Landak dan Aligator Selaku Pembuli

Assalamualaikum & hai ! Aku suka makan spagethi, thats why aku bagi nama tipu aku ‘spagethi’. Aku seorang yang lurus bendul dan masa sekolah dulu aku terlalu mempercayai kata2 kawan aku. But Alhamdulillah aku tak pernah terlibat dalam perkara2 buruk macam dadah ke pergaulan bebas dll. Aku bersyukur sangat2 :’).

Beberapa hari belakangan ni otak aku asik terimbas kembali kenangan pahit aku masa sekolah menengah sebab ex-schoolmate aku baru invite aku dalam whatsaap group. Dalam beribu2 pelajar di Malaysia, aku salah seorang yang menjadi mangsa buli di sekolah. Manusia yang membuli aku tu aku gelarkan ‘landak’ dan ‘aligator’. Dua-dua perempuan ye.

So, dalam whatsaap group tu salah seorang ahlinya ialah si landak. Si aligator tak ada pulak. Apa sebabnya aku pun tak tahu. Malas aku nak tanya. So, aku jadi cctv jelah. Aku rasa nk left je group tu tapi tak sampai hati sebabnya kawan aku yang tak ada kena mengena dalam hal ni yang add aku dalam group tu. Lagipun dalam group tu tak ramai sebabnya sekolah aku dulu 80% cina. 10% india dan selebihnya melayu.

Aku jadi benci teramat sangat dekat si landak dengan aligator ni sebab dia orang 2 orang ni suka memaki hamun aku dengan kata-kata yang erkk.. tak sanggup aku nak tulis dekat sini termasuklah KERAP, / SELALU sebut ‘barang’ dalam kain orang, baik dalam bahasa melayu, cina, india semua dia orang sebut. Face to face dia orang sebut, dalam mesej pun ada. Aku terkesan giler sebab aku dibesarkan dalam keluarga dan masyarakat sekeliling yang baik2 belaka. Tak tinggal solat, puasa penuh, tak mencarut. Senang kata baik2 saja. Nak cakap ‘bodoh’ pun rasa ‘haram’ sebab aku dan adik-beradik aku memang dibesarkan dengan penuh nilai2 murni dan adab kesopanan. Alhamdulillah.

1st, aku cerita dulu pasal si landak. Paling aku tak boleh lupakan masa tu aku form 3. Cikgu aku ada buat qiyamullail. So, aku ‘diarahkan’ untuk bawa tilam oleh si aligator. Then sebelum tidur cikgu aku ada bagi tahu pukul 4.00 pagi kena bersedia untuk solat tahajud, tadarus dll. So means kita orang semua kene bangun, gosok gigi, cuci muka, kemas tempat tidur semua sebelum pukul 4. Tapi si aligator ni tak bangun2 bila aku kejutkan. Dah lah tidur atas tilam aku. Tiap kali aku kejut dia mendengus ‘ishhh’. End up dia bangun pukul 4.15am macam tu tanpa kemas tilam aku tu. Itu pun sebab cikgu aku dah bising dan kerah kita orang supaya cepat siap sebab masa tu ustaz dan budak2 lelaki semua dah sampai luar pintu surau. Tunggu nak masuk je. Oh, ya kita orang budak perempuan semua tidur dekat surau. Terkedek2 lah aku sorang2 mengemas tilam aku tu. Malu giler kot sebab masa aku kemas tu budak2 lelaki dah mula masuk surau. Series aku malu. Lepas selesai solat, tazkirah apa semua tu, dalam pukul 7.00am cikgu edarkan breakfast. So masa breakfast nilah baru aku perasan yang si aligator menjeling maut yang tajam dekat aku. Aku ni bodoh pergilah dekat dia tanya ‘kamu marah dekat aku ke ?’. Then dia bagi ayat yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. ‘Kau ingat kau bagus sangat ke ?? B*bi lahh.. P****** kau *****. Kau tunggulah aku panggil ‘abang2 aku’ (sebelum2 ni dia hebohkan pada semua orang dekat sekolah tu yang dia join group Pekida, 3 Line dan Double 7). Aku suruh dia rogol kau ramai2. Baru kau tahu !!’

Perasaaan aku masa tu takut sangat. Budak lurus bendul wei. Asyik teringat yang perkara tu akan betul2 terjadi pada aku. Aku tak bagi tahu sesiapa termasuk cikgu. Aku menangis sampailah bapak aku datang jemput dekat sekolah. Bila bapak aku tanya kenapa, aku malu dan takut sangat nak cerita. (Aku takut sebab aku imagine kan yang ‘abang2’ si aligator ni akan culik aku masa aku balik sekolah dan rogol aku. Aku pergi dan balik sekolah naik basikal). Bapak aku paksa aku tunjuk mana rumah si aligator, so dalam keadaan seram sejuk tu aku pun tunjuklah. Tengok2 kat rumah dia tak ada orang. So bapak aku bawa aku balik. Emosi aku sangat terganggu dalam beberapa hari dengan ugutan tu. Si aligator ni suka ponteng sekolah tau. So, lepas kejadian tu agak lama juga lah dia tak datang sekolah. Bila dia datang, dia buat macam biasa. Arahkan aku buat kerja sekolah dia, suruh angkat beg dia, belikan makanan untuk dia n macam2 lagi. Buat macam tak ada apa yang terjadi. Mungkin dia fikir mende tu hal biasa kot. Tapi bagi aku mende ni sangat besar sebab melibatkan maruah aku.

Si aligator ni seorang kaki gaduh. Aku ingat lagi masa dia bergaduh dengan budak lelaki, dia baling barang2 aku macam kotak pensel dan buku aku. Ya Allah aku sedih sangat. Seumur hidup aku tak pernah sesiapa pun baling2 barang aku. Oh ya, cikgu2 sekolah tu semua tahu perangai dia tapi tak ada tindakan tegas yang diambil. Setakat dipanggil ke bilik pengetua apalah sangat bagi si aligator tu. Mak bapak aligator pun tak peduli hal dia. Atas faktor apa pun aku tak tahu.

Aligator pernah suruh aku buat folio sejarah dalam kelas masa cikgu belum masuk lagi. Folio tu kita orang kena hantar sebelum PMR. Masa tu aku tekad nak buat tak tahu je apa yang dia suruh. Tapi dia marah2 aku, menjerit2 pada aku dalam kelas dan baling2 barang aku. Classmate aku perasan. Tapi malas nak layan si aligator sebab semua orang tahu perangai dia. Aku malu sangat masa tu. So, cara nak menghentikan dia mengamuk2 serupa hulk tu, aku pun kutiplah barang2 aku dan ambik kertas folio dia. Then aku pun buatkan :'(. Menitik2 air mata aku masa buatkan untuk dia. Tu belum lagi dia ambik buku2 latihan aku tanpa pengetahuan dan kebenaran aku untuk dia tiru. Then suka bawa buku aku balik rumah dia. Dia kan jenis ponteng sekolah so berhari2 jugalah aku tak dapat balik buku aku tu. Pernah juga aku kena marah dengan cikgu tapi apa si aligator tu kisah. Kalau aku tak bagi dia maki hamun aku. Layan aku serupa sampah. Aku pun lurus sangat. Ikut je apa dia cakap. Bukan nak ikut apa yang cikgu cakap :( Ya Allah.. Andai dapat aku putarkan masa, aku nak jadi berani melawan semua ni. Banyak sangat dah dia buli aku. Tak tertulis rasanya.

Then si landak pulak lebih kurang je dengan si aligator. Tapi si landak ni start buli aku dan pergunakan aku masa aku form 4 dan form 5. Selalu ajak kawan2 lain pulaukan aku bila aku berkeras sikit dengan dia. Bila teringat balik masa nilah yang mengajar aku untuk jadi lone ranger. Alhamdulillah sampai sekarang kalau aku pergi mana2 berseorangan aku tak ada masalah. Terima kasih landak ! Haha. Landak memaki hamun aku tu biasa. Kerap sangat dah. Pernah dia maku aku kaw2 sebab aku tak nak datang sekolah. Masa tu ada sambutan hari guru dekat sekolah. Aku dah decide aku tak nak datang pada haritu sebab aku nak study sungguh2 sebab minggu seterusnya ada test untuk pertengahan tahun. Nak SPM kan. So memang selalu ada test. Mak aku dah sedia maklum niat aku dan dia tak ada halangan. Tapi si landak ni yang over. Berjela2 sms dia pada aku (masa tu ada ada whtsp lagi tau). Penuh ayat maki makian saja. Siap sebut mak bapak bagai. Series aku sedih sangat. Si landak ni kene datang sekolah sebab mak dia suruh. Kalau aku tak datang, kawan2 lain ada je. Agaknya dia tak puas hati kot aku tak datang sebab dia tak boleh nak guna2 kan aku. Si landak ni dia gemar menghasut kawan2 lain supaya tak kawan aku. Tapi ada je kawan2 lain yang nak berkawan dengan aku sebab dia orang pun tahu perangai si landak tu macam mana.

Hari last exam SPM aku tekad nak putuskan hubungan ‘kawan’ dengan landak & aligator. Aku berazam nak buka buku baru. Nak cari kawan baru. Bila habis je paper SPM aku, aku patahkan simkad aku. Buang semua buku2 sekolah, baju sekolah dan beg sekolah aku. Akuan facebook aku tak buka langsung. Keesokannya aku beli simkad baru dan sejak hari tu aku lost contact dengan dua-dua makhluk tu.

Sekarang aku dah berumur pertengahan 20-an. Alhamdulillah dah bekerja dan stay dengan parent aku. Aku notice 1 perkara. Sejak aku ada kereta sendiri beberapa tahun lepas, si landak mula nak mengendeng2 dekat aku. AKu tak pernah bagi tahu kawan2 pun yang aku dah beli kereta sendiri. Mana yang tahu tu Dia berani PM aku dekat FB minta no. hp aku. Aku ni fikir positif. Mungkin dia dah berubah so aku bagi jelah. Tapi kalau nak berkawan macam dulu memang aku tak nak lah. So aku layan dia 50:50 je. Lantak lah dia nak terasa ke apa ke. Kerap juga aku nampak si landak ni lalu lalang depan rumah aku buat spot check. Kalau kereta aku ada dia whatsaap aku untuk pengesahan. Tapi aku tak layan. Tunang aku pun cerita memang kerap nampak dia lalu lalang depan rumah aku. Dia pernah ajak aku pergi holiday sama2 bila dia nampak aku post gambar dengan rakan2 sekerja aku masa kita orang bercuti dekat laur negara. Landak siap atur plan bercuti tu pergi naik kereta aku dan ahli2 yang terlibat ialah dia, boyfriend dia, aku dan tunang aku. Cuma berempat. Gila !! Mana boleh. Huhh !! Nampak sangat dia nak gunakan aku macam zaman sekolah dulu.

Landak dan aligator ni adalah manusia yang tak dapat aku lupakan sampai bila2. Kenangan pahit sepahitnya. Banyak dia orang buli aku. Cuma tak tersenarai dekat sini. Tapi aku jadikan pengalaman pahit ni sebagai pengajaran dalam hidup aku. Aku bersyukur dengan life aku sekarang. Ada kawan2 yang menghargai aku dan aku juga dah pandai i ignore dengan orang2 yang cuba nak pergunakan aku untuk kepentingan diri dia orang. Aku juga belajar untuk menilai orang-orang sekeliling aku dan aku belajar untuk menghargai hidup aku dan stay positif.

Last but not least, terima kasih landak & aligator ! Kau orang berjaya ‘mengajar’ aku untuk aku lebih hargai hidup aku dan orang sekeliling aku!

-Spagehti-

– Spagehti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit