Lelaki Bertopengkan Syaitan

Setelah bertahun jadi silent reader dekat sini, aku terdetik nak share kisah pahit aku yang sampai hari ini tidak dapat aku lupakan.

Untuk pengenalan sikit, aku baru berumur 20 tahun, dan masih melanjutkan pelajaran di IPT.

Story yang aku nak share harini tentang seorang lelaki yang aku kenal 2 tahun lepas, di mana aku baru habis SPM ketika itu. Cerita ni mungkin panjang sikit ya guys.

Nak dijadikan cerita, dua tahun lepas ayah aku baru memulakan perniagaannya di sebuah foodcourt, dan gerainya bersebelahan dengan gerai Takoyaki yang diusahakan oleh tiga orang jejaka dan salah seorangnya ialah Abang Yan (bukan nama sebenar).

Abang Yan ni kira tauke la. Dia tua empat tahun dari aku. First day bertegur sapa dengan Abang Yan, pandangannya terhadapku biasa saja.

Keluargaku senang dengan perangainya yang ramah dan suka membantu orang lain. Aku pun dah anggap dia macam abang sendiri, sebab dia memang baik, tak kedekut pulak tu.

Setelah seminggu berada di situ, aku makin rapat dan tak awkward dengan Abang Yan memandangkan aku juga seorang yang ramah.

Nak dijadikan cerita, satu hari ni aku ada la tanya soalan spontan dekat dia macam ni, “abang single lagi ke?” dia memandangku pelik dan menjawab ya.

Lepas pada tu, layanannya padaku terasa lain dan kelainannya makin terasa apabila pada haritu aku memarahi adikku kerana melewatkan solat maghrib dan mungkin dia terdengar.

Malam itu juga, dia DM aku di Instagram dan bertanya tujuan aku bertanya dia single atau tidak. Aku pun menjawab yang aku hanya tanya soalan itu secara spontan tanpa ada niat lain.

Lalu tiba2 dia menyatakan bahawa dia sudah jatuh hati kepadaku dan teguranku tentang solat maghrib itu membuatkan dia makin suka kepadaku.

Aku jujur dekat dia yang aku memang tak ada perasaan dekat dia. Dia kata perasaan boleh dipupuk dan dia akan berusaha untuk mengambil hatiku.

Dia juga cakap yang dia nak mencari pasangan yang menjaga solat. Dan mungkin di sini silapku, aku terberi harapan kepadanya dengan mengatakan hati & perasaan ni selalu berbolak balik,

Dan Allah yang menjaga hati kita, kalau kita nak seseorang itu, sebutlah namanya dalam solat. Dari situ dia makin tekad untuk berusaha mengambil hatiku.

Aku buntu untuk reject kerana dia seorang yang baik dan gerai kami bersebelahan, takut jadi awkward nanti, sebab akan selalu jumpa.

Aku pun cerita dekat mak aku tentang benda ni, and guess what.. mak aku sokong kalau aku terima dia, mak aku happy bila dengar pasal ni.

Dia cakap lelaki macam ni payah nak cari zaman sekarang. Tambah pulak dia dari keluarga yang baik-baik, ibu dan ayah dia dua ii cikgu kaunseling. Kata-kata mak aku membuatkan hati aku makin terbuka untuk terima Abang Yan.

Hari demi hari, kami makin rapat, aku semakin menerimanya dalam hidupku memandangkan ibuku mendukung hubungan kami.

Lupa nak cakap, appearance Abang Yan ni bukanlah ciri-ciri lelaki idaman wanita termasuk aku, rupa pun tak berapa ada, badan pun boleh kata gemuk, tapi aku ikhlas terima dia.

Dia selalu membelikan aku tudung yang labuh dan purdah, katanya dia nak aku berpurdah selepas berkahwin dengannya.

Aku semakin yakin bahawa he is the one. Walaupun masih muda ketika itu, aku boleh nampak yang hubungan kami memang jelas dan ada arah tuju.

Malangnya, semakin lama Abang Yan sudah mula berani menunjukkan belangnya. Mula dari bercerita tentang kisah silamnya, dia sudah beberapa kali merosakkan anak dara orang sejak dari bangku sekolah lagi.

Katanya dia terjebak dengan perkara sebegini bermula dari melihat p*rnografi ketika Form 1.

Dan katanya dah bertaubat selepas break dengan ex dia. Dia meminta aku menerima kisah silamnya, kerana dia sudah berubah. Aku terpaksa menelan semua cerita-ceritanya.

Aku cuba untuk positif memandangkan dia sudah berubah, dan mahu dibimbing ke arah lebih baik.

Dalam fikiranku, semua manusia pernah berbuat silap dan layak diberi peluang untuk berubah. Ceritanya padaku sedikit pun tidak merubah perasaanku terhadapnya.

Namun tanggapan aku silap sama sekali, kerana pada satu hari aku bergaduh besar dengan Abang Yan, dan dia meminta aku menontonnya beron4ni supaya dia memaafkan aku.

Lagi teruk apabila dia memaksaku mendesah, aku kecewa dengan tindakannya terhadapku seolah-olah tidak menghormatiku dan telah merosakkan kepercayaan ibuku terhadapnya.

Bodohnya aku kerana memaafkan perbuatannya setelah dia meminta maaf dan berkata dia masih dalam proses untuk berubah.

Aku cuba kuatkan hati bahawa aku dapat membawanya keluar dari dunia gelapnya itu. Namun hari demi hari, aku pula yang tewas kerana termakan dengan godaannya yang bermula dengan ayat-ayat berunsur luc4h, dan satu malam dia mengajakku keluar.

Aku tahu bahawa dia akan cuba untuk membuat perkara yang tidak elok kepada diriku, namun kerana mengikut nafsu, aku bersetuju untuk bertemunya senyap-senyap malam itu.

Dia memaksaku untuk melakukan s*** oral kepadanya, tapi aku menolak dan hendak balik. Ketika itu aku tersedar bahawa kami akan melakukan zina. Ya Allah ampunkan dosaku. Tanpa kerelaan, dia mula merabaku.

Kerana tidak dapat melarikan diri, aku terpaksa merelakannya. Dari hari itu, aku tekad untuk break dengannya. Sudah hilang rasa hormat terhadap makhluk yang aku panggil abang itu, mendengar nama saja sudah jijik.

Dengan baru berumur 18 ketika itu, aku berasa duniaku hancur kerana kehormatan diriku diambil oleh insan yang bukan suamiku.

Bukan mudah untuk putuskan hubungan dengannya, pada awalnya dia menggunakan ibuku untuk memujukku, namun gagal.

Ada juga dia cuba menunggu berjam-jam di depan rumahku semata-mata hendak berjumpa denganku, tapi aku tak termakan dengan pujuk rayunya.

Aku sudah jijik dan tawar hati dengan dirinya. Memikirkan dirinya yang berselindung di balik topeng agamanya membuatkan aku rasa hendak menumbuk mukanya sepuas hati bila teringatkan kejadian malam itu.

Ternyata solat awal waktu, selalu menegurku tentang aurat, selalu bercerita tentang akhirat, membeli purdah bagai hanya untuk mengaburi mataku. Satu perkataan untuknya, JIJIK.

Salah aku juga sebab b0doh, ya aku b0doh, dan sampai sekarang kejadian itu menghantui diriku. Andai dapat putarkan masa, aku berharap tidak mengenali si bedebah itu. Harapan aku nak mengubah dia, aku yang terbabas.

Kalau dia sayang, dia tak akan sentuh kita dan akan menjaga kehormatan kita sampai halal. Aku sudah bertaubat dan berharap wanita-wanita di luar sana jangan cepat percaya dengan lelaki yang luarannya, pijak semut tak mati.

Sekian dari aku, hamba Allah yang hina.

– BLACK WIDOW (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *