Lagi Trauma Seorang Mangsa

Hangat luahan mangsa trauma rogol.

Luahan https://iiumc.com/trauma-seorang-mangsa/ ni yang paling seakan2 kisah aku.

27 tahun lepas aku berumur 15 tahun. Tua setahun dari TT dekat luahan atas ni. Aku 5 beradik, anak ke-3. Keluarga aku biasa je dua2 pegawai kerajaan tapi PJJ kebanyakan masa dijaga oleh mak. Ayah balik seminggu sekali.

Sampai 1 masa mak berhijrah kerja di luar negara aku dan adik dijaga ayah sepenuhnya. Aku gelar dia Dino. Nama chat sebenar dia dalam MIRC.

Masa tu tengah hangat chatroom ni. Chatting pun dalam room yang kenal sesama sendiri kebanyakannya kawan sekolah. Maksudnya memang kenal dalam chat dan luar. Circle aku setakat itu sahaja.

Tiba2 ting! ada chat baru masuk. Dia cakap dia kenal aku pakai baju putih rambut pendek, duduk dekat cybercafe. Rupa2nya dia lalu belakang aku & ambik nickname dan chat.

Pada masa tu rasanya dia dah 20-an sebab bukan budak sekolah. Zaman tu mana ada hp, cuma ada telefon rumah. Dia contact cuma guna chat je.

Lama2 mungkin dia pun tak boleh tahan sebab susah nak contact dia mintak alamat rumah. Tak tahu lah kenapa aku bodoh masa tu, tak boleh fikir atau aku beranggapan semua orang berniat baik.

Sampai 1 hari, 1 family aku balik kampung emergency. Aku tak ikut sebab sekolah. Nak ditakdirkan malam tu dia ada round depan rumah aku dan tengok kereta takda.

Oh btw, dia memang anggap diri dia abang angkat. Torture dan yakinkan aku untuk percaya kan dia sebagai abang. Aku tak pernah ada abang, jadi mcm teruja sedikit, seingat aku takde perasaan sebagai boyfriend pun dekat dia.

Malam keramat tu dia ambik kata nak bawak pergi jalan-jalan. Ya Allah, aku ikut. Ingat lagi dia bawak pegi motel, masuk dlm bilik. Aku tak ingat mcm mana permulaan tp yang aku masih ingat sampai sekarang dia himpit atas aku.

Masa tu aku rasa benda ni macam tak betul tapi tak boleh fikir. Ya Allah, ya allah. Masa taip ni bergenang air mata teringat masa tu.

Selesai semua dia hantar aku balik rumah. Esok pergi sekolah macam biasa. Ada kawan tegur kenapa aku jalan kengkang? Eh, aku tak perasan tapi memang sakit celah kelangkang tu. Aku jawab ada la, rahsia.

Sama macam TT aku macam takda rasa bersalah sebab aku jawab sambil senyum. 2 momen ni memang terpahat dalam kepala aku sampai sekarang.

Makin usia menginjak, makin lama aku baru faham yang sebenarnya aku dah takda dara. Tak pergi report polis sebab tak kantoi dengan mak ayah. Aku taktahu benda tu salah. Tapi aku berdendam dengan Dino.

Aku pernah cuba cari, ingat2 lupa rumah dia tapi tak dapat. Kalau jumpa memang aku nak cakap aku tak pernah maafkan dia. Dia mempergunakan aku yang betul2 naif masa tu.

Sekarang aku dah kahwin, dah ada anak. Sebelum kawin aku dah cerita pasal Dino ni. Dan memang aku sumpah seluruh keturunan dia tak akan aman dan sentiasa dipersulitkan.

Dia betul2 ambil kesempatan. Sedangkan masa tu aku baru nak hidup baru 15 tahun.

Kehidupan lepas aku sedar yang aku dirogol sangat gelap sampai la aku jumpa suami aku sekarang. Alhamdulillah dah masuk tahun ke-15.

Untuk anak2 aku sekarang aku dah tekankan dari kecil. Aku jadi lebih berhati2 dalam memantau kehidupan anak aku.

Sekian..

– Mangsa Dino (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Fitnah dunia akhir zaman ni amat menakutkan. Mengapa dizaman jahiliah, umat zaman tu bunuh bayi/anak perempuan? Salah satu sebab adalah, kebejatan umat sangat teruk. Wanita jadi hamba sex tak kira peringkat umur, mcm zaman kita ni. Bahkan lebih teruk dizaman kita anak lelaki pun tak selamat. Ramai saja anak2 lelaki jd mangsa cabul/ liwat.
    Didik ilmu agama & sentuhan selamat kpd anak2 lelaki & prempuan.
    TRUST NO ONE EXCEPT ALLAH…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *