Lahirnya Si Puteh

Puteh dilahirkan pada bulan puasa tahun lepas iaitu tahun 2016 . Kehadiran puteh bukanlah satu penantian pun disebabkan ibu si Puteh datang secara tiba-tiba menumpang di rumah aku . Mempunyai empat beradik kesemuanya namun hanya dua yang mampu bertahan bernafas dekat muka bumi ini . Puteh dan Merah namanya . Dulu nama puteh adalah baby pada awalnya disebabkan memiliki raut wajah yang sangat “suci” dan agak keperempunan .

Puteh ini dijaga dengan penuh kasih sayang walaupun ayah aku pada mulanya tidak membenarkan dia menumpang kasih di rumah ini . Tapi disebabkan aku anak bongsu dan keputusan aku jarang dibantah , jadi ayah benarkan .

Tinggal di kampung , rumah dengan halaman yang luas di depan dan keliling membolehkan Puteh riang bermain . Jadi sebagai seorang yang berstatus warganegara Malaysia dan menetap di kawasan jelapang padi, Puteh akan makan nasi dan ikan goreng sebagai makanan ruji . Adakalanya rezeki Puteh bertambah , dia akan makan keropok berperisa ayam atau tuna .

Meningkat dewasa baru aku tahu bahawa Puteh sebenarnya adalah seorang lelaki berdasarkan organ tertentu di tubuh beliau . Disebabkan salah didikan awal , Puteh sangat manja dan penakut . Terdengar suara orang yang tidak dikenali hanya akan membuatkan dia berlari seolah-olah tiada hari lain . Banyak kali juga aku menyalahkan Puteh kerana tidak bertindak berani menyelamatkan Merah ketika dikacau jantan-jantan durjana hingga menyebabkan Merah pergi tak kembali seperti lagu Rabbani .

Rutin harian Puteh lebih kurang sama setiap hari . Seawal subuh beliau akan cuba meloloskan diri masuk ke dalam rumah . Mak dan ayah akan pergi ke masjid waktu Subuh setiap hari . Dan apabila mak ayah aku pulang dari masjid , Puteh akan cuba melakukan aksi-aksi seperti menjilat kaki dan menggosok kepala di kaki mak aku untuk mendapat sedikit makanan pagi . Ya Puteh adalah morning person tidak seperti aku matahari terbit person . Selepas itu , Puteh akan mengacau lagi di dalam pukul 9/10 pagi untuk makan kerana sudah menjadi tabiat makan banyak kali . Dan dia akan bermain di bawah sapu kaki , tarik pengikat langsir , tidur di tepi sejadah ketika mak solat dhuha , berlari-lari turun tangga di dalam rumah , tunggu di hadapan pintu bilik aku sambil membuat bising dan pelbagai aksi lucu dan aneh .

Aksi tidur Puteh sangat adorable ( maaf aku tidak tahu dalam bahasa melayu ) . Sewaktu Puteh tidur aku akan mengambil kesempatan mengacau dia . Pernah sekali Puteh berkongsi bantal tidur dengan aku sambil membuat muka comel walaupon bermulut agak busuk namun aku rela demi Puteh . Oh ya setiap kali selepas asar kami akan duduk bersama sambil berkongsi rahsia walaupon aku yang banyak bercakap sedangkan dia lebih suka pejamkan mata sambil berharap aku menggosok perutnya . 99% daripada rahsia aku semua Puteh tahu namun dia hanya ambil sikap endah tak endah sambil berkata di dalam hati “feduliii pulek aku ” . Waktu malam pulak , Puteh akan mengetuk tingkap di tepi meja aku sambil berharap aku membenarkan dia masuk . Dengan bersaiz xl, Puteh akan cuba masuk melalui cermin tingkap “naco” yang kecil sambil membuat muka tidak bersalah .

Namun semalam 8/4/2017 lebih kurang 11 malam , Puteh mahu masuk kedalam rumah seperti biasa melalui tingkap namun tidak aku hiraukan . Hari ini 9/4/2017 aku bangun solat subuh puteh tiada di dalam rumah . Dan apabila mak dan ayah pulang dari masjid , tiada desiran kaki kecil itu yang turut serta mahu masuk seperti biasa . Pelik kan . Selalunya terdengar bunyi plastik atau kentut saja Puteh mesti akan balik ke rumah . Namun tidak pada hari ini .

Petang . Aku dan mak cuba cari Puteh di rumah jiran . Terdengar bunyi sahutan apabila aku panggil “Putehhhhhh” dengar irama malaysia . Tapi hanya sekali dan tiada lagi . Mungkin hanya perasaan . Ayah aku turut serta dengan misi mencari Puteh kesayangan . Ketika misi hendak dibubarkan , ayah aku ternampak sesuatu yang sangat dikenali di seberang jalan di atas rumput. Oh tidak . Mahu melintas jalan di petang hari sangat payah dengan kenderaan yang banyak . Ya dan di amati memang itu Puteh . Aku kenal ekor pendek berwarna hitam dan badan putih . Tidak aku tidak lintas jalan sebaliknya pulang ke rumah dengan lintangan air mata .

Pernah hilang orang yang anda sayang ? Dan aku hilang kucing yang paling aku sayang . The only one . Kucing pertama didalam hidup tidak akan ada mengganti lagi . Puteh bukan sekadar kucing tapi teman baik aku . Pendengar setia dan segalanya .

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh kucari ,
Mana nak Puteh seorang.

Cukup sampai disini kerana the rest adalah memori yang pahit untuk dikenang . Buat Puteh , aku minta maaf sebab tak ajar hang cara lintas jalan yang betul . Tapi hang lintas jalan nak p mana :'( . Punya lama hang duduk ngan aku tak pernah p sampai ke jalan tapi kenapa hari ini .

– FBI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit