Lelaki ini bijak menyusun dan menggunakan ayat manis untuk memikat hati wanita yang ‘desperate’ mencari cinta. Cinta yang bagaimana? Cinta yang tidak memandang paras rupa mahupun bentuk badan.
Dengan ayat yang dicipta, pelbagai cerita dan kisah yang sedih dalam kehidupannya, membuatkan ramai wanita ingin mengenalinya dan berasa simpati terhadapnya.
Walau lelaki ini mencanang kisah aibnya di awal perkenalan. Dicanangkan bagai membuka pekung di dada apabila setiap di awal perkenalannya, lelaki munafiq ini memberitahu para wanita yang dia sudah tidak ada TERUNA.
Apa maksud tiada TERUNA?
Ibarat seperti tidak ada dara buat wanita. Itulah yang dicanang oleh lelaki munafiq itu untuk memulakan taktik perkenalannya kepada wanita yang mencari cinta. Kalau wanita itu terpedaya, maka wanita itu sanggup terima seadanya perbuatan lelaki munafiq ini.
Lelaki munafiq ini mencari mangsa di setiap sudut. Tidak kiralah di halaman portal mencari jodoh di mana- mana sekalipun. Sama ada di Portal Cari Jodoh, FB Dating, Omi, atau BaitulJannah sekalipun itulah modus operandi lelaki munafiq ini untuk mempermainkan wanita satu persatu.
Wahai wanita di luar sana, berhati-hati dengan sifat lelaki munafiq sebegini.
Ingin aku abadikan kisah ini di ruangan confession yang mana ramai orang pasti akan membaca. Manalah tahu ANDA adalah wanita yang dianiaya dan dizalimi oleh lelaki munafiq ini?
Aku tidak tahu mahu mulakan kisah ini macam mana. Sebab kisah ini terlalu panjang apabila aku sendiri mencari mangsa wanita yang pernah dipermainkan dan dianiaya lelaki munafiq ini.
Kenapa aku gelarkan lelaki ini lelaki MUNAFIQ?
Di sebalik perkataan munafiq itu, ada terselit nama lelaki itu. Sebab itu aku gelarkan lelaki ini lelaki munafiq!
Mangsa yang aku jumpa tanpa sengaja. Allah hadirkan ilham untuk menjadi ‘stalker’ terhebat. Allah munculkan nama wanita ini sahaja di hadapan aku untuk diselamatkan. Lelaki munafiq ini mungkin tidak tahu aku ini wanita berpelajaran.
Walau pada mulanya, aku juga hampir tumpas dengan ayat-ayat manis yang ditabur oleh lelaki munafiq ini. Tapi, berkat amalan harian yang aku lakukan, Allah selamatkan aku dari genggaman lelaki munafiq ini.
Tujuan aku menulis confession ini adalah untuk memberitahu kepada sesiapa yang mempunyai kisah yang sama sebegini, lebih baik kalian tarik diri sebelum menyerahkan diri ke lembah maksiat yang dicipta oleh lelaki munafiq ini.
Aku tidak mampu untuk mesej seorang demi seorang untuk menyelamatkan kalian, aku hanya mampu berdoa semoga kalian diberikan petunjuk bahawa lelaki munafiq ini sedang bermain emosi dan perasaan anda untuk dibuai rasa cinta dan sayang yang palsu!
Lelaki munafiq ini mencari mangsa yang berbadan ‘chubby’. Katanya dia lebih suka wanita ‘chubby’, nanti senang nak jadi ‘bantal peluk’. Kata-katanya kalau tidak perasan, memang akan ada banyak ‘double-meaning’.
Kata-kata itulah ‘trick’ lelaki munafiq ini gunakan untuk tarik jiwa dan hati di kalangan wanita berbadan besar atau berisi ini perasan yang dia sudah ditawan oleh lelaki!
Wahai wanita, maruah wanita adalah sangat perlu dijaga!
Tapi, tidak semua awal perkenalan lelaki munafiq ini akan mulakan dengan kata-kata yang si dia tiada teruna, tapi akan ada trick yang mana dia akan sembunyikan sifat munafiq dia itu dengan menunjukkan dia adalah lelaki suci dan baik.
Kalau ikut kira iras wajahnya untuk pandangan kali pertama, tampak baik, sopan, ada rupa kata orang yang baru mengenali, nampak bertanggungjawab, namun hakikatnya lelaki munafiq ini adalah manusia bertopengkan Dajjal.
Bukan syaitan lagi dah, tapi tahap perbuatannya ini kalah Dajjal! Kata lelaki munafiq ini dia ada MIX chinese dan melayu. Tapi hakikatnya, tipu belaka.
Ingin aku tekankan sekali lagi, ini adalah kisah benar, bukan drama di kaca televisyen mahupun drama budak-budak Twitter. Ibarat trick lelaki munafiq ini adalah “LOVE SCAM”. Ya, aku gelarkan dia adalah scammer cinta!
Lelaki munafiq ini ada sifatnya tersendiri. Berdasarkan hasil kajian aku menyelamatkan wanita yang teraniaya ini, lelaki munafiq ini akan gunakan taktik manjanya, iaitu selalu merajuk!
Setiap kali merajuk, lelaki munafiq ini akan Block media sos**l wanita yang sedang hangat bercinta dengan lelaki munafiq ini. Tak kiralah di WhatsApp, Telegram, Instagram mahupun Facebook!
Sebab apa? Sebab lelaki munafiq ini takut terkantoi. Dalam masa yang sama si dia pasang wanita lain dan bermain cinta dengan wanita lain.
Aku tak tahu ilmu apa si lelaki munafiq ini gunakan sehingga wanita yang terkena ini buta untuk rasa mahupun lihat taktik yang digunakan ini mempengaruhi jiwa dan menyebabkan wanita teraniaya ini mengikut sahaja apa yang diinginkan oleh nafsu lelaki munafiq ini!
Setakat yang aku dapat selamatkan ada 2 orang. Yang mana, lelaki munafiq ini telah memperkenalkan mereka berdua kepada ibu dan keluarganya tentang kehadiran mereka. Modus operandi lelaki munafiq ini sangat licik!
Bagi wanita, apabila lelaki sudah mula memperkenalkan dirinya kepada ibu, abah dan keluarganya, ibarat itu adalah hubungan yang serius!
Lelaki munafiq ini sebenarnya banyak mencipta cerita yang tidak benar sehinggakan keluarga sendiri diaibkan dan disebarkan fitnah (cerita yang palsu dan tidak betul untuk menagih simpati) kepada wanita-wanita yang dia sedang game ni,
Sama ada ceritanya dia tak makan sebab ibu tak masak, adik-adik buat masalah konon rasa serabutlah, katanya kerja banyak rasa stress la, dan macam-macam cerita untuk menagih simpati wanita yang ‘desperate’.
Aku pada mulanya nak kata diri sendiri ‘desperate’ betul juga. Tapi, jenis aku jenis suka siasat latar belakang sampai ke lubang cacing sekalipun.
Pada mulanya, tak dapat juga nak baca taktik penipuan lelaki munafiq ini. Tapi, bila tengok gaya penulisannya itu menggambarkan si dia ini scammer.
Sebab dah banyak kali jugalah kenal lelaki yang pandai mengayat ini. Semuanya tak boleh dipakai.
Jadi, wahai wanita di luar sana jangan mudah jatuh cinta, jangan mudah cepat rasa simpati mahupun jangan mudah serah diri dan hati kepada lelaki yang belum kau kenal latar belakang dan ahli keluarganya terlebih dahulu.
Kelak kau merana wahai wanita yang disayangi.
Sebagai wanita, instinct (6 sense) kewanitaannya sangat tinggi. Biasanya kita akan stalk lelaki yang baru dikenali dengan melihat media sos**l ahli keluarganya.
Wow! Baiknya keluarga dia! Ibu abah nampak macam ustaz ustazah. Baik sangat! Sehinggakan perasaan wanita teraniaya ini merasa, wah keluarga baik-baik ni, pasti dia boleh jadi imam yang terbaik.
SALAH!
Tak semua perkara yang boleh kita lihat hanya keluarganya. Sedangkan pisang setandan akan ada satu dua yang busuk!
Lelaki munafiq ini sebenarnya seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Sebab apa? Sebab dirinya sendiri tidak terurus.
Dijaja cerita dia adalah eksekutif kewangan di agensi yang sangat dikenali ramai. Kalau kau tidak bijak, kau akan percaya bulat-bulat. Kononnya gaji beribu, kononnya selalu keluar bercuti, kononnya selalu keluar outstation, kononnya ada rumah, ada tanah, ada kereta.
Walhal dan hakikatnya, lelaki munafiq ini adalah penganggur kehormat! Yes, a Jobless! And a LOSER! Hidup 30 tahun, melingkar di bawah ketiak ibu abah lagi, sedangkan adik-adik yang lain bekerja walaupun sebagai cashier pasaraya.
Aku pada mulanya, tidak tahu pun lelaki munafiq ini Jobless, tapi bila dipertemukan dengan mangsa lain baru tahu cerita sebenar.
Allah itu Maha Melihat. Dia tidak akan tinggalkan hambaNya yang rajin solat malam dianiaya lelaki munafiq itu. Sebab itu, aku cepat tangkap taktik lelaki munafiq itu sebelum terlambat.
Lelaki munafiq ini juga sebenarnya seorang kaki lepak malam bersama kawan-kawannya yang mempunyai perangai yang sama. Dia juga seorang gamers tegar dan perokok/ vape tegar.
Kawan-kawannya sangat ‘brotherhood’. Muka suci macam baik, tapi hakikatnya cerita dalam kain laki bini dikongsi bersama.
Wanita, mencari lelaki perlu memilih yang betul. Salah buat pilihan, hidup kita bukan sehari dua dengan insan bernama suami, tapi sampai bila-bila.
Andai diri sendiri tak mampu tutup aib dan dicanangkan merata tempat, inikan pula kisah suami isteri dikongsi bersama Kawan-kawan lepak. Apakah perasaanmu wahai wanita?
Maruah bagai diinjak sewenang-wenangnya. Islam sendiri sangat memartabatkan maruah seorang wanita seperti kisah Maryam, ibu kepada Nabi Isa.
Muslim yang baik tidak mungkin bercerita soal aibnya kepada orang lain. Melainkan dirinya terlalu tertekan, tapi pastikan orang yang mendengar cerita itu, tutuplah aib itu. Sedangkan Allah tutup aib setiap hamba-hambanya.
Untuk pengetahuan, kemungkinan ahli keluarganya belum tahu kisah identiti si lelaki munafiq ini. Pasang banyak wanita untuk mengorek duit wanita bekerjaya. Ibarat untuk support biawak hidup.
Jangan terpedaya taktik lelaki munafiq ini. Walaupun sedikit, demi sedikit dia meminta wang sekalipun, jangan diberikan. Dia bukan pengemis. Dia juga bukan orang susah. Dia adalah lelaki pemalas yang terlalu memilih kerja.
Kisah ini terlalu panjang untuk dikarang. Tapi cukup sampai di sini sahaja. Nak buat report, rasanya kalau ada screenshot yang berbaloi untuk dijadikan bukti kena scammer cinta ni, boleh sahaja. Adakah di kalangan pembaca tahu akta yang boleh disabitkan kepada lelaki munafiq ini?
Setakat ini hanya ada akta berkaitan hutang sahaja boleh disabitkan. Tapi pihak polis sarankan untuk berbincang dengan keluarga lelaki munafiq ini. Sebab kalau tak kena bawa kes ke mahkamah. Nak bawa kes ke mahkamah pun perlu bayaran.
Jadi, sesiapa yang rasa teraniaya bolehlah cerita di komen juga ya. Viral kan lagi bagus. Supaya tidak sesiapa lagi teraniaya sampai hilang semuanya. Jujur aku katakan aku sedih lihat wanita sering dipermainkan sehingga hilang maruahnya dan ditinggalkan bagai tiada apa yang berlaku.
Wahai lelaki munafiq, sekarang kau rasa bebas buat apa sahaja kau rasa kau betul.
Kau rasa dipermainkan oleh wanita cinta pertama kau. Tapi kau berdendam dengan wanita yang tak bersalah dalam masalah kau.
Sungguh kau mencabar kuasa Allah. Bila mana wanita-wanita yang kau kenali adalah wanita yang baik-baik. Cuma mereka terlalu lurus dan tidak bijak dengan cinta palsu yang direka oleh lelaki munafiq seperti kau.
Apabila dengar sendiri luahan mereka, mereka katakan selalu menasihatkan supaya kau bertaubat. Tapi kau selalu beralasan. Mereka nasihatkan supaya berubah dan mencari pekerjaan. Jangan menyusahkan ibu dan abah. Kasihanilah mereka sekurang-kurangnya.
– Wanita Diperdaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit