, dan suami kerja asyik tukar2.

Nak cakap padan muka, boleh tak?

Hmm. Jahatnya aku. Hati aku sakit dan bernanah.

Doakan aku dapat maafkan mereka..

– Kirana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *