Lelaki Baik Masih Wujud

Assalamualaikum. Terima kasih andai coretan ini diterima. Semoga coretan ini boleh memberi inspirasi kepada anda2 di luar sana.

Aku memperkenalkan diri aku sebagai Fatin. Umur 29 tahun dan sudah berkahwin 3 tahun. Belum dikurniakan rezeki anak lagi. Doa kan lah saya dan suami di kurniakan rezeki zuriat dengan cepat. Aamiin.

Setelah sekian lama aku dan suami tidak berhubung sejak habis sekolah, kami mula berhubung kembali ketika kami di awal matriks. Aku menuntut di perak dan suami di selangor.

Tidak lama selepas itu, kami bercinta secara rasmi. Jujur aku kata kan, ketika bercinta aku lebih banyak menangis dari gembira. Kadang2 aku cemburu melihat pasangan lain yang gembira.

Adat ketika bercinta, akan selalu rindu. Dan aku sejenis yang ingin selalu berjumpa untuk dating dan luangkan masa bersama2.

Tapi disebabkan masih lagi sebagai student dan tidak mempunyai duit, suami aku tidak suka keluar dating dan menggunakan duit belanja yang diberi ayahnye. Katanye seperti tidak elok untuk menggunakan duit parents yang tujuannye adalah untuk diri sendiri.

Suami juga dahulu sangat jarang untuk call aku untuk berbual. Konon katanye busy study. Sebab ini lah aku selalu sedih dan nangis kerana ade BF seperti tiada BF.

Tidak lama selepas itu, aku berjaya menamatkan pelajaran dan mendapat scroll degree aku. Suami masih lagi tidak grad kerana course nye mengambil masa extra 1 tahun kerana suami ade fail subject dan terpaksa repeat semester.

Setelah tamat belajar, aku berjaya mendapat kerja di syarikat yang tidak kurang terkenal nye dalam sector retail.

Disebabkan aku dah mempunyai income sendiri, aku lah keluarkan duit ketika aku dan suami keluar dating bersama. Tengok wayang, makan, dan minyak, semua aku yang keluar duit.

Dalam setahun selepas itu, suami aku juga berjaya grad dan memegang degree dan mendapat kerja di syarikat swasta dengan gaji yang kecil.

Kami berdua mengambil keputusan untuk bertunang kerana ibu dan ayah ku telah mendesak kami untuk segera menghalalkan hubungan kami.

Gaji aku waktu itu lebih tinggi dari gaji suami aku. Jadi aku lah spend duit untuk perbelanjaan majlis pertunangan kami. Suami pun ada juga keluarkan duit tapi mungkin hanya 10 percent saje.

Betul kata orang, dugaan bertunang sangat hebat. Beberapa bulan selepas kami bertunang, suami di buang kerja kerana syarikat membuat downsizing exercise. Suami adalah salah seorang mangsa.

Kami makin serabut kerana ketika itu kami bakal bernikah dalam 10 bulan lagi. Suami menganggur selama 6 bulan. Ketika suami menganggur, aku lah yang bayarkan bil telefon, loan kereta dan sebagainye.

Sekali sekala aku datang ke rumah nye untuk membawa suami makan makanan kegemarannye kerana aku tahu suami memang tiada duit untuk makan sedap2. Itu pun nasib baik suami masih duduk di rumah parents nya.

Ketika aku lihat suami ku ketika menganggur, nampak tak terurus, dan kusut masai dan tiada semangat. Sangat kasihan dengan keadaan suami ku.

Kawan2 ofis pernah menghasut aku supaya mencari lelaki lain sebab mereka kata suami aku ini tiada masa depan dan tak mungkin boleh tampung kehidupan bersama aku. Mereka juga selalu kenen2 kan aku dengan seorang lelaki di ofis yang aku panggil F.

F merupakan seorang manager, penampilan yang smart dan mempunyai kewangan yang stabil. F selalu juga contact aku di luar waktu kerja untuk bertanya kabar dan sebagai nya. F pernah mengaku kepada kawan aku yang die berminat kepada aku.

Suatu hari ketika kami chat di hujung minggu, F meluahkan perasaannye terhadap aku. F tahu aku sudah bertunang dan F memberi cadangan supaya aku memutuskan pertunangan dengan suami aku, dan berkahwin dengan F.

Kalau ikut logik akal, mungkin ramai yang akan memilih F sebab hidup akan lebih terjamin. Tetapi aku menolak, dan terus kan hubungan dengan suami aku. F berkali2 memujuk dan memberi hadiah, tapi akhirnya F give up juga.

6 bulan berlalu, suami aku berjaya mendapat kerja di syarikat swasta yang agak terkenal. Tapi kami masih serabut kerana ada lagi 4 bulan sebelum majlis perkahwinan kami dan duit kami memang tidak cukup.

Suami cuba untuk buat personal loan tetapi tidak lepas kerana dahulu ade bayaran kepada bank yang tidak cantik. Disebabkan syarikat yang aku bekerja ade benefits yang bagus, aku decide untuk buat personal loan atas nama aku sendiri. Alhamdulillah lulus dalam 1 hari.

Maka kami gunakan duit loan tersebut untuk membayar segala perbelanjaan perkahwinan kami. Suami hanya keluarkan duit untuk menempah dulang hantaran sahaja. Alhamdulillah kami selamat bergelar suami dan isteri.

Di awal perkahwinan, kami selalu di uji dengan masalah kewangan. Setiap bulan selepas suami membayar segala komitment, hanya tinggal RM200 sahaja dalam akaun dan hanya mampu menunggu gaji hujung bulan seterusnya.

Kami tak boleh keluar untuk bersuka ria. Tak boleh enjoy tengok wayang dan sebagainya. Jika ada masa kecemasan untuk menggunakan duit, kami bertambah serabut dan adakalanya terpaksa meminjam.

Walaupun begitu, aku amat bahagia bersama suami aku. Suami tidak lagi seperti dulu yang selalu layan aku acuh tak acuh ketika bercinta. Suami merupakan seorang yang baik. Setiap hari suami akan tolong aku di dapur, kemas rumah, bawak aku jalan2 dan layan kan saja kerenah aku.

Walaupun selalu tidak cukup duit, nafkah sentiasa suami bagi dan tak pernah berkira dengan aku. Walaupun aku susah untuk mengandung, suami tidak pernah merungut dan tidak pernah push aku.

Suami amat jarang mengaharah2 kan aku untuk buat itu ini. Suami sangat memahami kalau aku penat bekerja dan tidak larat masak. Biasanye kalau aku penat, suami sendiri yang akan masakkan untuk kami berdua. Sedap masakkan nye.

Rezeki berkahwin, suami mendapat tawaran untuk bekerja di syarikat GLC yang bagus dengan gaji yang baik. Selepas suami dapat bonus, suami bayar semua duit yang aku pernah invest dulu semasa kami bercinta, bertunang dan ketika menuju ke jinjang pelamin.

Dia juga langsaikan personal loan yang pernah aku buat dulu. Kali ini segala perbelanjaan suami yang tanggung 100%. Aku tidak perlu keluarkan 1 sen pon untuk apa2 kecuali untuk benda2 yang remeh.

Suatu hari ketika hari jadi aku, suami membelikan aku hadiah dan memberi kepada ku ketika aku sampai di rumah. Suami genggam tangan aku dan berkata:

“Sayang, terima kasih sebab selama ni tak pernah berkira dengan abang. Terima kasih sebab setia masa abang takde apa2. Terima kasih atas semua pengorbanan dari segi duit ke atas abang.

Terima kasih sebab percayakan abang. Terima kasih sebab tak tinggal kan abang dan terima kasih stay dengan abang dari abang takde pape, sampai lah sekarang bila dah senang.”

Saudari2 sekalian,

Dalam memilih pasangan, memang betul kita kena tengok effort dan kestabilan kewangan pasangan kita. Tapi dalam membuat keputusan, kita kena be fair dengan decision kita.

Jangan sebab orang tu kaya, kita terus pilih dan tinggalkan kekasih yang sedia ada. Padahal kita tak tahu apa yang pasangan kita tu tengah hadapi, dan dia mungkin memerlukan sedikit sokongan daripada kita.

Ye mungkin akan ada yang komen ditinggalkan lepas berkorban macam2. Tu lah maksud aku, be fair and honest in your decision.

And finally, di belakang seorang suami yang berjaya, ada seorang wanita bergelar isteri. Be your husband’s biggest motivation booster.

Sekian.

– Akak Pasta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *