Assalamualaikum.Cinta itu pada asalnya fitrah,tetapi boleh jadi fitnah.Bila boleh jadi fitnah?
Bila tidak dijaga dan berbuat sesuka hati.Setiap orang pernah merasai apa itu cinta.Cinta ada dua,samada cinta itu akan membuat kita makin dekat dengan Allah atau membuat kita makin jauh dari Allah.
Cinta zaman sekarang sangat terkait dengan couple.Sebab bila suka sama sama mesti akan couple.Dan couple itu menjadi trend bagi remaja zaman sekarang.Sedangkan jelas2 couple itu haram sebab menghampiri zina.
Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk” (Surah Al Isra :32)
Sebab zina tidak terus kepada zina yang betul-betul.Tetapi,zina bermula daripada perkara yang menyebabkan seseorang itu berzina seperti tidak menjaga pandangan mata,berdua-duaan dll.Itulah jalan-jalan menuju kepada penzinaan.Sebab syaitan ni cerdik dan licik.Dia goda manusia step by step,sampailah seseorang itu betul-betul berzina dan ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi.Sia-sia sahaja.Sebab tu keluar ayat “mencegah lebih baik dari merawat”.
Okay,berbalik pada topik.Bukan lelaki je yang kena menjaga dan bukan perempuan je yang kena menjaga tetapi kedua-duanya.Malu itu adalah perhiasan bagi orang beriman.Malu itu sebahagian dari iman.Malu menghalang kita dari berbuat perkara yang tidak sepatutnya.Contoh malu untuk mencuri,malu untuk berdua-duaan dengan kekasih dll.Setiap orang punya rasa malu pada awalnya tetapi ada yang rasa malunya sudah hilang, kerana terpengaruh dengan rakan,rasa malu itu hilang sikit demi sedikit,hingga dia yang dulunya malu untuk berdua-duaan dengan ajnabi.Kini tidak lagi.Oleh sebab itu,dalam hal ini .Lelaki kena jaga perempuan juga kena jaga.Bukan hanya satu pihak sahaja.Diri kita sendiri harus ada kesedaran masing-masing.Jangan kerana kita penyebab orang lain mendapat dosa.Jangan menzalimi orang yang kita cintai dengan dosa dan maksiat.Bukan itu caranya.Oleh itu,ingin ditekankan juga pentingnya “pilih kawan”.Kerana kawan kita yang kita rapat adalah cerminan kita.Kalau kawan kita jenis mencarut,kita juga berkemungkinan mencarut walau dalam hati sebab kita dah biasa dengan kawan kita mencarut.Dan kalau kawan kita jenis couple,kita pun akn terjebak dalam
Gejala couple sedangkan hukumnya haram.Dia takkan tegur kita sebaliknya dia akan support kita,dan beri idea kepada kita iaitu cara untuk menyatukan kita dan mengeratkan hubungan kita dengan pakwe/makwe kita.Kawan macam nilah yang akan jadi musuh di akhirat nanti.
Firman Allah S.W.T
“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”(QS. az-Zukhruf [43]: 67)
Sebab nak tengok kawan yang betul-betul ikhlas dengan kita atau tak,tengok dia pernah tak marah kita buat dosa, ataupun dia ajak kita buat dosa sekali dengan dia.Dari situ kita dapat lihat dia dan kita akan berkawan setakat di dunia sahaja atau sehingga ke akhirat.Jika betul-betul nak berkawan sampai syurga,tegurlah kawan kita jika berbuat dosa.Jangan diamkan sahaja.Atau kalau rasa tak mampu sangat,doa untuknya.
Selain itu,lelaki yang pemalu,rasa malunya boleh terhakis kerana perempuan yang kurang malu.Dan perempuan yang malu,rasa malunya boleh terhakis kerana lelaki kurang malu.Sebab tu lelaki dan perempuan dua-dua kena menjaga.Dan jangan kerana kita asbab seseorang jauh dari Allah.
Dan ingin ditekankan ikhtilat secara online.Zaman sekarang orang ambil mudah pasal ikhtilat even budak sekolah agama.Kenapa perlunya jaga ikhtilat secara online?sebab dari whatsapp,facebook dll,itulah salah satu diantara penyebab timbulnya zina hati dalam diri seseorang.Melalui whatsapplah pertemuan dirancang dan sebagainya.Perkara yang kita anggap mudah,nilah sebenarnya punca kita dapat dosa.
Cara jaga ikhtilat bila chatting dengan ajnabi adalah dengan:
1)guna bahasa Malaysia(means formal seformal-formalnya)
2)No singkatan
3)No emoji
4)Tanya perkara yang penting je(bukan tanya awak sihat ke,dah makan belum.NO!!!)
(Jangan meleret-leret!!)
5)Banyakkan ingat Allah,banyakkan zikir supaya kita malu sikit nak chat benda tak penting.Allah nampak!
Jika kita menjaga sebegitu,ajnabi pun malu plus give up untuk mengayat kita.Dan itulah cara menjaga hati kita dan hati dia daripada terluka.Yela,sebab kita mungkin tak tahu yang sebenarnya dia suka kita.Bila kita chat mesra-mesra takut dia ingat kita suka dia,lagi-lagi kaum wanita.Itulah pentingnya menjaga batas pegaulan lelaki dan perempuan.Isi hati orang siapa tahu.Jika betul-betul suka,jumpa wali.Kahwin terus bukan bercouple.Jangan kotorkan rasa cinta dengan dosa dan maksiat.
Siapa je yang tak suka, bila orang kita suka,suka dekat kita balik.Tetapi,yang ingin saya tekankan di sini adalah *penting menyimpan perasaan daripada meluahkan selagi belum bersedia untuk bernikah”* Kerana apa?
kerana untuk menghindari rasa cinta yang pada awalnya adalah fitrah menjadi fitnah.Salah satu fitnah yang agak besar dalam hidup seorang remaja adalah perasaan cinta.Cinta yang awalnya tidak menggundang dosa tetapi pada akhirnya menggundang dosa sehingga menyebabkan kita begitu jauh dari Allah.Dan orang yang bercouple ni,mereka tak sedar pun yang mereka sebenarnya makin hari makin jauh dari Allah.Step by step.Sampailah Allah buang si dia dalam hidupnya,dan si dia kecewakan dia.Dia menangis bagai nak rak kerana ditinggalkan.Sebab itulah cara Allah nak tarik dia kembali balik padaNya.Supaya kita betul-betul sedar yang bila kita berharap pada manusia,kita pasti akan kecewa.Maka,berharaplah pada Allah nescaya kita takkan kecewa.Sebab orang yang bercinta itu buta,buta untuk menilai apa yang mereka lakukan adalah dosa,dan buta untuk mendengar nasihat sesiapa pun.Kerana mereka terlalu asyik dengan rasa cinta.Astaghfirullahalzim.
Orang yang bercinta itu berpura-pura.Kalau kita bercinta berpuluh-puluh tahun pun dengan dia.Kita takkan kenal dia,tetapi yang kita kenal hanyalah lakonannya.Couple bukanlah syarat yang kita dan dia akan kekal hingga ke jinjang pelamin.Yang berkahwin pun boleh bercerai.Inikan pula,couple sahaja.Jika kita dan dia berjodoh,kita akan disatukan juga bersama dia walau tidak bercouple.Kerana Allah yang Maha berkuasa.Tiada yang mustahil dengan kekuasaan Allah.Allah yang menciptakan kita dari tiada kepada ada.Kenapa masih ragu dengan Allah?
Muhasabahlah.Untuk pendosa harapan selalu ada.Jika merasa sukar untuk memulai langkah,Allah ada.Percayalah Allah akan bantu kita.Jangan pernah berputus asa dalam berdoa.
– Ingat Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit