Layakkah aku diberi peluang berubah?

Assalammualaikum.
Firstly,thanks admin sebab approvekan.
Saya student di sebuah ipta dan berumur 20an. Saya sebenarnya kagum dengan confession di sini dan sedikit sebanyak membantu saya memperbaiki diri sendiri.

Saya anak bongsu dan anak perempuan tunggal dari 4 beradik dan berasal dari keluarga sederhana dan porak peranda dari segi agama. Mempunyai ibu yang berniaga kecil kecilan dan ayah yang tidak mahu bekerja dan cuma membantu ibu membuka tempat perniagaan. Abg sulong 30an dan masih belajar kerana dulu dia bermasalah dan sering menghabiskan duit mak dan baru sekarang sedar.

Kisahnya saya membesar dengan keadaan pilih kasih di mana saya sering di abaikan dan dipukul ibu jika ayah dan abang2 membuat masalah. Saya mula bekerja sejak kecil jika cuti sekolah atau cuti belajar tetapi semua gaji saya berikan kepada ibu untuk meringankan masalah kewangan keluarga sebab ibu tanggung semua perbelanjaan keluarga.

Sejak saya sambung degree, saya gunakan sedikit gaji saya dan abang ke 2 yang membantu memberi duit belanja. Ibu hanya mampu membantu pengajian abang sulong. Abang ke3 bekerja dan hanya cukup2 untuk dia dan membayar duit rumah ibu tiap2 bulan.Tetapi sekarang abang ke 2 saya dah tak boleh membantu sebab saya faham dia baru nikah dan ada komitmen keluarga baru. Semester lepas,saya kenal seorang lelaki dan berkawan dengannya yang juga student sama u dengan saya.Dia tahu saya tidak sayangkan dia dan cuma terima dia atas kebaikannya. Dia sering membantu saya dari segi kewangan dan segalanya sebab dia tahu semua masalah family saya dan dia pernah berjumpa family saya. Segala rahsia keluarga,perangai setiap seorang keluarga saya juga dia dah tau dan dia faham kenapa saya membesar dengan tidak pernah mempercayai dan bergantung kepada lelaki. Dia pernah cakap dia akan buktikan yang dia tak kan pernah jadi seperti lelaki lain dan tidak akan pernah jadi macam perangai ayah dan abg saya.

Kenapa saya sendiri ada masalah duit sedangkan pinjam ptptn? Sebab saya serahkan kebanyakkan duit kepada ibu saya dan apabila habis duit ptptn,saya akan susah. Saya juga mencari duit sampingan berniaga dengan lelaki itu sepanjang belajar untuk survive di sini. Modal permulaan guna duit saya tapi semua usaha lelaki itu yang buat. Dia lah masak dan dia jugak yang hantarkan pagi2 lepas subuh.Tambahan pula dengan projek semester akhir dan lain2 memang memerlukan banyak duit. Saya tidak berniat untuk menggunakan kebaikan lelaki itu. Saya dah berjanji dengan diri sendiri untuk bayar balik semuanya lepas saya kerja. Segala budinya akan saya kenang sampai mati dan cuma mampu membalas dengan doa.

Saya cemburu melihat perempuan yang tidak pernah couple. Saya jijik dengan diri sendiri kerana merasakan diri tercemar dengan couple. Terasa diri jauh dengan Allah. Saya pernah meminta untuk memutuskan hubungan tapi dia tidak setuju. Kawan2 pula mengatakan saya mempermainkan perasaannya. Lelaki ini baik, berasal dari keluarga yang baik dan pandai dalam pelajaran. Dia terlampau sayangkan saya tapi saya rasa berdosa dengan couple2 ni. Apa patut saya buat? Saya juga berdoa untuk dipercepatkan jodoh tapi saya tau ibu saya tak kan bagi saya nikah awal sebab cuma saya harapan ibu. Ibu pernah cakap cuma saya saja yang boleh jaga dia dan bukan abang2. Ibu juga pernah cakap kalau boleh dia tak nak saya bernikah.

Saya rasa bersalah pada lelaki tu tetapi saya rasa saya semakin jauh dari Allah. Lelaki tu dah banyak tolong saya. Dari segi kewangan saja,dia kongsi separuh duitnya dengan saya tiap2 bulan sampai dia sendiri berjimat masak dan makan nasi dan telur saja. Banyak bantuan yang diberikan kepada saya dan dia tidak pernah meminta apa2 dari saya cukup sekadar jangan pernah tinggalkan dia.

Saya mohon rakan di sini memberi nasihat kepada saya. Apa patut saya buat?

– Miss N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Nak cakap pasal laki tu ja.
    Kalau nak,cakap nak.kalau tak mau,cakap tak mau and tinggal terus.indirectly,awak tengah permainkan perasaan dia.
    Kalau suka pun takyah la couple.kawan macam biasa sudah la.ada rezeki,kawen la.

  2. Awk akn dpat buat kputusan yg betul klau awk jaga hbungan dgn Allah, jaga solat, means solat on time, jgan tinggal solat 5 wktu. Banyakkan brdoa lg² dibulan ramadhan ni doa slalu cpat makbul.

    Then, akan ada kekuatan & jalan yg Allah tunjuk utk awk pilih either kahwin or tolong mak or both.

  3. Terus terang je la dekat lelaki tu. Dia sebenarnya ada lagi perasaan dekat awak walaupun dia kata macam tu. Awak kena cakap terus terang, kalau tak nanti dia makin berharap. No one will tolong u out of kindness especially lelaki. That sympathy feeling eventually akan turn out to be love. Kesian kat u sis dan lagi kesian kat lelaki tu. Tak kisah la orang nak cakap aku harsh pun..but that’s the fact!. Sorry, truth hurt!

  4. istikharah la …suruh laki tu istikaharah jugak…. papepun…habiskan study dulu… hidup ni bukan sekdr nak carik yg hati kita suka… lelaki baik jarang jumpa dah skrg…. minta petunjuk dgn Allah..selesaikan study… tanya diri sendiri apa yg awak nak accomplish dlm hidup ni dan teruskan.. mak x bagi kawen tu x payah dengarla… lps kawen pun boleh jaga mak…pokok pangkal diri sendiri..

  5. soal keluarga tu..dkt akhir confession…sis kte sis ad seorg ibu yg sygkan sis….tpi dkt prmulaan sis kte sis mmbesar dgn keaadaan plih kasih…sis..lupekan ap yg dh trjadi dulu..sekurgnya sis tau sis ad ibu yg sygkan sis..sbb ap yg sis pkir brkaitn dgn masa lalu sis ni sbnrnya mencorak cara pkir sis…sis trlalu memndg keluarga sis sbgai individu2 yg x bntu sis dlm kehidupan (sdkit sbnyk sbgai penghlang msa dpn sis)….

    Cube sis letkkn ibu plg ats skrg…bukan laki tu walaupn nmpk die serius…bukan nk burukkn lki tu..tp hasil dri bnyk confession yg dh bce..boleh tmbul mslah lain nnt…bincg dgn ibu elok..trg psl laki tu..mcm mne die tolg sis smue…insyaallah ibu sis boleh trime..smpai bile sis nk rse ibu sis x nk bg sis kwin..sdgkn sis belum prnh crite soal sis ad calon..ibu sis syg sis dn akn nak yg trbaik untk ank die…tiada ibu yg snggup liht ank die derita tp die bhgia…tpi sebaliknya biar die derita ank bhgaia ni selalu jdi..

    Dr ap yg sy bce…sis tau sis ad ibu yg sygkn sis…tp sis msih rgu2 die syg sis ke x…sbb kish silm yg sis masih x lupekan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *