Layakkah aku didalam keluarga sesempurna ini?

Assalamualaikum.

Aku tau semua orang ada kisah yang disendiri kalau boleh nak hilangkan.
Dalam kisah aku, aku pernah harap dan masih lagi harap yang aku ini kalau boleh tak pernah wujud.
Banyak kali aku rasa nak mati.. sangat.. tapi since aku ada basic agama sebab family aku ni islamik juga la, aku tau orang yang bunuh diri ni straight to the hell, so aku tak ada la drastic sangat nak kelar tangan or makan ubat bukan bukan.
Cuma aku ni setakat telan panadol 3 4 biji je, sebab bila aku tertekan aku sakit kepala macam nak pecah. Tak pernah pulak nak overdose, Tuhan pelihara mungkin.

Panjang jika nak cerita secara detail kisah aku ni, cuma aku tak pernah pun open up kat sesiapa pasal hidup aku.
Senang cerita, aku ni datang dari keluarga yang tak ada la berada pun, cuma cukup la dari segi apa pun. Parents berkerjaya, adik-beradik pandai berjaya. Malangnya cuma aku.

Dari kecik aku ni macam kurang sikit, lain dari lain.
Bila kakak abang berjaya, aku biasa aja. Dorang masuk sekolah/uni gempak2, aku masuk yang biasa biasa aja, yang tak boleh nak dibanggakan la senang cakap. Selalu kena banding, bukan parents je banding, orang luar pun sama. Umpama tompok hitam diantara langit putih, itulah aku.

Aku tak ada kawan, sebab orang yang aku jumpa suka tikam belakang, depan malaikat belakang syaiton..
Serious, kalau aku dapat jawatan apa apa dorang selalu kaitkan dengan mak bapak aku, since mak bapak aku orang terpengaruh jugak la kat sekolah tu. Sampai cikgu-cikgu pun kalau marah mesti mentions pasal tak kisah siapa mak bapak, even bende tu tak ada kaitan dan bukan salah kau pun, what the hell.. aku rasa dorang ni hipokrit gila.

Result2 exam aku pun tak gempak sangat, jadi selalu juga la kena banding. Kurang satu A pun kau rasa macam down gila nak mati. Aku after result keluar je, aku tidur, kalau boleh tak nak bangin. Tapi malam malam bangun menangis.

Sedih jadi aku, aku dah la tak ada kawan, dapat family yang asyik nak membahan je sampai tak reti jaga hati orang. Boleh cakap yang aku ni memory lost kot. Aku macam dah padam masa silam aku, sampai yang gembira sedih semua kau macam tak ingat sangat. Ada certain event je yang aku masih igt, itu pun yang hempedu punya.

Jadi sampai sekarang aku sangat takut nak open up dekat orang lain. AKu rasa aku ni beban, Aku takut nak bercinta, sebab akuu rasa kalau nanti aku kawen, tempias aku akan kena dekat lelaki anak anak aku nanti. Macam aku ni bukan nak yang disayangi pun. Tahap sampai aku rasam dalam semua family aku, better aku la yang mati, senang. Tak ada la sedih sangat, penganti ramai. So, aku takut nanti apa yang berkait dengan aku pun akan dapat nasib sama, akn rasa kurang disyangi. Sepanjang aku hidup, dan 20-an lebih dah, aku tak punya sesiapa pun yang istimewa dalam hati. Setakat minat biasa biasa tu ada, cuma selalunya orang yang aku minat tak minat aku balik. Haha. Well, kalau aku oun, aku takan pilih aku juga. Siapa yang nak orang macam aku.

Sampai sekarang aku masih lagi, aku ni tak layak pun duduk dalam family ni. Tapi siapa aku nak salahkan aturan Tuhan. Dulu mungkin aku tak punya ilmu, tapi sekarang banyak yang aku belajar, buat aku semakin redha. Biar la apa pun dugaan, aku masih punya family. Sedangkan kat luar sana, ramai yang berharap untuk diberi peluang berjumpa family dia sekali lagi. Aku redha.

Cuma aku harap dan berdoa, hati aku terbuka untuk seseorang yang ikhlas nak jadikan aku teman hidup dia dan orang orang yang ikhlas nak berkawan dengan aku. Walaupun tidak berjodoh dengan manusia, tetapi kematian menjemput dulu, aku redha. Semoga aku kembali husnuzon dengan Allah. Aku cuma takut, takut dengan masa masa yang aku terkadang kembali futur, sehingga terasing diriku denga Tuhan. Harap Allah pelihara.

– L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

14 Comments

  1. Ya allah hidop ko…dgan overthinking and ngan kekosongan hidop ko. Pemikiran ni ko yang cipta tau . Everyone have prob, tapi cara ko tangani benda tu yang make who u are.

    Satu lagi. Ko persoal kewujudan ko dlam famili tu. Tu adalah aturan allah, dia tau yg terbaik. Kalau ko rsa ko x fit in. Try move to other place.

  2. cuba engkau baca balik karangan kau ni, penuh dengan perkataan Aku rasa aku rasa aku rasa. itu apa yang kau rasa, mainan fikiran kau yang buat kau jadi negatif, kalau mak ayah kau tak sayang kau, takdenya dia bela kau smpai besar panjang, bagi kau makan secukupnya. kau rasa kau rasa kau rasa tak disayangi, sebab kau yang cipta sendiri perasaan rasa2 tuh. kembali pada Allah, kalau kau orang yang betul2 ikhlas dalam ibadah kau, takkan wujud perasaan macam ni. kau harap kau jumpa pendamping hidup, tapi kau lupa, ibu yg melahirkan kau, susah2 bawak kau 9 bulan, bukankah dia pendamping yang paling baik? ok jangan kecam

    • Nice, sis. Betul tu. Come back. Or rather, go back to Him. Allah ada.. InsyaAllah. Ayah saya berpesan pd saya. Siapa yg bersyukur pd sedikit akan bersyukur pd yg byk. So cherish your loved ones..Dia ada plan utk kamu yg kamu xthu lg hikmahnya. Kuatkan semangat..k?
      #lovenoteforyouandme

  3. After all,mst kau ade bce jugak confession2 kt cni yg sedih,yg lg teruk dr life kau tu.yg buat kau bukak mate ckt.xkn xpnah kot? Sbb aku slalu bce iium ni la buat aku rse bsyukur dgn life skrg.overthinking sgt.haihhh.

  4. Aku pn pnah ada rasa mcm ko rasa. Ahahaha. Tp sejak ak cb kluar dri keadaan tu Alhamdulillah aku da x da rs mcm tu. Ak apply uni jauh2 dr rmh, bhijrah & try busy kn dri dgn byk bnda i’Allah pmkiran yg ngatif2 tu hilang. Ko pn kna kluar dr ruang hdup ko.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *