lelaki..oh..lelaki – 11:59 PM

lelaki..oh..lelaki

Assalamualaikum..terima kasih admin sbb approve (kalau approve la..)

Btw, aku stdent uia. Dah lama aku pendam, aku cerita semoga nasib korang tak macam aku. Aku hidup sebagai satu tubuh tapi ada dua jantina. Ye, tubuhku seorang perempuan, jiwa emosi semua perempuan lah. Tapi aku juga seorang lelaki. Semuanya demi papa dan mama, terutama mama la. Kalau di rumah ni, mula dari basuh baju, sidai angkat lipat gosok baju semua aku. Kemas rumah, sapu mop juga aku. Memasak pun aku. Sampaikan buang sampah, cek setiap pintu sebelum keluar dan sblm tidur pun aku buat.

Lelaki, sbenarnya apa fungsi anda dlm keluarga? Aku rasa mama aku bela biawak hidup iaitu abang aku nan seorang itu. Suruh buang sampah malas, mntk beli sayur malas, mntk tlg sikit nak mengamuk. Duit nak, makan nak. Hari tu aku menangis bila abg mengamuk. Sebab mama call aku, suara mama mcm sedih, hampa bila tahu abg aku mengamuk. Aku menangis dgr suara mama mcm tu. Lelaki, jangan buat wanita rasa anda lelaki tak guna. Ada menyusahkan, tiada hidup aman. Jangan, please? Kalau anda bersikap mcm lelaki tak guna, minimum seorg manusia je dpt terima anda ( tu pun mulut asyik mengeluh) iaitu ibu kandung anda. Sikap lelaki tak guna ini, cinta yg mekar mewangi sanggup ku redah lautan api pun boleh hilang, keluarga cerai berai kalau si isteri hilang sabar.

lelaki, kalau anda seorg yg suka membantu, bertanggungjawab, jaga agama, wanita tak kisah pun duit belanja keluarga dia tanggung sikit. Tapi apa anda buat masa isteri penat memasak, kemas rumah? Duduk saja main fon? Aku sedih tgk mama aku. Sungguh. Tapi papa aku mmg tak boleh ditegur. Papa aku mulut laser, itu satu kenyataan yg pahit. Banyak lagi yg tak kena di mata aku sbg seorg anak dan adik tp klau cite semua mmg jd mcm cite sinetron 600 episod la. Hal ttg abg dan papa membuatkan aku takut nak kahwin. Takut hidup lebih terseksa bila ada suami tak guna.

Lelaki, pandanglah wanita yg kau nikahi itu, pandanglah wanita yg melahirkan mu, apakah kau cintainya? Kalau cinta, kenapa biarkan dia kepenatan sorang2, kenapa tak bantu dia? Egomu, kelelakianmu tak jatuh demi membantu wanita itu. Malah, kau makin dicintai. Lelaki, pandang wanita yg kau cinta itu, apa kau sanggup biar dia menangis duka krna mu? Atau..apakah kau pura2 cinta saja? Lelaki, cinta saja tak jamin bahagia. Kau perlu belajar utk jadi sebenar-benar lelaki. Yang melindungi, yg menyayangi, yg bertanggungjawab, yang….ah senang cite, lelaki yg amalkan sifat Rasulullah.

lelaki, cubalah jadi lelaki. Jangan sampai wanita merasakan dalam hidupnya itu seekor biawak, atau at least, sotong.

Lelaki baik masih ada, aku tak deny. Aku tuju ni khas utk lelaki bersifat spt lelaki tak guna, biawak hidup. Perempuan, cinta itu manis sekejap je klau dlm hidup ada lelaki mcm ni sbg suami. Jadi, tabah dan sabar la klau terkena lelaki pemalas, baran sbg jodoh. Haih aku takut nak kawen. Takut aku jd nusyuz sbb hilang sabar lalu belasah suami pemalas. Huuu.

– siakap kukus

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *