Keburukan ML Di Mata Saya

ML (mobile legend) satu game yang tak asing dari masyarakat sekarang.

Dari tua sampai ke muda semua tahu game tu. Termasuk la saya pun ada main jugak.

Cumanya ada sikit kerunsingan dalam hati saya. Benda ni sikit sebanyak mesti mengangu psikologi dan perkembangan budak2.

Kalau kita perhati hero2 dia yang perempuan, seksi2.

Illustration dia tu banyak menggangu otak budak2. Ni tangapan saya la.

Sedangkan saya yang dewasa ni pun terasa seksinya walaupun dia macam kartun. Tambah pulak skin2 hero tu, sangat extreme bagi saya.

Sebenarnya hero2 laki pun seram2 wataknya. Ye la saya faham game lawan2 kena la nampak gempak macam tu.

Orang dewasa mungkin boleh fikir.. Tapi budak2 macam mana ye?

Apa la yang diaorang ni fikir, apa kesan benda2 tu dalam otak diaorang.

Baru2 ni kawan saya share satu gambar. Lukisan anak murid dia. Kawan saya suruh lukis gambar burung merak.

Kalau ikut logiknya, burung merak ni macam satu burung yang sweet2 gitu.

Tapi budak tu melukis merak yang seram.. Means mata dia macam ganas, picture tu hidup ye.. Sebab budak tu memang pandai melukis.

Masa saya tengok gambar tu, saya fikir ada similiar macam yang aku pernah tengok la. Tapi kat mana ye. Lepas tu baru ingat, oo ni macam hero ml kaja. Mata dia dan paruh tu sama.

Pandai dia implant dalam lukisan dia. Saya suruh kawan saya suruh budak tu lukis lagi.

Tapi benda2 lain la.. Orang ke, haiwan ke permandangan ke. Semuanya jadi ganas dari lukisan dia.

Dia lukis kucing, dengan unsur yang sangat ganas. Sedangkan kucing pun haiwan yang manja2. Nampaknya semua benda dalam otak dia ganas2.

Saya teringat perkongsian seorang guru mengenai lukisan anak murid dia jugak. Budak tu lukis imej lelaki potong tangan, potong kaki.

Budak tu kata dalam game tu memang kena potong2. Budak tu baru 7 tahun.

Apabila banyak sangat main game macam ni, budak dah tak dapat nak beza apa2 dah. Fikiran diaorang dah banyak dipengaruhi oleh game.

Saya rasa dah tiba masanya parents pantau permainan gajet anak2 kita ni.

Zaman kita dulu, permainan uji minda ja. Dam haji, chess, carom, nama negeri buah. Dan macam2 lagi la.

Tapi seiring dengan perkembangan teknologi, benda2 yang bukan pada usia sebenar sedang meracuni fikiran anak2 yang belum sesuai pada usianya.

Budak2 sekarang umur 6 7 tahun dah ada keinginan seksual. Matang pada umur yang belum sesuai.

Kemudian cuba2 dengan kawan2. Sebab dia tak tahu pun benda tu salah ke tak. Sebab dia rasa di game boleh, maybe di realiti pun boleh.

Tapi cuba kita fikir tu pengaruh apa..

Sekian saja pandangan saya.

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam,
    Ya, memang kena pantau. Sebab otak budak-budak baru nak berkembang pesat. Mereka mudah ‘telan’ maklumat apa pun tetapi masih kurang dalam membuat pertimbangan baik atau buruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *