Salam
Aku sekarng tengah belajar kat satu universiti ni.Aku tak ramai kawan ,baik lelaki mahupun perempuan, mungkin sebab kau jenis diam kot, tak banyak cakap,self esteem aku low giler, even dalam family aku pon aku kurang bercakap kecuali ada satu event yg betul betul best cam raya ke, dapat result spm ke.
Dari kecik aku mmg suka barang2 perempuan , aku ingat lagi masa tadika aku pakai beg sailoormoon , masa tu kecik lagi bukan tahu apa, mmg jujur habis beb dengan diri sendiri. Seluar dalam pon nk yang kaler2 pink gitu.
Masa ni aku tak sedar apa2 , ye lah tak baligh pon lgi.
Tapi bila nk naik sikit umur ni , bila dah baligh aku rasa sesuatu yang tak kena dengan diri aku, aku lelaki tapi macam perempuan, skrng aku tak lah pakai macm pondan bapok tu, aku dress normal lelaki je .tapi dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku asyik kene ejek, pondan lah ,apa lah. Btw, aku sekolah dulu sume laki so mmg biasala kena2 camni.Rasa dia pedih beb, masa sekolah rendah ok lagi sbb budah hingusan lagi, tapi bila sekolah menengah aku dah boleh fikir matang sikit. Berdosa ke aku camni, bukan aku mintak pon, dah tu takkan aku nk salahkan Tuhan?
Dan aku mengaku mmg aku pernah salahkan Tuhan sebab jadikan aku camni tapi tu dulu la masa sekolah.Aku memang stress gile ,pernah la aku buat2 keras, tapi bila dh kau hipokrit tu tak kemana.Aku memang hilang masa tu, banyak kali jugak la jumpa kaunselor bagai, aku pernah menangis sampai , sbb rasa diri tak guna.Aku rasa orang hormat aku sebab aku pandai je (boleh2 la)
Kawan-kawan laki aku pon ramai yang jenis menyotong macam aku, ada yang over ada yang biasa-biasa macm aku, bukan aku tak cuba nak masuk dengan jantan2 kat sana tapi aku mmg tak boleh tahan la. Minat aku lain, diorang suka bola, aku tak.Abis nk borak pasal apa? Ngan kawan2 lembut ni jelah aku rasa selesa, aku boleh curah, boleh kongsi minat sama sama.
Pasal nafsu pulak mesti korang ingat kau gay kan?.Aku pernah la crush (pandang pertama bai) masa form 1 dulu dengan perempuan,ni yg first dan last aku ada crush, sampai zaman uni ni pon aku x rasa perasaan macm form 1 tu dulu dengan mana2 perempuan.Tapi aku sedar budak mana nk kat aku, dh la lembut, sado pon tidak.Kadang aku rasa mustahil dapat aku nikah satu hari nnti.Tp jujurnya aku ada gak suka kat laki (cam bodoh kan) , aku tahu Tuhan tak kasi ,aku x pernah express cinta kat laki, cuma rasa tu ada.Tapi aku still bernafsu la kat pompuan cuma aku mmg tak yakin, bila tgk kawan2 ada awek sume, sumpah jelez, sepupu sebaya aku sume dah bawak balik pasangan jumpa parents masing masing, aku kat sini masih dok fikir aku jantan ke idok.
Aku dalam lubuk hati mmg nk giler jadi laki yg normal mcm kat luar sana, kan, macm reti bersukan, ada awek cun.Tapi aku tak boleh buat apa dah, takkan nk cucuk hormon kot.Aku rasa tertekan giler dengan hidup aku , korang faham tak, nak jadi laki tapi kau dalam badan pondan, nafsu pon tak betul. kadanag aku rasa putus asa dah dalam hidup.Mungkin masalah aku tak besar mana nak banding masalah korang kat luar sana, Tapi rasa dia pedih haram ya amat setiap kali kau rasa diri kau tak boleh buat apa2.Kadang aku jelez orang dok confess pasal awek, pakwe sume.
Doakn aku weh jadi lelaki betul, takkan aku nk mcm ni sampai mati, Nanti tua takde anak bini, sapa nk jaga aku .Takkan nk kawen ngan jantan kot, hahah.Tp serius korang yang dh jadi laki, pompuan normal tu bersyukur lah, nikmat korang besar Tuhan kasi.
– Panjang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit