Trauma Mangsa Ped0fil

Assalamualaikum semua. Thanks admin andai confession ini tersiar. Namaku Boba. Kenapa Boba? Sebab aku tengah layan air Boba ni. Haha, sorry hambar. Sehambar fikiran aku sekarang.

Since PKP ni banyak sangat masa terluang, aku rasa terpanggil untuk share pengalaman kawan aku menjadi mangsa ped0fil dalam rumah keluarga sendiri. Aku namakan dia Dunkin (sedap pulak donut aku ni).

Okay sambung. Aku bersimpati dengan Dunkin tapi aku tak taw macam mana nak membantu trauma dia. FYI, kisah ni Dunkin approve untuk aku share. So here it goes. Harap korang boleh tolong dia.

Sedikit intro pasal Dunkin. Perempuan. Umur pertengahan 20-an. Single. Background family boleh kata macam Drama Nur tu lah. Ayah Dunkin seorang pegawai agama yang dihorm4ti, baik dalam kalangan keluarga, sahabat dan masyarakat setempat.

Mak Dunkin suri rumah. Dunkin anak bongsu dan tunggal perempuan dari 3 adik-beradik. Tinggal dan membesar di bandar tapi pergaulan Dunkin dikawal oleh ayah dia yang overprotective.

Dunkin kurang bergaul dengan rakan- rakan sebaya di awal usia remaja. Berdasarkan cerita Dunkin tentang zaman childhoodnya, Dunkin membesar dan ditatang bagai minyak yang penuh serta mendapat didikan agama yang sempurna dan kasih sayang yang cukup dalam keluarga.

Namun dalam bahagia Dunkin di samping keluarga yang ‘nampak’ sempurna, ada peristiwa pahit yang dah lama dia simpan. Aku berjaya korek kisah ni sebab aku ajak dia pergi spa wanita untuk berurut balik dari kerja.

Tapi Dunkin teman aku je. Dia tak nak join sekali sebab dia tak suka orang lain sentuh dia. Dunkin cakap dia sensitif. Aku pelik lah sebab bukan lelaki yang urut. Perempuan kot. Dia cakap dia tak suka jugak.

Aku ok je. Tapi aku ada sense yang something is not right. Balik tu aku lepak dengan dia. Sambil tengok TV tiba-tiba dia menangis. Aku taw mesti ada something kacau emosi dia sebab balik tadi dia diam je. Then Dunkin start bercerita.

‘Boba, aku ada rahsia nak cite kat kau.’ Hmm….intro dia buat aku berdebar. Aku nampak berat dia nak cite tapi dia teruskan jugak.

THROWBACK KISAH DUNKIN

Kisah ini terjadi sewaktu umur Dunkin dalam lingkungan umur 10 tahun. Si ped0fil ni adalah atuk kandung Dunkin merangkap bilal dalam kg tu. Sedikit ciri-ciri atuk Dunkin yang Dunkin cerita, luaran memang nampak seorang yang penyayang, sangat sukakan kanak-kanak.

Dia selalu layan cucu-cucu dia every time Dunkin dengan abang-abang dia balik kg. Dia bawak Dunkin pergi kedai, umpan dengan coklat, cekedis, aiskrim,gula-gula dan sewaktu dengannya.

Dunkin suka sangat cuti sekolah sebab boleh spendtime dengan atuk yang sporting. Mak Dunkin strict dan tak bagi sangat makan junkfood ni. So memang dengan orang tua tu jelah peluang nak dapat makan semua tu.

Yang Dunkin ingat, ada satu hari ni parents Dunkin ke pekan nak beli barang2. Dan waktu tu Dunkin demam. So Dunkin tinggal kat rumah berdua dengan atuk Dunkin.

Nenek dengan abang2 Dunkin semua ikut parents Dunkin. Dalam Dunkin terbaring dalam bilik, atuk Dunkin masuk dan kunci pintu. Orang tua tu pangku Dunkin sambil picit-picit kepala Dunkin.

Lepastu atuk dudukkan Dunkin atas pangku dia sambil peluk Dunkin dan usap2 dada Dunkin dan cium2 pipi dia. Dunkin tak selesa masa tu dan rasa pelik. Tapi Dunkin tak larat nak buat apa-apa.

Sumpah Dunkin innocent. Last sekali dia r4b4-r4b4 bahagian bawah Dunkin. Dunkin rasa sakit dan meronta ronta tapi atuk Dunkin pujuk cakap ‘atuk nak sayang2 je’.

Bila kereta parents Dunkin bunyi dari luar rumah, orang tua tu cepat2 baringkan Dunkin balik dan dia cakap ‘atuk nak sayang2 je taw, jangan bagitaw ayah dengan umi ye’. Pastu dia keluar. Semuanya terjadi lebih kurang dalam 20 minit.

Dunkin clueless sangat dengan apa yang jadi tu. Sebab Dunkin demam dia tak fikir sangat pasal tu. Walaupun masa tu Dunkin darjah 4, Dunkin cakap dia takde knowledge pasal sentuhan tak selamat apa semua tu plus parents Dunkin tak pernah cerita.

Start dari peristiwa tu, setiap kali cuti sekolah dan parents Dunkin free untuk balik kg, Dunkin jadi tak suka dan rasa nak memberontak. Tapi apakan daya Dunkin tak mampu nak berterus terang tentang kejadian tu.

Dunkin takut, keliru, dan rasa takde siapa nak percaya kata-kata seorang budak mentah tentang the truth of seorang bilal terhormat kampung. Silap-silap Dunkin dituduh buat fitnah pulak jadi Dunkin amik keputusan berdiam dan pendam semua.

Setiap kali di kampung, waktu pagi masa mak Dunkin siapkan sarapan kat dapur, mesti orang tua ni amik kesempatan masuk bilik yang Dunkin tidur.

Dalam 5-10 minit kacau2 Dunkin yang tengah tidur pastu cium2 dan r4b42 Dunkin. Dari darjah 4 smpai umur Dunkin 15 tahun. Sampilah Dunkin sekolah menengah baru atuk Dunkin kurang buat macam tu.

Menginjak ke dewasa, Dunkin terbaca banyak pendedahan kes2 ped0fil dan sedikit sebanyak triggered memori Dunkin. Barulah Dunkin faham apa yang jadi masa zaman kanak kanak dia tu.

Bila childhood memori ni datang dalam fikiran Dunkin, Dunkin jadi benci dengan diri dia dan dia rasa b***h sangat sebab biar je orang tua tu mer4b4 tubuh dia.

Dunkin syukur Allah masih lindungi dia dan tak sampai terjadi lebih dari itu, tapi Dunkin susah nak maafkan dia dan Dunkin sedikit berdendam dengan atuk dia sampai akhir hayat orang tua tu.

Masa Dunkin dapat khabar orang tua tu meninggal awal tahun ni, Dunkin tak sedih langsung compare dengan cucu2 yang lain. Dalam hati Dunkin cakap,

‘Baguslah kau mampus. Hidup pun asyik nak orang puaskan nafsu kau je. Dasar manusia bertopengkan syaitan.’ Suara jahat dari hati Dunkin keluarkan statement gitu.

Luaran Dunkin tunjuk bersedih atas pemergian orang tua tu. Hakikatnya Dunkin lega. Hilang sekor makhluk perosak atas muka bumi ni. ‘Sesungguhnya watak ustaz hamadi tu memang wujud Boba’ kata Dunkin.

Lama jugak Dunkin sabar bertahun-tahun balik kampung menahan benci tengok muka orang tua tu lepas Dunkin figure out perbuatan atuk dia sentuh2 Dunkin masa kecik tu perbuatan si ped0fil. ‘Atuk aku si bilal kg seorang ped0fil’. Dunkin benci sangat-sangat kenyataan tu.

Dunkin selalu salahkan diri Dunkin sebab keliru dengan sentuhan sayang dengan sentuhan nafsu seorang lelaki.

Dan kenapalah Dunkin tak cerita je dekat parents Dunkin apa yang dah jadi. At least takdelah peristiwa tu berulang-ulang tiap kali Dunkin balik kg. Dunkin keep salahkan diri sendiri atas keb****han dia.

Dunkin tak pernah share kisah hitam ni dengan sesiapa seumur hidup dia. Tapi Dunkin sekarang dalam fasa serius nak cari pasangan hidup.

Dunkin trauma dan prejudis dengan kaum lelaki, especially yang bekerja dan memakai topi agama. Orang2 zaman sekarang panggil penunggang agama.

Bukan nak menghukum tapi Dunkin tawar hati dengan mereka-mereka dari bidang agama yang berperangai sedemikian.

Jujurnya bila Dunkin teringat, emosi Dunkin jadi tak stabil dan perasaan marah dan benci datang meluap-luap tanpa diundang. Buatnya Dunkin karate bakal suaminya kalau dia nak sentuh Dunkin nanti macam mana? Kesian dia tak bersalah.

Dunkin end up ada mindset semua lelaki tak boleh dipercayai. Baik budak kecik, muda dan tua. Sama je semua. Akibat trauma Dunkin allergik dgn lelaki.

Masa Dunkin cerita dia cakap ‘Konflik diri Dunkin ni nampak macam merepek kan Boba. Boba boleh tolong tak? Dunkin nak kawin macam orang lain jugak tapi Dunkin takut.’

Korang boleh tolong aku tak macam mana nak tolong Dunkin hilangkan trauma ni?

Family Dunkin tak taw kisah ni. Diorang anggap Dunkin tak ready nak kawin lagi. Dunkin malu nak crita kat family dia sebab ni melibatkan maruah orang tua tak guna tu. Tapi Dunkin sakit sampai dewasa ni. Kesian Dunkin.

Aku tak tahu nak tolong macam mana. Korang ada pandangan mohon share dengan aku ye. Thanks.

– Boba (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit